instagrammers

Instagram

5.8.12

Pesta makanan





Aku kalau buka puasa kat rumah in law ni memang mewah dengan makanan. Cakap jek nak makan apa, semua ada. Tak payah susah-susah nak pergi makan buffet kat hotel sebab rumah sendiri pun dah macam buffet style. Macam-macam ada! Macam time buka puasa semalam, abang, kak semua balik kampung. Pulak tu family che gah pun join sekali. Memang meriah lah. Bila dah ramai-ramai ni, ma punya semangat untuk masak tu berkobar-kobar lah kan. Kebetulan pulak surau berdekatan ada buat penamat, lagilah meriah lauk pauk semua. Ayam jek ada 3 jenis. Pilih jek nak rasa apa. Lepas tu ada sotong, ketam, ikan. Kuih muih jangan cerita lah. Memang pelbagai. Che ngah pun ada buat pudding caramel. Tapi yang tu lupa pulak nak ambil gambar sebabnya memasing makan lepas habis terawikh. Dah meh tengok gambar makanan. Jangan dok kecur ayaq liuq sudah. Hee...

Kari ayam tapi dieorang panggil gulai
Ayam masak merah
Ayam percik
Sup tulang
Daging goreng peberet amie
Sotong goreng + kacang
Ketam bersambal
Ikan asam pedas
Acar
Sambal belacan bestttt
Murtabak ayahde
Popia goreng *akak plz up resipi yek*
Kuih cara
Ande-ande bak kata adam
Air jek ada 4 jug
Diakhiri dengan gambar adini yang cop tempat first sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...