instagrammers

Instagram

18.4.13

Birthday Treat



30hb haritu kan jatuh hari Sabtu. Kebetulan time siang tu kami ada attend satu majlis. Balik pun dah lewat petang. Kesian pulak kat Hariz kalau kami nak teruskan aktiviti makan-makan sedangkan masa tidur dia dah nak masuk. Hariz ni memang tidur awal. Lepas mandi petang, susukan dia, mesti tertidur sampailah esok pagi. So aku taknaklah kacau jadual waktu tidur dia kan. Tak dapat sambut dengan makan-makan pun aku tak kisah sangat sebenarnya.

Sekali esoknya time hari bekerja, Amie bawak pergi Secret Recipes. Ingatkan nak beli cake jek. Sekali diajaknya makan sekali. Pucuk dicita ulam mendatanglahkan. Dah lah time tu memang lapo. Ahh aku ni, time bilanya tak lapo kan. Haha..

Menu yang diorder mesti sama setiap kali datang sini. Aku suka sangat dengan chicken cordon bleu dia. Masa potong ayam tu, tengok cheese meleleh-leleh. Hoii boleh gugur iman tau. Punyalah berazam kalau boleh nak order benda lain, tapi end up mesti terorder benda yang sama. Kenot tahan lorrr. Amie pun sama. Mesti setia dengan satu menu. Dia pergi mana-mana makan western tetap nak order grilled chicken.

Lepas setel makan, tetiba Amie kata nak pergi kat counter. Aku ingatkan dia nak pergi bayar bill. Sekali boleh pulak dia datang dari arah belakang aku, sayup-sayup jek aku dengar suara dia nyanyi lagu happy birthday sambil jalan sambil bawak cake sambil lilin menyala. Hoiii berapa banyak sambil daa..

Perasaan aku time tu tak dapat nak dibayangkan. Malu sebab orang keliling tengok tapi dalam masa yang sama sukaaaa sangat. Gedik kan. Haha. Tak sangka okeh laki ai veli lomantik gittewww. Masa nak tiup lilin tu rasa sebak pun ada sebab tuhan anugerahkan aku macam-macam nikmat setelah sekian lama hidup. Walaupun tak semewah mana, tapi aku dah cukup rasa bahagia disamping suami, anak dan juga keluarga. Syukur!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...