instagrammers

Instagram

24.4.13

Hariz dan makanan pertamanya pada 6 bulan



Hari-hari dok cerita pasal solid food anak kan. Biasalah I kalau benda baru ni eksaited terlebih. Kadang Hariz tu aku tengok pun dah terikut genetic aku. Kalau benda baru bagi kat tangan boleh leka dok menjakun. Lepas tu kalau barang tu dah lama sikit mesti rasa cepat bosan. Ye itu adalah exactly mengikut perangai omaknya. Haha. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Aku memang suka makan nasi kuah banyak macam banjir.

Ok itu sudah tersasar jauh dari tajuk asal. Mari kita balik ke moment Hariz dengan first food dia. Aku introkan dia dengan puri buah epal. Sebab sebelum ni dok minum susu ummi yang lazat berkrim ittew selama 6 bulan. Kalau terus nak suap bubur, takut terkezut pulakkan usus dia. Resipi dia senang jek. Macam yang semalamku ada tepek kat entri. Itu version google. Mai tengok version ummi Hariz meh.


Sama jek kekdahnya. Memula tu basuh, kupas kulit, lepas tu potong dadu. Kukus atau kalau takde periuk kukus nak rebus pun boleh. Cuma bila direbus tu nanti kuranglah sikit nutrient dia sebab dah pergi ke air rebusan dia kan. So kukus grill panggang. Eh tak. Kukus jek. Dalam 10 – 15 minit.

 
Lepas kukus tu, biarkan sekejap untuk bagi dia sejuk sikit. Lepas tu blend. Serat yang diblend tu tapis untuk asingkan bendasing macam biji buah ke kan. Ada tercekik pulak anak tu nanti.

 
Lepas tu campurkan susu sikit untuk pengenalan makanan kepada anak. Sebab dia kan dah biasa dengan rasa susu. Tetiba jek suap benda lain, takut dia trauma pulak. Haha. Drama lebih macam dak Harz ni.


Portion ni aku buat dengan 2 biji epal fuji. Banyak sangat sebenarnya tu. Lebihan tu aku simpan dalam ice cube tray ni untuk simpanan hari seterusnya. So bila tokmanya nak bagi makan, tinggal panaskan dalam warmer jek.  

Expression Harz? Memang tak boleh blah sangat. Macamkan disuap buah lemon jek gayanya. Aku tak letak caption kat gambar dia sebab bila tengok jek gambar tu mesti nak ketawa. Uols tengok sendiri jek lah eh. Hahaha. Harz Harz. Ni semua moment untuk awak bila dah besar nanti. Haha. Okeh nak sambung ketawa. Wakakaka..



   XOXO
 
   

4 komentetar:

MadianiMamat said...

tak cedap lah ummi. kite nak sate ikan tepi umah tok ma! errrr ummi, air nyior skali ye. hahaha dik har dik har..

shakila mubarak said...

Sate katak dap dap dap. Air nyor tambah vanilla eskrim. Slurppp..

Eliss Mie said...

rajin buat puri yer :)

laa...awak ni isteri kimi ker? x perasan pun sebelum ni..

kimi tu kwan saya masa diploma dulu.hehehe

shakila mubarak said...

Salam perkenalan Eliss. Kimi xjmput ke masa majlis haritu? Ish3..

Baru pestaim ni mempuree. Lps ni nak try puree lain pulak since epal ni Harz macam xsuke sgt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...