Sekarang ni aku rasa amatlah padat hidup aku. Sampai blog pun lama dah tak jenguk. Bukan padat dengan kerja-kerja seharian, tapi padat dengan aktiviti merehatkan diri. Haha..
Sekarang ni baby dah nak masuk 7 minggu. Alhamdulillah, aku tak pernah lagi rasa morning sickness. Tapi time evening lah yang sickness dia datang. Lepas balik kerja tu aku rasa lepak gila. Pagi-pagi macam biasa je. Cergas je badan ni. Tak de lagi sampai termuntah-muntah. Tapi petang sampailah ke malam, memang totally out. Aku pun irsau. Sampai bila nak rasa macamni kan. Ada orang kata selalunya 3 bulan pertama jek. So aku harap after 3 bulan, semuanya akan normal seperti sebelum-sebelum ni.
Patutlah ada orang kata aku ni lembik. Tapi nak buat macamana kan. Dah memang rasa macam tu. Bukan aku sengaja buat. Kau bayangkan dulu time balik kerja siap boleh mengemas, basuh baju, masak lagi. Sekarang ni kau suruh duduk saje sambil lipat kain baju pun boleh tertidur in the middle of that. Bayangkan dia punya penat. Macam orang kerja buruh gayanya. Last-last, kain baju kemana aku kemana. Haha.
Sekarang ni memang tidur awal gila. Pukul 9-10 confirm. Kadang-kadang rasa stress jugak. Kau bayangkan tengah tengok cerita, tetiba tertidur. Lepas tu tak tahu ending. Padahal cerita peberet tu. Nak tunggu ulangan entah bila kan. Geram jek. Yang best nya, amie ni. Terkejut aku time bangun pagi tetiba tengok kepala dia dah di botakkan. Entah bila dia shave, serius aku tak sedar. Haha..
Sekarang ni kalau time malam aku memang tak boleh nak berdiri lama. Macam time masak ke, memang boleh jadi pitam rasanya. Kepala tu akan rasa macam berpusing-pusing segala benda. Memang kena duduk sekejap-sekejap. Tapi nasib baik dapat laki yang jenis paham. Ditengoknya aku tak larat, tetiba dia kata meh dia tolong masak. *ni yang buat makin sayang ni*.
Tapi kalau dia dah start pegang dapur, memang dia tak akan kasi kau duduk sekali kat dapur. Ermmm... aku pasrah je lah. Lagipun tekak aku kalau malam-malam hari ni kureng sikit. Perut lapar tapi tekak tak boleh terima. So aku biarkan je lah amie masak. Dalam hati aku, "makan maggi lah jawabnya ni".
Sekali bila dah siap masak, amie panggil makan. Tanjat gegel tengok dia masak lauk malam tu. Wahhh im so proud of u. Dia masak paprik ayam kau. Macam tau-tau je aku punya tekak boleh masuk yang masam-masam jek. Aku suspek mesti dia tengok buku ajaib aku. Kan u kan? hehe.. pastu time makan tu aku dengar dia cakap slow-slow, "ni boleh masuk top chef master ni". Ok baiklah. Aku anggukkan jek.
7 komentetar:
sickness kita sama dek non...pagi cergas,saje nk suh pi keje xleh nk MC...ptg smpai mlm,out...letak ayam golek sekor dpn mata pun xde nafsu nk mkn...haha...tp lps 3 bln cmtu,ok kot...letak apa pun dpn mata,balun!!hahahahahaha
ouh ingtkn sy sorang jek begitu. bagus, ade geng! hehe..
xsabau nak tgu selepas 3 bulan tu. ni nk buat ape pun xblh. =(
eh i pun sama...pagi tu, muntah sikit2 je masa mandi, tp balik je kerja, smpai rumah, terus muntah...x sempat nak bukak baju ke apa ke..terus bluweeeekkk..hu3x...
Wahhh... Bertambah lg geng sy! Hehe..
Owh tp akak x muntah..loya2 jer...kila muntah2 ka?
setakat ni xprnah lg termun. cume rse kembang tekak rse mcm nak termun tu adelah. hee..
kalu gitu,nana xleh geng kita la...sbb dia geng muntah2....hehehe
Post a Comment