Yeayyy.. sekarang ni tutti frutti dah ada kat KT. Terus tetiba jek ngidam nak makan eskrim. Bukan aku yang nak sangat tapi tekak ni yang ngada-ngada. Haha.. Tapi kan aku pernah terbaca satu artikel yang eskrim ni tak elok untuk 1st trimester. Patut pun lepas makan haritu terus rasa semacam jek perut ni. Tak tahulah kebetulan ke atau memang betul-betul tak elok. Hmm..
Lokasi kedai ni kat area Tanjung. Sederet dengan Secret Recipe, Cavenzi tu semua. Aku rasa nak dekat 2 minggu dah kot kedai ni bukak. Masa launching haritu aku dengar orang kata siap ada 50% less lagi. Uhh ruginya tak pergi masa tu. Sekarang ni cuma ada less untuk student jek. 10% kot. Student-student lepas ni kalau nak pergi, sila bawak aku. Sebabnya bukan aku nak bayarkan tapi cuma nak tumpang bayar sekali yang aku punya jek. Hahaha..
Aku kalau bab eskrim ke kek ke memang confirm ambil choc flavor. Eskrim choc, garnishing pun choc. Choc chip sikit, choc rice sikit, choc syrup sikit. Perghhh... memang marveles lah. Amie pulak feveret dia white choc. Tapi tak ada flavor tu. So dia try vanilla. Lepas tu ambil isi-isi semua fruits. Konon healthy. Lepas tu amek kau time bayar. Buah kan berat kan. Total 2 mangkuk yang small size boleh buat makan malam kat kedai tomyam siap dengan sotong celup tepung bagai. Haha.. takpe lah. Sekali sekala. Janji merasa. Kannn..
0 komentetar:
Post a Comment