Tinggal lagi sehari dah nak raya kan. Best best. Tapi kalau dapat bali kampung halaman sendiri lagi best. Huhu. Takpe.
Adat orang berumahtangga. Kena bergilir-gilir. Tahun depan kita raya sakan eh
*cakap dengan baby dalam perut*. Hehe. Ni nak cerita pasal bukak puasa.
Alhamdulillah. Setakat ni masih diberi kekuatan untuk berpuasa walaupun tengah
sarat mengandung. Iols sangat teruja sebab tahun ni tak payah nak ganti puasa. Yipiii...
Sepanjang puasa tahun ni, aku dan amie tak pernah lagi
berbuka luar. Tak macam tahun lepas. Masa tu kami tengah bercintan cintun. Boleh
dikatakan setiap hari berbuka puasa bersama. Dan of course la kena buka puasa
kat luar kan. Tak kan nak makan kat rumah bujang aku ataupun amie kan. Tempat feveret
aku time tu kat bazar shahbandar. Bazar dia adalah super besar. Macam-macam
makanan ada jual. Feveret is ikan bakar dengan air soya sedap dia. Air soya tu tak kan ada jual kat tempat lain selain situ jek.
Lepas dah siap beli-beli semua, kiteorang akan cari port
tempat duduk yang agak-agak selesa. Kawasan dia kat sebelah bazar tu jek kat
area rumput-rumput. Ramai okeh orang lain yang berbuka kat situ jugak. Boleh dikatakan
memang penuh satu padang. Ada tu siap bawak satu family sampai atok nenek yang
duduk kat kerusi roda pun ada jugak. Best. Macam suasana berkelah.
Aku time tu semangat siap bawak nasi satu rice cooker. Lauk boleh beli jek kan kat bazar. Air paip untuk basuh tangan memang ada
jek standby dalam kereta. Ouh surat khabar jugak kena ada untuk alas tempat
duduk. Meriah sangat bila makan beramai-ramai. Dengar bunyi meriam meletup,
terus suasana jadi sunyi sepi sekejap sebab semua orang tengah dok syiok makan.
Tapi tu semua suasana tahun lepas. Tahun ni aku tak dapat
nak rasa lagi. Ingat nak ajak amie lah petang ni. Dah lama
tak rasa. I is mengidam nak bukak puasa style macam tu. Boleh gitu? Haha haruslah boleh kan. =)
0 komentetar:
Post a Comment