instagrammers

Instagram

8.3.12

Pulau Perhentian *day one*


Package Itinerary
1st day
9.00 a.m      Meeting  Point - Kuala Besut Jetty
9.30 a.m      Depart to Pulau Perhentian with speedboat (25 minutes journey)
10.00 a.m    Arrival Pulau Perhentian & check in
                    Free and easy time
12.00 p.m    Lunch
1.30 p.m      Briefing for snorkeling trip
2.00 p.m      Learn to wear mask, life jacket & snorkeling at Turtle Beach
2.30 p.m      Snorkelling at Tanjung Basi Coral Garden & fishing watching
3.00 p.m      Turtle watching at Mango Beach
3.30 p.m      Shark watching at shark point
4.30 p.m      Shower at Air Berani water pool (cool & freshing water)
6.00 p.m      Beach Game Time - Volleyball
7.00 p.m      Dinner
9.00 p.m      Walk around beach - free & easy Time

2nd day
8.00 a.m      Breakfast
9.00 a.m      Depart to Redang Long Beach (mor Mor Char)
9.50 a.m      Baby shark watching at Redang Long Beach
11.30 a.m    Snorkelling at Redang Marine park
1.00 p.m      Lunch
2.30 p.m      Depart (10 minutes) Pulau Lang tengah & snorkelling
3.30 p.m      Depart to Air Berani waterpool (cool water)
6.00 p.m      Beach activities
7.30 p.m      Dinner-BBQ
9.00 p.m      walk around beach

3rd day
8.00 a.m      Breakfast
11.00 a.m   check out or you can take third day extra package

Ini sepatutnya itinerary yang patut kami follow masa pergi holiday ke PulauPerhentian weekend haritu. Memang sengaja ambil pakej yang padat dengan aktiviti sebab nak pergi ke tempat-tempat macam ni bukan selalu kan. So bila dah dapat pergi, kasi lenjan habis-habisan. Lepas ni entah bila la dapat pergi lagi ke pulau-pulau macam ni. Kena tunggu anak-anak dah besar lah pulak kan. Ouh lambat lagi tu. Makan 10 tahun hendaknya.

Kami gerak dari rumah dalam area pukul 7 pagi. Perjalanan ke kuala besut makan masa dalam lebih kurang sejam setengah. So dalam area pukul 8 lebih gitu sampai kat jeti. Lupa nak bagitahu, kami ambil pakej ni dari travel agent Perhentian Setia. Sangat berbaloi-baloi. Series tak tipu. Korang nanti kalau nak pergi, memang aku rekemen TA ni. Masa kami nak dekat sampai, ada runner dari TA ni telefon tanya dah kat mana. Sebab dia kata dia akan tunggu kami kat depan jeti. Nak usher bawak pergi parking kereta. Bagus kan. Tak payah pening-pening kepala nak cari tempat parking.

Parking adalah berbumbung. Akan tetapi haruslah kena bayarkan. Macam kita parking kat jeti nak pergi Langkawi dulu tu. Yang ni sehari RM7. Total 3 hari dieorang bagi RM20. Siap parking, kami pergi setelkan balance payment yang kena bayar. Siap dapat voucher 20% dari TA ni untuk shopping beli souvenier kat kedai-kedai area situ. Bagus kan.




Naik bot dalam area pukul 9.30. Laluan air ambil masa 25 minit untuk sampai. Ouh sebelum lepas kat gate jeti tu, kena bayar RM5 untuk marine tax. Sini ada satu tips nak bagitahu korang, kalau naIk bot yang macam ni, baik korang cop duduk seat paling belakang sekali. Sebab kesan hentakan adalah kurang effectnya. Ada korean couple duduk kat bahagian depan, sampai terjatuh terduduk kat lantai bot sebab terhentak-hentak masa naik bot haritu. Bila duduk kat belakang, sikit pun tak rasa. Serious.




Sampai pulau pukul 10. Check in tapi bilik tak siap lagi. Kena tunggu dalam setengah jam gitu. Sambil tunggu tu, boleh beronline sebab ada wifi kat situ. bila dah dapat kunci, ke bilik lah kita. Cadangnya nak qadar tidur sebab bangun pepagi kan. Tapi sebab teruja lebih, memang tak boleh nak lelap mata. Orang jakun lah katakan. Serious ini kali pertama pergi pulau. Memang dah cadang dari zaman anak dara, esok-esok kalau aku dah kahwin memang cita-cita nak hanimun kat pulau. Nasib termakbul jugak angan-angan itu. Haha..




Tengahari kami lunch. Pakej ni memang ada makan 3 kali sehari. Yang bestnya adalah amie. Sebab aku tak boleh nak makan sangat. So semua makanan dipulun amie. Sikit aku tak rasa kecik hati. Cuba kalau tekak aku ni normal, kau sentuhlah makanan aku, boleh jadi bahan gaduh okeh. Haha. Buruk perangai aku kalau bab makan ni. Ingat lagi masa dolu-dolu kat kedai makan, sampai menangis aku sebab amie habiskan sambal belacan. Bila pikir-pikir balik, entah apa-apa jek aku ni. Bukan tak boleh mintak tambah pun kan. Haha. sekarang ni amie nak habiskan makanan feveret aku pun aku tak kisah.




Lepas makan, pergi snorkeling. Sangat-sangat best. Tak puas rasanya. Selam pergi tengok ikan and semua hidupan dalam air. Nemo pun ada. Sangat suka. Ikan-ikan kat sana makan roti gardenia okeh. Kau campak roti tu, semua ikan datang kerumun. Best. Macam fish spa pun ada rasanya.

Dah petang tu, lepas snorkeling, kami pergi kat air berani. Tempat ni ada air yang sangat fresh dan tak masin. Orang kata kalau mandi air ni, boleh buang penyakit. Memang tak lepaskan peluang kan. Sambil mandi kat sini, TA kami bagi makan buah pelam. Best gila. Sila bayangkan makan mango di waterfall. Terbaikkk..





Malam tu kami dinner kat restoran resort. Dieorang serve tomyam and lauk-lauk lain. Makanan ok. Boleh masuk tekak aku even tak banyak. Amie lah jadi mangsanya kena habiskan makanan semua. Setel dinner kami jalan-jalan kat area beach situ. Mat Salleh adalah sangat ramai. Rasa macam kau pergi negara asing lah pulak. Haha. Sepanjang beach tu, ada jugak kedai-kedai makan. Orang semua prefer makan kat kedai-kedai situ sebab murah sikit dari restoran resort kot. Macam kami ni dah ambil pakej, so bolehlah merasa makanan resort.

Kalau korang pergi area pulau, aku advice minum air mineral or drinking water. Sebab kalau mintak sky juice kat kedai-kedai makan even restoran resort sekalipun, air tu akan ada rasa payau sikit. Macam bercampur dengan air laut. Macam kami ni memang TA dah bagi 4 mineral water botol besar. So takyah pening-pening kepala nak beli kan. Mineral water adalah sangat mahal kat sana okeh. Dalam RM5-RM7 sebotol. So kalau korang nak pergi, bawak siap-siap dari daratan.

Lepas jalan-jalan tu, aku dah tak larat nak expore tempat-tempat lain. Adalah cepat penat aku sekarang ni. Kalau jalan lama-lama, perut akan jadi keras dan sakit. So balik ke bilik lah kita. Dah lah bilik sangat super jauh. Kalau pergi makan tetiba kau tertinggal barang, nak pergi bilik pastu balik semula ke restoran kau dah rasa lapar semula. Sangat jauh. Bagi aku lah. Hehe. Okehlah cerita second day kita sambung esok. Tu pun kalau aku tak bizi. Sekarang ni kes bertimbun-timbun masuk. Banyak kerja aku pending. Sampai nak curi tulang pun tak sempat. Draft yang ni pun aku rasa dah masuk seminggu baru siap sebab aku buat seperenggan-seperenggan. Bizi bizi bizi.


P/S : Ouh.. Kalau nak tengok gambar, ada kat SINI. Daa..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...