Macam tak banyak aktiviti. Tapi bila tengok gambar, macam banyak pulak yang nak diceritakan. Takpe. Kita padatkan dalam satu entri. Nak dijadikan cerita, tahun ni giliran raya di Terengganu. Kata first year kahwin kan. Kasi can pada encik suami buat keputusan. Tahun depan turn kita, kita lenjan raya kat selatan sebulan. Ekekeke..
Sehari sebelum raya, mereka sangat sibuk bergotong royong buat lemang. Hmm boleh dikatakan ni first time la aktiviti macam ni semua pada aku. Adalah tolong sikit-sikit masukkan beras dalam buluh tu. Sekali ketuk-ketuk nak bagi padat. Lepas tu buluh tu retak. Terus bocor keluar santan. Tak tolong dah lepas tu. Haha.
Time malam raya, kita semua bergotong royong jugak. Membanting tulang bekerjasama main bunga api. Hehe. Anak buah semua tak ada time tu. Yang ada semua mak pak buah. Hah apa lagi. Habis semua mercun dibakonya. Mercun free lah katanya.
Pagi raya lepas semua balik dari sembahyang raya, sessi gambar-bergambar lah kita. Tak berapa nak complete sebab ipar duai ada yang balik beraya ke rumah in law memasing. Tahun depan kalau dieorang beraya kat sini, kami pulak yang tak ada. Tunggu raya haji jek lah kot kalau nak berkumpul semua.
Nak
masuk raya keenam gitu, family abang ada balik beraya sebab esoknya ada
kenduri rumah sepupu. Bila dah ada budak kecik kat rumah, baru rasa
macam suasana tu meriah sikit. Pagi sabtu tu siap-siap, pergi kenduri
kahwin. Makan-makan yang sangat kenyang sampai pergi kenduri kahwin yang
kedua dah tak larat dah nak makan. Just minum air. Lepas tu balik
kampung semula. Dah malam sikit, balik rumah sendiri sebab esoknya dah
start kerja. Huwaaa. I is Monday blues. Eh silap. Sunday blues.
2 komentetar:
part buluh retak tu rasa nk gelak...hahaha
padahal i dah sopan santun ketuk buluh tu..
Post a Comment