instagrammers

Instagram

21.4.13

Kursus



Haritu ada email masuk. Tajuk email tu lebih kurang macam tajuk kat atas ni. Masa nak bukak baca tu, tangan boleh pulak terketar-ketar time scroll dengan harapan nama aku tak naik. Tapi motif apa orang bagi kau email kalau bukan tuju ke kau kan. Haha. Sekali memang betul nama aku ada. Punah harapan time tu. Terus macam-macam perkara berlegar-legar kat kepala hotak time tu. Siapa nak jaga Hariz? Perlu ke aku bawak Hariz sekali? Kalau aku tinggalkan macamana Hariz nak tidur nanti? Kalau aku bawak pulak siapa nak jaga time aku kerja? Memang tak tenteram hati aku dok pikir itu ini. Tapi atas nasihat penasihat, disuruhnya tinggalkan Hariz je sebab pergi bukannya lama mana pun. 2 malam je. Berat hokeh hati ni nak buat keputusan tapi terpaksa direlakan jua.

Masa nak pergi tu aku mintaklah sangat supaya flight delay. Kot ada lah masa aku nak spend lebih sikit dengan Hariz kan. Tapi nan ado. Huwaaa rasa nak menangis masa masuk boarding hall tu. Tapi control je. Hariz aku tengok happy-happy je. Ye lah dia mana tahu apa kan. Ummi mu sangat sedih nak tinggalkan kau nak. Sob sob sob.

Dua malam kat sana rasa macam lamaaaa sangat. Time malam nak tidur tu aku dah berangan wah syoklah nanti boleh tidur lena sampai ke pagi esoknya dah takyah nak bangun-bangun. Sekali memang taklah kan. Tak boleh tidur hokeh. Rasa macam serba tak kena. Kosong. Pusing kiri tak best. Pusing kanan pun tak best. Sampailah time tu dah nak pukul 3 pagi. Ishhh tak boleh jadi ni. Terus pergi buat pumping sambil meleleh air mata sebab rindu anak. Hoihhh drama sangat aku ni. Haha.

Time siang tu lebih habis course, sempat gak merayap ke jalan tar. Hari sabtu kan ada pasar malam kat situ. Ramaiiii sangat orang. Sampai jalan pun kena berhimpit-himpit. Rasa macam tak boleh nak bernafas. Rasa scary pun ada jugak. Terus kepit bag macamkan ada 2 juta dalam tangan. Padahallll… Haha. Kena beringat sebelum terkena kan. Walaupun sebenarnya ada doploh hengget jek.

Tak habis pun round pasar malam sebab besar sangat. Tak kosser. Terus masuk ke dalam sogo. Langkah kanan lah time tu sebab ada children’s fair. Rambangggg mata. Baju seluar budak-budak ada yang harga seploh hengget jek. Mau tak gila. Pak kal jek tengah bulan. Kalau takkk… tapi ada gak beli selai dua dengan alasan simpan untuk raya. Haha harus. Walaupun time nak raya nanti confirm beli yang lain kan. Rasa macam rugi sangat kalau tak beli sebab murah gila.

Esok lepas habis course terus cepat-cepat balik. Tak sabar dah nak jumpa Hariz. Hoiii macamkan lama sangat. Kalau dulu sebelum ada anak, rilek jek tak jumpa apaknya seminggu dua ke. Tapi dengan anak kenot tahan lorrr. Aku sampai jek terus ambil Hariz bawak masuk tidur. Tapi dia dah pandai merajuk hokeh sekarang. Tidur paling muka badan semua. Amboiii anak… 


Peserta kursus

Dapat segroup dengan kawan-kawan yang kepala best. Memang happening meja kami. Tak berhenti ketawa

View dalam bilik

View luar bilik

Aktiviti makan time berkursus ni memang heaven lah kan. Tak sempat lapar dah masuk time makan yang seterusnya

Handle ebm time kerja kat luar agak leceh sikit. Cerita yang ni nanti kita up lain entri

Baju raya anak konon-konon. Apaknya pun dapat bahagian. Nanti boleh pakai time pergi mengundi. Ehh..


p/s : Masa dalam flight on the way nak balik tu aku dok bantai makan kacang yang dieorang bagi tu. Adalah dalam 2 paket gitu. Malam masa time tidur Hariz ngempeng jek. Esoknya dia bery-bery ada dalam 7-8 keping tukar pampers. Adehhh. No more peanuts for ummi after this. Duhh..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...