instagrammers

Instagram

27.2.12

ikan bakar tomyam


Tekak ni terasa nak makan ikan bakar pulak. Tapi nak yang ada rasa tomyam. Ada ke kedai jual macam tu. Nak mencari dari satu kedai ke satu kedai adalah sangat malas. Rajin pulak aku ni nak menapak dari satu kedai ke satu kedai kan. Sedangkan kat tempat kerja ni pun kalau boleh nak balik cepat jek sekarang. Adalah rasa yang super penat sekarang. Sampai ada orang pernah kata yang aku ni lembik. Ahhh pedulikan apa orang kata. Lembik-lembik aku pun, aku susahkan laki aku. Bukan laki orang kan.

Sekarang ni perut adalah cepat lapar. Selalu berbunyi-bunyi. Padahal baru lepas makan pun bunyi lagi. Tak paham aku. Tapi tak boleh nak makan sangat. Sebab tekak ni macam tak boleh terima. Complicated kan. Hmmm.. nak kena cari makanan yang masam yang boleh hilangkan rasa mual kat tekak tu. Tu yang teringin nak makan ikar bakar tomyam tu.

Belek-belek buku ajaib, sekali ada resipi tu. Meh terai buat. Senang jek. Bahan pun taklah rumit sangat. Iye, aku adalah lembik. Tapi selembik-lembik aku pun boleh lagi gagahkan diri nak masak bagi laki dan anak makan. *rolling eyes*.

Bahan-bahan :
2 ekor ikan
1 biji bawang besar
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 biji cili padi - tambah jika nak lebih pedas
1 biji tomato - dipotong nipis
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis @ lemon @ limau kasturi
2 camca besar pes tomyam

Cara-cara :
Kisar cili merah, bawang putih, bawang besar, serai dan pes tomyam dengan sedikit air.
Susun ikan di atas aluminium foil. Aturkan tomato yang telah dihiris dan juga daun limau purut.
Curahkan bahan2 kisar dan juga jus limau.
Balutkan dengan aluminium foil tadi dan bakar selama 30 minit. 


Buku kata 30 minit. Aku pun rilek jek letak direct atas dapur. Tanya amie, macamana nak tahu dia dah masak. Amie kata kenalah bukak foil tu sekejap-sekejap tengok dah masak ke belum. Okeh. Leceh. Tunggu je lah setengah jam. Lepas tu angkat baru bukak tengok. Dan hasilnya...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Ermmm... Sedap kan *telan air liur*. Okeh. Tipu. Tu hanya ilusi semata-mata. Yang aku punya adalah...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Hahahaha hangus. Tu lah malas lagi nak tengok sekejap-sekejap kan. Padan muka. Nasib guna ikan cencaru. Boleh jek tanggalkan jaket dia yang hitam tu. Tapi mungkin sebab bakar direct atas dapur gas, jadi dia jadi kering takda kuah macam gambar yang aku cilok kat google tu *nak jugak cari alasan*. Lepas ni nak terai guna oven pulak lah. Tengok dia jadi kering ke tak.


25.2.12

housewarming konon-konon kali kedua


Haritu adik ipar kata nak datang rumah. Aku pun semangat lah nak masak itu ini kan. Tapi memandangkan hari bekerja, makanya kena cari resipi yang simple, mudah, cepat, tapi sedap. Dok belek-belek buku ajaib, tengok tomyam macam senang jek. Bahan-bahan kebetulan ada. So memang kenalah.

Dulu pernah terai buat tomyam merah. Kali ni nak terai buat tomyam putih. Aku rasa cara dia sama. Cuma kita tukat pes jek kan. Balik kerja tu pun dah nak dekat maghrib. Cepat-cepat prepare barang-barang semua.

Pukul 7 lebih gitu, chik telefon tanya tengah buat apa. Aku cakap baru sudah masak nasi. Tapi lauk tak siap lagilah. Chik kata buatlah dengan super pantas sebab takut tak sempat. Aku cakap rileklah. Ayah pun selalu makan lepas habis berita kan. Haha.

Nak dekat pukul 8 gitu, ada orang gendang pintu rumah dengan yang amat kuat. Aku ingat siapa lah nak mengamuk ni. Ingatkan dieorang dah sampai. Tapi tak kan awal sangat kan. Sekali bukak pintu, chik rupanya. Memula kata tanak datang. Sekali tuptup muncul. Ouh sangat suka bila chik ada tau. Sebab dia boleh tengok-tengokkan ikan kat dapur. Hee..

Family adik ipar datang dalam area pukul 8 lebih gitu. Selamat ngam-ngam jek siap masak. Memang timing sangat bagus dieorang ni. Cuma ikan jek aku tergoreng siap awal. So bila dah sejuk, tak sedap sangat rasanya. Tomyam? Perfect *sambil angkat-angkat kening*. Boleh tahan lah sedapnya. Tapi tak boleh lah lawan kedai tomyam kan.

Apa-apa pun, aku happy sebab dieorang datang rumah. Macam housewarming kali kedua pulak rasa. Hehe..




24.2.12

syukur


Semalam aku ada bagitahu yang aku positive urine test kan. Syukur alhamdulillah. Allah perkenankan doa-doa hambanya. Aku sebenarnya speechless masa tahu result tu. Semua perasaan bercampur. Suka, teruja, takut. Semua ada.

Ada kawan aku tanya macamana nya boleh tergerak nak pergi klinik kan. Cerita dia gini. Haid memang dah lewat dalam seploh hari gitu. Haritu pun chik ada tanya jugak. Dia suruh pergi check. Aku ni bukan apa, berat sikit nak check-check ni. Bukan apa. Takut dapat result yang bukan kita nak. Frust pulak kan.

Ada satu pagi tu masa nak bersiap-siap pergi kerja, time tu lepas mandi. Aku rasa macam pening sangat. Sampai terduduk aku. Rasa macam siling atas tu berpusing-pusing nampak seribu. Aku ada bagitahu amie. Sekali dia jawab, "berat dah u ni". Fine. Jawapan yang tak membantu langsung.

Tengahari tu aku keluar pergi giant. Sebelah opis jek kan. Beli lunch, bayar bil kat pejabat pos, lepas tu terlalu depan guardian. Tengok-tengok pregnancy test ada promotion. Buy 2 free 1. Pregnancy test pun ada promosi kau. Kelas ko maria.

Masa tengah dok tengok-tengok tu, ada sorang makcik ni dok pegang pregnancy test yang sama brand dengan yang promosi tu. Aku pun terai cakap kat makcik tu, "jom kita bayar sekali makcik, nanti dapat yang free bagi kat saya" *dengan muka tak tahu malu*. Makcik tu pun macam ok jek. So aku pun beli jek lah. Sebab kalau dapat result yang tak seperti kami harapkan, at least tak de lah rasa membazir sangat sebab ada menda free kan *sedapkan hati sendiri*.

Balik opis tu jugak aku dok terai. Sekali result dia ada 2 lines tu tapi macam tak berapa clear sangat. Lepas tu aku bagitahu amie thru fb. Dia boleh jawab "hohoho". Apa dia ingat merry christmas ke? Aishhh...


Malam tu kami pergi klinik nak confirmkan. Bila test, memang betul-betul confirm positif. Alhamdulillah. Doctor kata dah hampir enam minggu. Due bulan seploh nanti. Nak dekat-dekat dengah raya haji time tu. Nampaknya raya puasa tahun ni kena pakai baju kembang lah jawabnya! Haha..


23.2.12

seplais



Seplaiiisssss..!!!

Seplais tak? Seplais tak?

Alaaa.. tak seplais ke?

Okeh balik semula ehh

Kali ni bila cakap seplais,

korang jawab “tanjat boboi” ehh

Okeh, satu dua tiga










SeplaiiisSsSsS…!!!


p/s : dah nak masuk enam minggu kata doctor!
alhamdulillah
 




22.2.12

wordless wednesday



Hey you!
Please be good to me



21.2.12

pasar pagi



Weekend haritu masa balik kampung, chik ajak pergi pasar. Pasar pagi ke pasar sabtu namanya. Gitulah. Yang pasti pasar tu dibuka pada waktu pagi sahaja dan yang pasti lagi pada hari sabtu. Aku bayangkan pasar tu macam pasar borong. Sekali bila sampai, rupa macam uptown pun ada.

Kebetulan hari sabtu yang kami pergi tu ada majlis sambutan maulidur rasul. Jadinya bersesak-sesak lah kami time nak ambil yuhanis dengan orang berarak semua. Nasib chik tahu jalan shortcut. Cilok-cilok lah dia kat area jalan kampung. Gud gud.

Masa sampai kat area pasar tu, ramainya umat. Macam semut pun ada jugak aku tengok. Cuba cari ain. Tapi yang kami nampak, papa ain. Haha. Btw, ain dengan papa ain pun join berarak sama. Cuma mereka di dua kumpulan yang berbeda lah.


Jalan-jalan kat pasar tu boleh buat rambang mata. *aku ni memang pantang orang jual-jual, semua nak rambang mata*. Shopaholic! Tapi korang tahu tak, dengan berbekalkan rm50, korang boleh beli barang dari atas sampai ke bawah complete set dengan makanan sekali. Gila kan. Gila gila gila murah. Tapi nak kena pandai memilih lah. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai. Tak gitu.

Ronda-ronda kat area baju, kasut, bag semua. Ada terbekenan dengan satu bag ni. Sling bag kot. Tapi takut nak beli. Takut kena marah dengan orang tu sebab aku baru jek beli bag bulan lepas. Bila balik rumah tu, aku cerita kata ada jumpa bag yang super lawa. Dijawabnya, ”kenapa tak beli?” Ouh, boleh ke. Suka suka suka. Nanti next week nak pergi lagi lah pasar ni. Mintak-mintaklah ada bag tu. Boleh bawak masa nak pergi hanimun nanti. Eh, tercakap pulak. Tak seplais lah nanti. Duh.

Tengok-tengok kain ela, tapi a bit mahallah. Aku ni sampai tak de baju dah nak pakai bawak gi kerja. Takpelah, nanti cari time mega sale. Barulah semangat nak memborong kan. Lepas tu pergi kat area orang jual kasut-kasut. Aku ni nak mencari selipar untuk tandas. Sebab tandas yang kat belakang dulunya OOO tu dah ok. Masa nak beli tu, aku test size 6. macam ngam-ngam jek. Takut orang lain nak pakai tak muat pulak. So cari yang size besar sikit. Mintak size 7.


Orang jual : Size enam, empat ya. Kalau size tujuh, enam ya
Aku & Chik : Ye dokkkkkkk *sambil menjerit yang amat kuat*
Orang jual : Nasib saya takde sakit jantung, kalau tak...

Hahaha.. mana kami tak terkejut. Tak kan sebab beza size, harga pun nak beza kan. Dua ya pulak tu. Boleh dapat air milo 2 cawan okeh. *dasar kedekut penjimat*


Setel dah membeli untuk diri sendiri, pergi cari buah rambai yang ma suruh beli. Kata nak masak kulit buah tu untuk buat sayur. Tapi masa balik rumah tu, tak masak pun. Musykil kejap. Ouh, kami memusing cari buah tu dari sana ke sini. Nasib last-last jumpa sorang pakcik ni jual. Chik apa lagi, memulakan sesi tawar menawar lah. Dapat lah jugak kurang harga sikit. Tapi kesian jugak kat pakcik tu. Ye lah, berapa sen sangat lah yang untung dengan meniaga gitukan.  Tapi kalau customer pompuan, cepat jek dia bagi kurang. Macamana nak cepat kaya pakcik wehhh.

Lepas tu, yuhanis pergi cari tiket nak balik ke KL untuk bulan march nanti. Sekali pergi, ada sign ”rehat” kat kaunter. Dua kali pergi, sign tu still ada lagi. Ehh budak ni, nak meniaga ke tanak. Ginilah orang melayu. Time takde kerja, nak sangat kerja. Bila dah kerja, mengular sokmo. Geram okeh. Kalau waktu makan tengahari or time solat, kita paham. Ni pukul 10 pagi kot. Kejadah apa rehat pukul 10 sampai tengahari tak balik-balik lagi. End up, yuhanis tak beli pun. Takyah balik KL jek lah kak anis. =)


Setel semua barang yang dicari dah jumpa, yuhanis belanja kami minum air sedap. Tapi masa beli tu, boleh pulak orang kedai tu tak letak bubble yang biji-biji hitam tu. Patah balik suruh letak, orang tu kata ”ops terlupers lah”. Padahal tengok dieorang baru jek siap rebus bubble tu. Ni lagi satu orang melayu, nak meniaga sangat, tapi tak jujur. Aishh..


Ada orang tu beli kasut baru tau. Bila balik rumah, selang lima minit dia akan tanya, ”santek tak kasut saya”. Berulang kali selagi kau duduk dekat dengan dia. Kepala dah nak teleng dah asyik lah dok mengangguk tanda ”santekkknyerrrrrr”. Hahaha.. 

Ouh aku pun ada beli tau. Barang idaman hati yang memang dah lama cari. Lepas ni, memang completelah rasanya hidup aku bila melalui dengan adanya menda ni. Nak tau apakah? Tadaaa... -


-


-


-


-


-


-


-


-


-




Terbaiksss... *thumbs up*




20.2.12

durian pasar payang


Balik kerja haritu terlalu depan pasar payang. Time lalu tu, bau durian sangatlah menusuk ke hidung sehingga membuatkan aku boleh tergoda. Apa lagi, memang kena belilah jawabnya. Selonggok dieorang jual rm10. mahal jugaklah kiranya sebab durian yang ada tu kecik-kecik cenonet jek. Kalau time musim durian, buah yang kecik-kecik gitu takde harge agaknya kot.

Bila bawak balik tu, habis satu kereta bau durian. Memula memang feeling so nice. Tapi bile dah lama-lama, macam bau strawberry+durian bak kata yuhanis. Nak termun pun ada bila lama-lama dok dalam kereta kalau tak bukak tingkap. Sampai tangkap migraine aku dibuatnya. Tapi karena durian, sanggup kau.

Dah sampai rumah tu, aku suruh amie bukak ajak dia makan sama-sama. Tapi dia kata dia tak suka. Bukanlah tak makan langsung. Tapi takdelah nak ngadap lima biji sekaligus. Ouh sangatlah tak best kalau makan dengan orang yang tak reti menikmati kelazatan raja segala buah ni. Tak feel bak kata omputih.

Lepas tu teringat chik yang juga suka durian. Ermmm... bawak balik kampung jek lah. Makan ramai-ramai lagi meriah kan. Masa bagitahu chik kat dapur ada durian, memang dia tak tunggu lama. Diajaknya makan time tu jugak. Hah gitulah baru syokkk. Ada geng.

Bab kopek buah ni, aku failed sikit. Aku tengok chik macam pro jek. Mana taknya, parang adalah sangat besar dari durian. Masa bukak buah tu, ada durian seketul dok landing baik punya. Chik kata durian tidur namanya tu. Ouh durian pun ada yang tidur, ada yang berjaga ehh.

Esoknya masa kakna ada, durian tu ada lagi balance. Diajaknya aqil makan sama. Memang suka bebenor aqil dengan durian ni. Sampai tak cukup rasanya. Kalau tahu aqil suka durian, sebakul aunty kila belikan untuk aqil tau.

 
Petang tu lepas makan durian, ingat nak landing depan tibi. Sekali amie dah conquer remote. Memang selamatlah jawabnya. Kalau nak rasa mengantuk layan discovery channel, bolehlah join bersama. Aku memang taklah. Chik ajak pergi rumah che ngah, memang kenalah sangat timing tu. Duduk tiga hari tiga malam kat rumah che ngah pun aku sanggup. Mana taknya, che ngah masak sedap-sedap kot. Macam haritu, ada ketam masak lemak cili padi. Memang layan lah. Terbaikkk..



19.2.12

PC Fair lah sangat


Weekend haritu TTC ada buat PC Fair. Memang semangat la time nak pergi tu. Sebab memang ada barang yang nak dicari. Lagipun amie memang suka menda-menda gini. Dah memang kerja pun dalam bidang tu kan. Sebab tu dia yang teruja lebih bila nak pergi tu.

Bila sampai tu, pelik jugak tengok sebab banyak kain baju yang dijual dari pc. Booth pc adalah dalam dua tiga jek. Frust sekejap rasa. Dia ada hall A dengan hall B. Hall A memang totally jual kain baju. Ada jualan gudang katanya. Barang memang murah-murahlah. Separuh harga murah dari yang jual di pasaran. Aku memang dah berkenan kat satu comforter ni. Akan tetapi *memang banyak akan tetapi aku ni kan*, dieorang buat jual-jual ni time tengah bulan. Apakah motif? Saje nak bagi orang sakit mata gamaknya. Lain kali buatlah time orang dapat gaji ye dak. Barulah semangat nak mencuci wallet para suami. Kannnn??

 

Hall B pulak adalah sikit-sikit orang jual pc. Pastu ada booth buku semua. Memang novel jek lah yang banyak orang beli guna voucher free yang aku tak dapat tu. *jeles*.  Pastu jalan-jalan lagi ada nampak satu booth ni dari KTS. Dieorang ada buat pemeriksaan percuma. Kan aku ni memang pantang dengar perkataan percuma. Haruslah cuba kan. *bukan kedek yek*. Haha..

Masa kami pergi tu dah nak dekat pukul 10pm, kaunter pemeriksaan tu pun dah nak dekat tutup. Borang yang kita kena isi pun tinggal sehelai jek last. Aku isi jek nama kami laki bini. Tanya nurse tu boleh tak buat dua orang, dia angguk jek. Aku tengok orang lain yang datang lepas tu nak buat pemeriksaan, nurse tu kata borang dah abis. Disuruhnya datang esok jek. Kesian


Check tekanan darah, semua normal jek. Bila check kencing manis, aku adalah melebihi paras normal. Alamak. Nak kena kurangkan gula ni. Aku pun heran. Apa yang aku makan, amie pun makan. Tapi kenapa amie punya ok jek. Tak boleh jadi ni. Nak kena minum banyak air masak sampai pecah pundi kencing.

Setel cuci mata, time for cuci perut pulak. Cari tempat makan terdekat. Pergi yang kat sebelah TTC tu jek. Disebabkan tadi check kencing manis tinggi, so aku berazam untuk puasa malam tu. Amie jek lah yang order. Makan sengsorang dia sambil aku tengok dengan mata terkebil-kebil mintak simpati. Tapi takpe. Dok kat situ yang ada wifi free pun dah boleh mengenyangkan aku. Haha.. Dasar. Semua nak free!

P/S : ce tengok kat gambar aku yang ada sign "pandu lalu" tu. macam ada mata kat atas tangan aku. dah ambil gambar baru perasan ada. time bergambar tu takde pape pun. ouh apakah?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...