Kalau
tengok pada checklist ni, banyak gila rupanya nak kena dibeli kan. Pening. Ingat nak ada anak ni senang jek. Baju, pampers, botol susu. Dah
cukup. Tapi rupanya... berjela okeh checklist dia. Bukanlah nak kena ikut 100%
list ni. Tapi lebih kepada ikut kemampuan kita. Tapi kenkadang tu
ada jugak terikut nafsu. Bukan apa, rambang mata kot bila tengok barang-barang
comel. Dedulu masa single, sibuk dok shopping kasut ke handbag ke. Ni dah nak ada anak, hari-hari dok tengok barang baby kat online. Serious rasa
rambang jek biji mata ni. Tapi kalau ikutkan laki den, dia suruh hold jek dulu.
Jangan eksaited sangat nak beli. Tapi pada aku, tak salah
kalau kita beli sikit-sikit. Bulan ni sikit, bulan depan
sikit. Barulah tak terasa duit mengalir macam air one shot gitu kan. Lagipun
dengan adanya list gini, kita boleh buat budget dah. Okeh bulan ni nak spend
berapa RM, bulan depan berapa. Kan. Lagipun penting ada list macam ni. Benda
yang kita tak tahu baby nak kena pakai, kita boleh jadi tahu. So otomatik kita
akan standbykan barang tu. Takdelah nak kena beli last-last minit sebab tak
tahu pasal barang tu kan. Lagipun kat tempat area kami tinggal ni bukan banyak
sangat kedai baby. So kalau nak beli kena cari luar kawasan or beli online. Kan
susah tu kalau last minit. Buatnya aku nak terberanak awal ke or di
hujung-hujung pregnancy tu dah tak larat nak berjalan ke. So tak salah pada aku
kalau kita prepare awal kan. Hah jom tengok list-list ni. Sebenarnya banyak gak
list yang aku search. Dah kumpul semua, aku akan compared mana yang patut dan
tak patut. Tapi yang ni aku ambil format pdf, senang sikit nak tepek kat sini.
Baju ni aku beli tak banyak pun. Ada lah dalam 5 pasang
gitu. Lagipun baju adam yang akak bagi tu super banyak. Tapi yang tu bukanlah
untuk newborn. Tapi ok jek. Sebab baby ni kan cepat besar. Baru umur sebulan
dua dah boleh pakai baju untuk tiga ke empat bulan. So pada aku sangat membazir
beli baju untuk newborn. Kalau nak tambah lagi, aku ingat nak beli rompers.
Tapi nak kena hold dulu sebab nak confirmkan gender dulu. Barulah seronok
memilih kaler yang berbagai rupa sehingga merambangkan biji mata.
Bab feeding ni memang aku lemah sikit. Sebab aku memang
zero knowledge. Puaslah dok baca blog ibu-ibu yang bf secara exclusive ni. Niat
dihati ni memang nak tapi tengok macam leceh. Nak kena pam lepas tu stock up
nak kena efisyen. Breastpump pun harga mak oi. Ingatkan dalam seratus lebih
jek. Rupanya tak terjangkau dek akalku. Ada yang sampai riburiban pun ada. Bab
pam ni memang ingat nak hold dulu. Nak tengok kuantiti pengeluaran esok lepas
beranak. Kalau tahap pengeluaran melebihi permintaan, bolehlah suruh laki den
pergi beli. Buat masa sekarang ni, aku ingat nak survey-survey lagi. Sebab
banyak jenis. Contohnya macam avent. Tu baru nama brand, belum lagi model dia.
Ada banyak jenis model. Pening.
Diapering ni pun satu hal. Banyak kot jenis pampers. Sampai
tak tahu nak pilih yang mana satu. Sebab still tak tahu kulit anak tu serasi
dengan yang mana. Lampin dengan cloth diapers memang out of list sebab macam
leceh jek nak cuci-cuci ni. Aku memang salutelah siapa yang menjaga alam
sekitar dengan tak menggunakan lampin pakai buang. Setakat
ni semua kat diapering list ni dah beli kecuali pampers dengan detergent untuk
baju baby. Tapi eh boleh ke kalau kita guna detergent yang kita basuh baju kita
tu untuk baju baby. Ke tak boleh?
Toiletries ni aku beli yang pack untuk travel tu. Pilih
botol kecil-kecil sebab takut beli yang besar nanti buatnya kulit anak sensitif
tak sesuai pakai brand tu, kan dah membazir. Lagipun beli set yang kecil ni
senang sikit nak bawak kemana-mana. Besen mandi tu ada sekali tengok kat kedai
anakku harga dia seratus lebih. Oh my. Awatnya mahal sangat. Sekali pergi mydin
tengok doploh hinggit jek. Beza gila kan. Padahal kualiti tak jauh beza pun.
Kalau ikut laki den, dia tak kasi beli sebab dia kata ma dia mandikan dia dulu
takdenya bathtub-bathtub cenggitu. Hello. Tu zaman bila. Sungai belakang rumah,
senang ceritalah kan.
Nursery ni aku ada beli tilam yang siap dengan bantal tu.
Ingat nak cari yang jenis kekabu tu. Tapi bila pikir-pikir balik macam berat
jek nak bawak kehulur-kehilir kan. So cari yang span jek. Masa beli ni set dia
kena beli asing. Tilam asing, bantal asing. Ada jek yang jual satu set gitu
tapi harganya macam beratus-ratus. Beli yang murah sudah. Nak harapkan orang
bagi ke orang jahitkan ke memang tak lah. Ada orang pernah cakap, tak payah
beli barang-barang ni awal-awal sangat sebab nanti akan ada orang bagi hadiah.
Tapi pada aku, kalau ada yang bagi tu aku anggap rezeki anak aku, tapi aku
memang tak mengharapkanlah sebab aku tahu aku tak ramai kawan kat sini. So tak
ada letak harapan tinggi-tinggi.
Travelling ni memang satu menda pun tak beli lagi. Masa
ngandung 5 bulan haritu aku eksaited sangat nak beli stroller. Sibuk ni search
sana sini. Habis satu johor aku pusing bulan lepas sebab nak dok mencomparedkan
jenis-jenis dia. Dan ada terbekenan dihati brand sweet cherry. Dah itu jek yang
mampu kan. Kalau ikutkan yang lagi terbekenan adalah quinny tapi tahap tidak
kemampuan disitu. Haha. Nak dijadikan cerita laki den jenis penyabar orangnya.
Sanggup dia tak kasi aku beli. Dijanjikan dengan kata-kata manis iaitu ”mana
tahu kita tak tengok yang best lagi punya brand, nanti rugi”. Ye. Kalau ikut
laki den, memang semua dia suruh hold. Macam nak beranak esok jek katanya. End
up, aku dah jadi macam tawar hati pulak nak beli. Sebab bila aku pikir-pikir
balik, bukannya aku ni selalu travel pergi jalan-jalan pun. Kat area sini pun, nak berjalan kat mana sangat lah kan. Buatnya beli
awal-awal, lepas tu anak aku tak nak duduk dalam stroller tu macamana. Ada pembaziran disitu. Baiklah duit ratus-ratus tu kita dulukan yang lagi
penting kan. Hah gitu. Elok jugak dengar kata suami ni. Jangan eksaited sangat.
Untuk keperluan ibu ni memang belum sediakan apa-apa
lagi. Baju-baju tu boleh jek pakai yang sedia ada cuma nak kena cari
confinement set with corset tu. Ada dah aku survey jenis-jenis produk. Banyak
gila rupanya. Tapi setakat ni aku dok aimed brand tanamera, nona roguy, or amway.
Harga lebih kurang jek semua ni. Average rm3-4 ratus. Mahalkan. Hmm mana ada
menda murah zaman sekarang ni.
Untuk hospital checklist ni aku nak sediakan bila dah
masuk 8 bulan ke nanti. Awal sangat nak siapkan sekarang. Diapers bag baby pun belum
beli lagi. Masih tak jumpa yang berkenan dihati. Haritu ada nampak brand kiko
kaler hitam. Well hitam tetap menjadi pujaan hatiku. Tapi
bag tu attach sekali dengan compartment botol susu. Compartment tu standar size
untuk botol susu yang panjang kurus tu. Botol yang aku dah beli tu size gemuk.
Memang confirm tak muatlah kan. So tak beli bag tu. Kecewa sebab bag tu gorjes.
Huhu. I hate u black gorjes bag!