instagrammers

Instagram

22.4.13

Persediaan makanan bayi 6 bulan



Dulu pernah cerita pasal Hariz dah boleh start makan makanan pelengkap start umur 6 bulan. So ini antara barang persediaan untuk preparekan solid food for baby.


Buku resipi
Benda yang paling penting mestilah ilmu kan. Nak bagi makan pada baby yang tak pernah makan apa-apa sebelum ni selain susu ni bukannya senang. Takut ada alahan ke apa. Dah lah I is zero knowledge pasal benda ni semua. Ada haritu sekali masa balik kampung iols, ada orang nak bagi Hariz makan biskut. Pada kita orang tua ni memang lah best sebab biskut tu rasa masin-masin sikit. Tapi untuk baby adalah BIG NO untuk salt and sugar ye. So adalah sangat penting untuk baca dulu garis panduan bila nak start bagi makan pada anak. Aku beli buku Nutritionists Choice Cookbook. Buku ni ada 2 bahasa. English dengan malay. Lagi satu aku ada join group Homemade Solid Food for Your Baby dekat FB. Sana banyak info dan komen dari ibu yang berpengalaman.


Steamer 
Baby kena makan benda yang lembut-lembut jek. Macam buah dengan sayur tu semua kena rebus atau kukus dulu sebelum dihancurkan. Masa kahwin haritu dapat hadiah periuk nasi ni. Built in sekali dengan steamer. Jimat $$$ iols. Haha..



Blender 
Yang ni pun dapat hadiah masa kahwin. Blender dapat sampai 2 ketul. Satu dah lenjan buat kisar bawang lada semua. So bila nak kisar makanan anak tu if possible janganlah guna blender yang sama sebab takut bau bawang melekat kat makanan anak. Dulu kan berangan nak beli baby bullet and sebenarnya dah beli dah pun. My deal tu lah jahat offer malampau-lampau murah sampai aku jadi rambat mata lantas terclick buy now. Tapi sampai sekarang barang tak dapat lagi sebab ambil masa dalam 2-3 minggu untuk penghantaran. 


 
Pinggan/mangkuk/sudu/garfu 
Untuk baby kena guna barangan plastic ye. Sebab kalau guna sudu biasa tu takut hujung dia tu keras. Yang ni beli dekat ikea sebab murah gilos. Dalam 5 riyal jek harga dia. Colourful pulak tu. Budak-budak ni kan suka dengan warna warni.



Cawan/botol air 
Untuk toddler yang dah pandai minum tu, bolehlah guna sip cup. Tapi macam Hariz ni baby lagi so aku guna botol susu jek. Tapi tak campurlah. Untuk susu dia ada botol dia sendiri sebab aku guna botol kaca. Botol kaca tu aku guna sebab susu panas. Kalau setakat minum air masak tu, bolehlah guna botol plastic macam ni. Yang ni aku beli duluuu lagi sebelum beranakkan Hariz.



Bip 
Bip ni jenis plastic. So bila makanan tertumpah tu, senang lap jek denagn kain basah. Kalau jenis bip yang berkain tu leceh sikit sebab nak kena basuh lepas tu kena sidai tunggu kering lagi kan. Yang bestnya bip ni, bahagian bawah tu macam ada pocket compartment so bila makanan tumpah tu makanan berkumpul jek dok dalam tu. Kuranglah sikit bersepah kat lantai. Kononnya lah.



Ice cube tray 
Yang ni aku beli cap giant. Harga dalam 3 riyal. Dapat 2 set. Guna untuk simpan puri dekat peti ais atas. 1 set tu boleh muat untuk simpan makanan Hariz selama 4 hari. Make sure yang jenis bertutup sebab taknak bau ikan daging yang dok simpan sekali dalam peti ais tu melekat kat makanan baby.



Food Feeder 
Yang ni aku jalan-jalan kat kedai online baru aku tahu kewujudan dia. Sebelum ni aku tak pernah nampak pun. So jadi jakun sekejap. Haha. Potong kecil-kecil buah ke sayur ke, sumbat dalam puting yang berlubang tu, lepas tu boleh kasi baby pegang sendiri. Boleh guna during snack time. 



Kerusi makan 
Baby ni kan tak reti duduk diam. So time makan kalau boleh cari satu kerusi yang ada seatbelt. Haritu ada kirim kat akak beli high chair ni kat ikea. Tapi since Hariz masih lagi tak boleh duduk sendiri lagi, buat sementara ni boleh jugak guna rocker dia. Tapi kena tinggikan sikit bahagian penyandar tu lah.



p/s : semangat ni omaknya sediakan macam-macam untuk nak bagi anak makan. Ni kalau Hariz tak gemuk jugak ni tak tahulah..
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...