instagrammers

Instagram

21.3.12

Pulau Perhentian *day three*


Akhirnya dapat jugak aku habiskan entri pulau ni. Mahu makan sebulan nak menaip. Perginya tiga hari jek. Nampak nau penyakit M dah berleluasa sekarang. Haha..

Hari terakhir kami kat pulau, sangat sedih rasanya. Sebab rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah tiga hari. Pagi tu lepas breakfast, ingat nak mandi manda kat area romantic beach. Tapi boleh terlupa pulak nak amek life jacket dengan TA semalamnya. So niat di hati terpaksa cancelled. Ouh.. btw, swim guna life jacket sangat lah syiokkk sebab kau boleh swim kat tempat dalam tanpa rasa takut. Besttt...

Cuaca hari terakhir sangatlah cantik. Dia punya panas mentari tu sampaikan kau tengok laut siap boleh nampak coral yang berwarna warni. Memang nice. Kan best kalau semalamnya cuaca ok macam ni. Hmm.. aku rasa memang tuhan dah aturkan hidup aku tanak kasi lasak-lasak sangat. So dia boleh rest seharian semalaman tu kan. Sebenarnya takut jugak nak lasak-lasak sangat ni, sebab orang kata first trimester ni rahim masih tak kuat lagi. Kena berjaga-jaga. So dalam rasa frust sebab semalamnya hujan, tapi ada jugak rasa bersyukur sebab memang ditakdirkan tak buat aktiviti yang heavy-heavy.

Lepas breakfast pagi tu, pergi jalan-jalan area long beach. Mat saleh sangatlah ramai. Sempat jugaklah aku kidnap sorang anak mat saleh ni. Haha. Anak-anak mat saleh ni aku tengok semuanya berani. Kalau swim tu rilek jek. Takde pun takut-takut nak suruh parents pegang lah. Semuanya berenang sendiri siap pakai goggle nak cari ikan.

Tengahari tu check out terus ambil bot balik ke jeti Besut. Singgah sekajap kat pejabat TA. Yang bestnya pasal TA ni, dieorang akan ambil gambar korang sepanjang percutian tu termasuk lah gambar-gambar dalam air. Lepas tu dieorang akan burned ke dalam CD and bagi kami CD tu as a gift. Wahhh… sangat suka. Btw, aku kenal TA ni sebab tokei dia ni one of my officer’s bestfriend. Sebab tu harga pakej kami boleh kaw tim punya. Pulak tu, kan semalamnya trip ke Redang terpaksa dicancelledkan sebab masalah cuaca kan. Dieorang siap refund duit ke kami. Padahal masalah cuaca bukan salah dieorang pun. Aku sangat-sangat rekemen kalau korang guna TA. Boleh tengok fb TA ni kat SINI.




2 komentetar:

itangmanih said...

gambar yg bwh pokok kelapak tu mcm muka kaq pun ada sket2...hahaha

shakila mubarak said...

ouh really kah kak? mne de...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...