Sekarang ni adalah sangat super bizi. Kes macam menimbun-nimbun masuk. Nak baca blog orang pun macam tak sempat jek rasa, inikan pulak nak update blog sendiri. Tapi harini aku gigihkan jugak tangan ni update cerita second day. Padahal cerita dah basi pun. Tapi bila nampak gambar matjoe, tetiba jadi semangat pulak nak up. Haha..
Second day adalah hari yang merugikan. Sebab? Hujan satu hari suntuk. Dari subuh sampailah ke malam hari. Pagi tu lepas breakfast, lepak-lepak jek. Takda aktiviti sebab hujan lebat. Dok lobi ngadap internet jek. Tengahari tu agent kami call bagitau nak ambil lepas zohor. Plan asal akan ke Redang tapi dengan cuaca macam ni, haruslah dirombak. Mana taknya, walaupun hujan dah reda, tapi ombak still kuat. Nak snorkeling macamana kan. Naik bot pun macam melambung-lambung jek rasa.
So agent bawa kami ke pulau yang berdekatan. Cari tempat yang cantik coral dia. Puas snorkeling sambil bagi ikan makan roti, depa bawa kami ke perkampungan nelayan. Pekena keropok lekor and sate ikan. Pada aku, tak boleh lawan Bukit Tok Beng punya lah. Tapi sebab dah lapar seharian mandi laut, habis jugak. Tapi amielah yang jadi mangsa kena habiskan makanan semua. Aku nampak ada orang kampung kat situ beli pelam colek. Terus terliur. Pergi redah kawasan kampung, last-last jumpa. Suka. Sedap.
Dinner malam tu, kami makan bbq. Makanan adalah super banyak. Udang, sotong semua fresh-fresh. Tapi amie sangat bertuah sebab aku tak lalu makan menda tu semua. Bolehlah dia habiskan tanpa aku rasa sakit hati hatta sekelumit pun. Takpe. Tunggu tekak aku dah normal balik, boleh repeat makan bakar-bakar kat Kelulut.
Lepas makan amie ajak jalan-jalan lagi. Dia kata ni malam terakhir kat sana. Jomlah menikmati. Akan tetapi... nikmat aku adalah ke bilik. Aku rasa macam katil tu dah memanggil-manggil jek. Serious kepala ni tak larat dah nak bawak. Balik bilik, tidur lagi bagus. Honeymoon macam tak berapa nak honeymoon. Lebih kepada percutian merehatkan badan. Takpelah. Nanti anniversary ke sepuluh, kita repeat lagi yek. Hee..
0 komentetar:
Post a Comment