instagrammers

Instagram

31.1.12

Verandah

mood restoran masih cny

Verandah Restaurant terletak di Ri-Yaz Heritage Resort, Marina & Spa. Tapak lokasi pelayaran untuk sukan antarabangsa yang dinamakan Monsoon Cup. Perghhh intro nak lebat kan. Haha.. Sebenarnya teman amie ke tempat kerja dia jek merangkap tempat kerja lama aku jugaks. 

Ke sana untuk makan malam.  Kawan amie yang on duty ada jugak kat situ join semeja dengan kami. Otomatik aku jadi gadis melayu yang sopan santun. Nak makan pun malu kau. Rasanya kalau berdua dengan amie, aku makan pakai tangan jek kot. Ni sebab ada orang, garpu pisau pun tak berbunyi kena pinggan. Hebat kan lakonanku? Hahaha..



Makanan memang marbeles lah. Nak-nak kawan amie yang belanja. Memang terbaiklahhh. *menda free seme sedap ye dak*. Aku order Sizzling Chicken  Breast with Creamy Sauce. Gitu lah kot bunyi nama tajuknya. Tak ingat sangat sebab panjang berjela. Biasalah hotel-hotel ni nama menu semua nak kelas-kelas kan. Amie dah biasa makan situ. So takdelah nak berfeeling western sangat. Dia amek Sup Tulang Rawan. Pun terbaik gak. Boleh pilih nak makan dengan roti or nasi putih. Amie amek supnya aje. Nak jaga perut katanya. Baru 3bulan kawin, dah bertambah inci perut. Hahaha haruslah kan. Nak jadi isteri mithali, kena isi perut suaminya dulu. Betul tak akak-akak ku sekalian?

Makan dengan penuh kesopanan sampai dioffer untuk order menda lain pun aku tanak. Nanti takut di cop pentamak pulak kan. *sebenarnya memang pun*. Cover line baik punya.

Sepatutnya kat restoran tu ada live band tau. Tapi malam tu tak ada pulak. Sepi jek lah. Tapi still ramai jugak orang makan. Bilik pun fully occupied. Memang penuh dengan in house guest jek lah. 

koleksi
ada bell atas meja untuk servis macam kat pizza hut

Kat depan restoran tu ada area front office dia untuk check in bilik, Area situ ada satu rak untuk tetamu baca magazine. Pastu ada rak koleksi DVD. Boleh pilih nak tengok cerita apa. Sebab kat bilik bawah tu macam ada mini cinema. FOC jek. Kat resort tu memang area WIFI. SO memang boleh online. Sesape yang tak bawak device, boleh guna lappy yang disediakan kat area tu. Lepas tu ada koleksi indoor game macam monopoly lah, scrabble, etc. Boleh pinjam main kat bilik or nak main kat sitting area tu pun boleh sambil tengok panorama yang indah-indah. Best kan..

senario malam
atas tu front office dia

Banyak lagi lah facility kat resort tu. gym, swimming pool, marina, spa. Kalau sesape nak bercuti kat sini, boleh check web dia kat SINI.



30.1.12

Berbunga-bunga


Bak kata akak, berbunga-bunga rumah aku. Ye memang betul. Langsir bunga, alas meja bunga, alas kaki bunga. Bunga-bungaan jangan cakap lah, memang semua meja ada. Lately ni rasa macam tema flora macam best jek. Nasib amie pasrah. Haha..

Hari last cuti haritu, duduk rumah satu hari. Dah penat berjalan jauh, so rest. Tapi tak rest sangat pun. Buat kerja-kerja laundry semua. Encik driver yang tak hilang penat lagi pun dikerah untuk mendrill rumah sebab tak sabar nak up frame-frame. Aku kan jenis yang tak sabar orangnya. =)


hasil air hitam
Petang-petang tu try buat eksperimen kat dapur. Konon-konon nak masak asam pedas untuk makan malam sebab teringat asam pedas yang amie makan masa kat Air Hitam tu. Check bahan macam semua ada. So bermulalah misi percubaan asam pedas ayam. Tapi tak cukup bawang sebab masa tu tak pergi beli barang dapur lagi.

Cuba nasib untuk pertama kali masak makanan kegemaran diri sendiri sedari usia aku kecik lagi. Yes itu adalah makanan feveret aku. Disebabkan lauk tu jugak la menjadi satu titik hitam dalam hidup aku. Kisah tu biar jadi penguat azam untuk aku teruskan hidup walaupun tanpa mak bapak sendiri.


asam pedas ayam
Masak punya masak, last-last jadi jugak. Cuma kurang manis lauk tu. Maybe sebab kurang bawang kot. Amie rate 4 bintang. Aku kalau masak memang suka suruh amie rate masakan tu so that aku tahu tahap mana lauk tu. Sedap ke tak, nak kena improvice ke tidak. Sebab kalau aku tanya dia, dia akan jawab, "BIASA JEK". Sedap ke tak sedap ke, memang tu adalah jawapan standard yang akan amie bagi. So lagi senang kalau main pakai bintang-bintang ni kan. Dulu kita kat tadika pun cikgu ada bagi bintang kalau kita buat nice homework kan. Same goes to this situation laa..



29.1.12

AJL ke -26


SUNGAI LUI menjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA untukku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujur saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang, "KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.

Good luck for all the finalis
AJL


singgah sebentar di air itam


Pagi isnin dah nak gerak balik tganu. Rasa macam tak puas jek 4 hari balik kampung. Even amie pun kata rasa macam sekejap. Takpe, nanti raya amek cuti 2 minggu duduk rumah mak i. Time tu jangan ngadu lama pulak sampai rindu kat ma u ok. Hahaha..


Cuaca sangat baik haritu. Tak macam masa otw nak balik hari jumaat haritu, sekejap hujan sekejap tak. Ni cuaca macam best jek. Awan pun biru jek. Cantik! Gerak pukul 11am. Ye ye jek plan nak gerak pukul 9am. Tapi pukul 9am tu lah baru bangun tido. Memang janji melayu betul.


Kami lalu highway sebab nak singgah air hitam. Highway sangat sesak hari isnin tu. Tak pernah lagi rasanya lalu highway boleh jammed sampai gitu sekali. Drive pun dalam 50km/j. Bila nak sampai agaknya ni?


Sampai air itam jek dah area pukul 1.30pm. Manusia punyalah ramai. Peniaga-peniaga cina pun bukak kedai semua. Tak beraya gamaknya diaorang ni. Heran aku. Haha.. Beli punya beli ada gak kat 2 jam kat situ jek. Padahal jauh lagi perjalanan nak balik tganu ni. Boleh bersenang lenang membeli belah kan.


Jalan punya jalan sekali jumpa frame ayat yang macam aku nak kat Pandan City tu. Orang kedai tu kata ada ayat empat kul. Yeayyy sangat happy. Tapi harga adalah sedikit mahal dari yang pakistan nak offer aku kat pandan tu. Agaknya pergi time peak session kot. Sebab tu orang kedai tu tak heran kalau kami ni beli ke tak beli kan. Sebab ramai lagi customer lain yang tengah que. Dia apa kisah. Take it or leave it. 


Puas dok memborong bunga-bungaan, amie pergi cari barang makan untuk mak ayahnya. Pulak tu nampak pelam madu emas. Pun dibelikan untuk ma. Anak mithali beliau ni. Menda-menda aku beli selalu amie ingat nak beli gak untuk mak dia. Bagus kan. Esok-esok aku nak anak aku ikut perangai bapaknya jugak sebab nanti anak aku boleh ingat kat aku sokmo even tengah bersuka ria dengan anak bini. Gitewww..


Setel aktiviti menghabiskan duit, perut berbunyi pulak. Makan kat area situ gak. Order nasi ayam. Amie amek asam pedas. Tak nampak pulak aku asam pedas tu. Kalau tau ada, memang amek lauk tu. Tapi takpe, nanti nak try masak sendiri kat rumah. *goreng ayam tak lepas, ada hati nak masak asam pedas*. Haha..


Lepas tu gerak, singgah sembahyang jap kat kuantan. Pastu sampai rumah pukul 1am. Pffttt... Gerak 11 pagi, sampai 1 pagi. 14 jam ko. Kebas kaki-kaki semua..

28.1.12

weekend yang best

Hari ahad ke kompleks. Motif utama nak cari kedai cuci gambar sebab baru semalamnya ke JJ beli album gambar. Bila dah dipastikan yang album tu berapa pages, baru lah boleh budget nak cuci berapa keping gambarnya ye dak. Memang photographer haritu dah cucikan gambar buat macam storybook tapi rasa macam tak puas bila tak tengok gambar sekeping-sekeping. Nak perap softcopy dalam external hd pun rasa macam membazir jek kan. So baik cuci.

Habis satu kompleks dironda, tak jumpa kedai gambar yang bukak. Maybe kedai gambar semua dikonker orang cina sebab tu diaorang tutup kan. Malam tu nak makan besar lah katakan. Tapi takpe. Nak teruskan misi pencarian ke kedai yang area lain pulak.


Tapi dalam perjalanan tu boleh pulak terlalu depan area jual kasut. Dapat pau kasut sepasang. Boy tengok, dia pun nak jugak. Belikan dia sepasang gak. Muka sangat happy dapat sandal baru. Hahaha boy boy.. Nasib kiut! Amie pulak nampak sandal ben-10. Nak belikan untuk ajmal katanya tapi masalahnya tak tahu size berapa kan.


Otw nak ke kereta tu, pau ais krim pulak. *macamana lah tak bertambah gemok kan*. Ingat nak share jek dengan boy tapi dia request nak satu untuk dia sorang. Ok fine. Tak habis siap! Sekali time makan memang series dia boleh habiskan. Siap aku nak tolong anukan yang menjejes-jejes punya, punyalah takut orang nak habiskan yak dia.


Siap makan, pergi kedai-kedai yang berderet tu cari kedai cuci gambar. Pergi kat area rumah angah, memang ada kedai cuci gambar tapi tutup jugak. Last-last nekad pergi yang last punya kedai, nasib bukak.

Aku : tokei nak cuci gambar boleh?
Tokei : boleh, tapi siap hari rabu
Aku : kalau nak ini malam boleh ke tokei?
Tokei : boleh. sekeping rm2

What?? Selalu cuci lima posen jek kot. Nak cuci 100 keping pulak tu. Mau terkedu aku kat situ. Kalau rm200, baik aku design sendiri buat storybook macam kat sini. Not even rm200 pun. Tokei tu claim sebab kena cuci express punya sebab dia nak cepat tutup kedai sebab nak pergi makan besar. Fine. Aku cuci kat Tganu jek lah.

Balik tu singgah rumah angah. Ingat nak tengok nina. Tapi dia tak ada. Sobsobsob.. Kak shake rindulah kat nina si budak tiut. Hehehe.. Takpe, next time balik boleh jumpa lagi. Balik rumah, rilek-rilek kejap. 10.30pm ajak eqin pergi Pandan City. Pasar borong jek pun tapi nama kelas bukan main kan. Hahaha..


Saje jalan-jalan kat situ. Tempat tu macam uptown lah. Barang murah-murah sebab boleh tawar menawar. CD cerita-cerita sekeping rm3 kau bayangkan. Dah lah gambar clear. Subtitle accurate. Baju seluar tudung semua murahlah kalau pandai tawar. Ada sekali tu kat kedai Pakistan, aku nampak frame ayat-ayat. Cantik. Tawar punya tawar dari seratus setengah dia nak bagi rm70. Aku memang cekik darah kalau bab menawar ni. Peniaga boleh bankrup kalau semua customer macam aku. Tapi last-last tak beli sebab amie nak surah empat kul, yang ada cuma ayat seribu dinar. Sedikit kekesalan disitu.


Jalan punya jalan, end up tak beli apa pun. Eqin jek beli tudung selai. Dia ni memang pengumpul pashmina tegar. Kalau aku, tak reti pulak nak pakai tudung beli-belit tapi style longgar gitu. Tapi eqin pakai cantik jek. Feeling Hana Tajima giteww..


Sudah tu, pekena cheese nan kat foodcourt dia. Gila terangkat makan nan ni. Aku amek dengan kebab pakistan. Sangat umphhh.. Eqin dengan mira makan nan dengan beef kima. Pun best jugak. Amie order mee rebus hj wahid. Bila sampai jek food dia, amie tanya :

Amie : i order mee rebus lah
Aku : laa.. ini lah mee rebus dia
Amie : mee rebus bukan mee yang ade kuah sup tu ke?
Aku : helloo.. kita berada di zon johor yek!

Hahaha.. Amie ingatkan mee yang direbus dengan sup ayam gitu. Pelik aku orang tganu ni, mee gitu panggil mee rebus. Kalau aku, panggil mee tu mee sup lah kan. Mee rebus tu yang kuah dia macam mee bandung tu kan. Ke aku yang salah?




27.1.12

JJ Tebrau

Semalam kata nak cerita pasal jalan-jalan kat johor kan. Sebenarnya tak ada lah pergi kemana-mana sangat pun. Petang sabtu ada lah ke JJ Tebrau. Yes aku tahu. Untuk orang KL, setakat JJ tu apalah sangat. Tapi kami ni bermaustatin di tempat yang tak ada JJ. Sobsobsob.. So bila balik johor, itu adalah tempat yang wajib kena pergi. Dari rumah, cuma 20minit jek lalu highway pg. 

rambut pacak harus!

Aku kalau pergi jenjalan ni memang suka ramai-ramai. Baru meriah. Kalau mak abah sihat, diaorang pun aku ajak sekali. Tapi kesihatan tak mengizinkan mereka. Takpe. Rest elok-elok ye kat rumah. Aku pergi bawak along dengan anak-anak dia sekali. Petang tu bila mak bangun tido, panggil semua orang, sunyi sepi jek rumah. Hahaha sian mak.


Sampai je kat JJ, aku split dengan along. Along bawak anakandanya ke kedai buku. Well boy dah masuk kindergarten sekarang, so dah pandai nak request buku semua. Kalau dulu asal jalan jek nak toys, sekarang tidak. Anak buah kak shake dah big boy sekarang!

baru perasan yang sebelah dia tu ada piggy

Aku pulak teman amie ke kedai seluar. Ouh sales adalah gila-gila. Boleh jadi gila kalau tak beli. 50% less. Mana nak dapat kan. So amie grab selai dua. Lepas tu ke kedai baju-baju semua. Cina-cina sibuk nak beli baju raya depa, yang kami ni pun sibuk nak nyelit sekali. Memang penuh ngan orang cina jek time tu. Yelah lagi 2 hari nak cny kan.

que fitting room yang ramai gila orang

Siap shopping-shopping semua, dah nak dekat maghrib. Nasib kami ni boleh jamak, so boleh sambung jalan-jalan lagi. Along dah bayak kali sms aku update location dia kat kedai ini-ini. Yang aku ni tak setel lagi beli-beli semua. Sian along. Rugi kredit dia. Hee..

Last-last bila dah betul-betul habis shopping *tu pun tak habis lagi tawaf semua kedai*, call along ajak pergi makan kat tingkat atas sekali. Jumpa jek diaorang kat depan Johnys, boy bunyi "kak shake ni lambatlah". Haha.. mesti dia dah bosan tunggu. Takpe, kak shake belanja makan meh..


Kat Johnys, kiteorang order alacarte jek. Kebetulan time tu ada promotion. Set rm8.90. Boleh pilih variety of nasi/mee goreng, tomyam yang marveles, ada air segelas, lepas tu dessert ais krim. Berbaloi? Sangat-sangat! Memula tengok macam sikit jek nasi dia. Pastu lepas makan, perut tetiba jadi ketat. Hahaha dasar pentamak..




Lepas makan tu, lalu depan kedai buah. Along kata sedap ni. Tengok macam masam jek pelam-pelam tu semua. Tapi.... sangat-sangat sedap dan menggiurkan. Tengok gambar ni pun sambil telan air liur. *gulpgulpgulp*

rasa nak lagi



26.1.12

Journey to Johor


Hari jumaat haritu balik Johor. Pagi-pagi subuh dah bertolak kau. Bangun pukul 3am, gerak pukul 5am. Gila semangat nak balik kampung kan. Haha..

Balik tu kami lalu Mersing. First time amie drive lalu situ. Selalunya kami lalu Segamat sebab gps yang ada memang otomatik bawak kami lalu Segamat. Kali ni memang set gps tu ke Mersing, bila dah sampai Mersing baru set ke rumah pulak. Dan itu memang terbukti memang lalu Mersing sangat dekat. Jimat 2jam kot. Sebab gerak pukul 5am, sampai dalam area 1pm. Selalunya lalu Segamat more less 10hours kot. Beza kan. 


Jalan area Mersing adalah sangat smooth. Bezalah dengan jalan jerangau jabor tu yang bayak gila lubang. Silap-silap haribulan kalau masuk lubang tu boleh kemek rimsukan woo. Time kami pergi ni jalan tak jammed langsung. Boleh drive dengan hati yang aman damai jek. Takdelah nak maki sangat pada lori-lori yang bawak semput ngalahkan kereta berhias. *kurang sikit dosa memaki time tu*.

Sampai jek Johor, pergi pejabat setelkan dokumen-dokumen. Lepas tu pergi Pejabat Agama. Ingat nak ambil sijil nikah. Siap bawak gambar semua sebab nak apply kad pintar. Belakang surat sementara yang kami pegang tu kata lepas 2bulan dah boleh ambil sijil tu. Tapi bila pergi, hampeh. Tak siap-siap jugak. Budak kaunter suruh call tok kadi. Siap budak kaunter tu kata, kalau tok imam tu memang lambat. Bila called tok kadi tu, dia kata lepas 3bulan kahwin baru boleh ambil. Uhh.. Tok kadi ingat rumah saya ni sebalah pejabat agama ni jek ke? *istipar3x*

Balik rumah dengan hati yang frust sebab kerja tak boleh disetelkan lagi. Nak tunggu balik Johor lagi sekali entah bila la lagi kan. Raya kot. Uhh lama lagi tu. Lepas ambil sijil, nak kena apply kad pintar tu pulak. Tu pun ambil masa sebulan jugak nak siap. Kalau lah menda ni semua boleh apply online pastu diaorang pos terus sampai ke pintu rumah. Kan bagus. Nak kena suggest ke najib ni.

Sampai jek rumah, kepenatan. Bangun since 3am tuu. Tak larat oden. Lepak-lepak kat rumah jek satu hari tu. Esoknya barulah berjalan. Cerita jalan kita continue esok ehh. Daa..


25.1.12

Petang khamis haritu

Petang khamis haritu, tetiba dapat call dari Chik

Chik : Kila ada mana?
Aku : Opis
Chik : i ada kat belakang opis u ni. Jom balik sama!

Aku apalagi. Berdesup off PC semua. Cepat-cepat keluar bank nak jumpa chik. Ingatkan dia bawak botol air saya. Masa tu dah verangan bolehlah guna botol air baru nak balik johor nanti. Harapan. Yilek pocik bak kata chik. Dia belum ambil dari kawan dia lagi. 


Naik kereta bergegas balik rumah aku. Macam biasalah, time balik kerja mana ade makanan sangat. So goreng jek apa yang ada dalam fridge. Tapi chik makan tak habis pun. Sedih saya! Sobsobsob..


Dok borak-borak, bergossip sambil tengok cerita gemersik kalbu. Ouh cerita itu sangat best kan. Tapi kalau gantikan hero dengan abang aaron i yang gagah mesti lagi gempak kan. Hahaha.. *tangan kat dada, mata ke atas*

Chik dok lepak sampai kol 8 lebih kot. Tunggu amie tak balik-balik. Biasalah amie bizi mengalahkan tuan punya resort. Bak kata chik, amie ambil kesempatan balik lambat. Sebab kalau dia ambil aku, kompom kena balik petang. Ni alang-alang orang lain yang ambil aku balik kerja, apa lagi dia. Lenjan sampai malam lah baru balik. Tapi takpe. Cari rezeki katakan. *sedapkan hati sendiri*


p/s : sy happy sebab chik pun dah happy sekarang. macam seronok jek dengar dia bercerita. tak de dah nak sedih-sedih. nah, ini quotes sy tulis khas untuk anda!



22.1.12

Gong Xi Fa Chai




Maaf!
Blog tidak berupdate kerana penulis sedang bercuti riang-ria

Selamat bercuti u ols
&
Selamat Tahun Baru Cina


19.1.12

plan B



mode : bizi
Esok dah start cuti. Hari ni agak bizi menghabiskan saki baki kerja yang perlu dibereskan sebelum kita boleh berjimba-jimba untuk 5 hari. Memula niat di hati nak pergi berhanimun, tapi tak jadi pulak sebab ada kes yang tetiba jek muncul. Masalah lagi. Tapi takpe. Takde masalah yang tak boleh diselesaikan ye dak.

So plan B mesti digunapakai sekarang. Esok pagi-pagi subuh gerak. Sampai sana first thing nak kena setelkan kes sebelum opis tutup jam 5. Lepas tu bergegas ke pejabat yang lagi satu. Setelkan dokumen apa yang patut. Siap semua barulah boleh berjimba-jimba dengan hati yang riang ria. Doakan semuanya dipermudahkan ya. *angkat tangan berdoa*.



18.1.12

Zee Corner



Tekak ni dua tiga bulan sekali, mesti mintak nak makan western. Kat sini tak lain tak bukan mesti kami pergi ke Zee Corner. Orang melayu punya kedailah. Nak kata gerai, tak gerai. Nak kata restoran pun bukan. Kedai makanlah senang cerita. Kedai-kedai macam ni je lah kami mampu. Nak makan western kat hotel, memang tak lah. Rasa membazir bayar mahal-mahal sedangkan kita boleh dapat kualiti makanan yang sama dengan harga yang jauh lebih murah. 


Aku rasa standard lah kedai-kedai makan macam ni kalau letak harga rm10 sepinggan ye dak. Kakna kalau makan western kat Kg Baru tu pun lebih kurang sama jek kan harga dia? Aku kalau datang sini, tak lain tak bukan mesti order Grilled Chicken. Aku memang jenis setia pada makanan. Kalau dah yang tu, memang yang tu jek sampai bila-bila. Tanak ambil risiko order menu lain. Kalau dapat yang tak memenuhi piawaian tekak aku, mahu mengamuk satu kedai dibuatnya. Amie pulak tekak dia berubah-ubah. Kengkadang lamb chop, ada tu steak. Nak rasa semua makanan agaknya. Kalau dia kata sedap, baru aku akan rasa menu yang lain-lain tu. Kira macam amie ni food tester aku lah. Heee...

Lokasi? Ofkos la terengganu kan. Motif apa aku nak pergi jauh-jauh semata-mata nak makan jek. Dia dekat waterfront. Area pulau kambing. Bersebelahan dengan hotel felda. Dekat jek. Memang area bandar. Kalau balik kampung tu, nanti i bawak u ols seme datang makan sini ehh. Bawak jek lah. Bayaunye sendiri-sendiri aje. Peace!

17.1.12

bila suami yang masak


Entah  apa mimpi amie semalam, rajin pulak dia nak memasak. Tetiba jek. Tapi bagus jugak kan. Kalaulah tetiap hari begini. *berangan jap*

Semalam time balik kerja dia bunyi, "malam ni nak masaklah". Aku macam tak percaya jek. Tapi layankan jek dia berbual. Sekali betul kau dia masak. Sibuk tanya bawang duduk kat mana semua. Nampak nau baru pestaim masuk dapur. Haha.. 


Nak tolong tak dikasinya. Amie kata tengok aje. Ok fine. Kita tenggokkan jek lah. Penat dok ngadap dia memasak, aku pergi sidai baju jap kat luar rumah. Masuk jek dalam, tengok rak sayur yang dalam peti tu dah terkeluar dok elok jek landing atas lantai. Terkejut aku. Gitu rupanya orang laki memasak ye. Ish ish ish.

Nak tau apakah yang dimasaknya?

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Tadaaaa... Tapi dia punya masak tu ngalahkan Chefwan dok masak lasagna. Haha.. *durhaka kejap*. Tapi best. Lazat sehingga ke titisan terakhir. *puji kena melambung, nanti dia tanak masak lagi katanya*. Haha..

Time dia tengah dok masak, kan aku snap-snap gambar dia. Sempat bunyi nanti jangan cakap kat orang dia masak maggi jek. Haha.. Aku tak cakap kan? Cuma tunjuk gambar jek. Tu tak dikira cakap kan? So tak durhaka kan? *ketawa jahat*

16.1.12

duit coin baru 2012


Hari ni dah boleh start guna duit coin baru. Balik kerja ni nak singgah kat hypermarket beli barang-barang dapur sikit, time bayar kat cashier tu nak suruh cashier tu bagi balance guna duit coin baru jek. Boleh gitu. Haha.. Mahu kena hempuk dengan budak tu.


 

Coin baru ni best lah sebab dia lebih kecil, lebih ringan. Lima posen dengan doplohsen kaler perak u ols. Tapi yang membezakan dia side tepi tu macam berlekak lekuk. Nak bagi kemudahan untuk orang kurang upaya lebih senang kenal duit katanya. Rasa jek dah tahu duit tu berapa nilai. Giteww... 


Kalau beli yang pakej peringatan dia, ada lah info-info duit tu kat casing dia. Tapi harga 10ya kalau tak silap aku. Entah ada jual lagi ke tak sekarang ni. Nilai kat dalam pakej tu cuma ada singgit, lima posen, doplohsen dengan seposen. Semua sekeping-sekeping. Berbaloi? Bagi aku tak. Tapi untuk pengumpul tegar, memang pepagi lagi diaorang dah beratur nak beli duit-duit tu semua. Entah apa-apa. Baiklah kumpul mangkuk pyrex ke, periuk tefal ke, pinggan corelle ke kan. *dah mcm mak org dah aku ni*

 
Pakej peringatan untuk duit kertas pulak harga dia 300ya. Nilai dalam dia cuma 186ya jek. Lagilah mahal. Tak sanggup mak. Tapi untuk orang yang berbisnes, time ni lah dieorang nak buat duit. Beli 300ya, lepas tu jual 500ya. Ada jugak orang yang sanggup beli tu. Ish ish ish.. Oh ye. Duit kertas tu kita start guna Julai ni. Lama lagi lah. Sesapa yang nak merasa duit baru tu boleh jek beli yang pakej premium tu di bnm yang terdekat. Tapi tak sure lah ada lagi ke tak stoknya tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...