Family aku pulak masih bertungkuslumus mengemas dan memasak. Memasing dah ada part kerja masing-masing. Siang hari masa time nikah dah masak nasi putih lauk pauk bagai. Sessi malam berinai pulak masak yang lite-lite jek. Sup tomyam kalau tak silap aku. Ke salah? Aku sendiri pun tak berapa sure sebab pengantin ni mana makan sangat, nak ikat perut katanya tak nak bagi nampak buncit dalam gambar. Hahaha harapan!
Petang tu lepas Asar semua, aku dengan laki aku ke kedai mak andam. Cadangnya nak ambil baju untuk malam berinai. Mak andam aku tu sangat baik sebab bagi aku baju free satu. Sayang gila aku kat mak andam aku. Siapa tak suka barang free wehhh. Hahaha...
Masa kat kedai mak andam tu, rilek jek dia suruh aku pilih baju mana satu aku nak. Siap bagi dua pasang lagi untuk aku laki bini. Nice kan dia. So untuk membuat ilusi kurus, maka aku pilih kaler hitam. Hahaha.. Ada nampak kurus ke? Ce jawab sikit tetamu yang hadir malam tu?
Pilih punya pilih, adalah jumpa yang terbekenan dihati. Mak andam suruh pakai siap-siap sebab nak tengok takut terketat ke terloose ke. (Eh ada ke perkataan terloose?) Dah siap pakai tu, mak andam dengan baik hatinya (puji kene up, nanti kalau ada event apa-apa, boleh minta make up free lagi. Hahaha..) telah me make up kan aku ikut kaler tema malam tu. Padahal service ni tak ada dalam pakej yang aku bayar dia. Kira beramal jariah katanya. So nice of her. Macam biasalah, make up jek dua jam. Sampai tertidur laki aku tunggu aku. Kesian dia..
Setel semua urusan kat kedai mak andam, hantar laki aku ke homestay family dia. Sebab nanti rombongan lelaki akan datang kemudian lepas Isyak. Aku pun balik ke rumah drive kereta sendiri. Orang kiri kanan semua tengok. Mesti diaorang pelik tengok pengantin bawak kereta sorang-sorang. Rasa macam nak sorok muka kat pedal kaki. Serius weii!
Semua tengah tunggu mana pengantin tak sampai-sampai
|
Lepas Isyak, semua sampai. Aku pun tak tahu kenapa orang panggil majlis ni malam berinai. Padahal kan aku dah pakai inai siap-siap sebelum nikah lagi. Maybe ni semua more to adat resam kita. So layankan je. Tapi sebenarnya, majlis ni lebih kepada tepung tawar untuk family terdekat sahaja. Sebab kata mak aku kalau buat time sanding nanti, takut berbolok (tu ayat orang Terengganu), maksudnya takut kelam kabut. Ye lah, time sanding nanti mesti ramai gila orang kan. So buat malam tu. Ada lah sessi merenjis, selek-selek inai, dan yang paling best sekali golek-golek telur. Haha. Serius aku tak tahu apa motif. Bila chik tanya, aku jawab “untuk bagi cepat bertelur!”. Haha..
”Ayah suka bebenor bab renjis-renjis ni.”
Aku dengar dia cakap macam tu dalam hati. Keh3
|
Giliran ma pulak. Lemah lembut je ma ni. Nasib lah dapat menantu ganazzz. haha
|
Masa duduk atas pelamin ni, abang dengan akak dijemput khas untuk jadi pengapit kitaorang. Haha.. memang tak plan sebenarnya. Tapi disebabkan diaorang pakai baju mengikut tema, memang ngam lah tu kan. Btw, akak nampak cantik sangat malam tu!
Pengapit kami yang sporting!
|
Setel semua tu, apa lagi? Sessi bergambar lah. Family aku memang gila gambar. Semua type pantang nampak kamera. Jom kita layan. Zasss...
Family in law
|
Pose jelita semua
|
Time ni dah naik shekh memasing
|
Ouh apakah??
|
fuhhh
|
Kepochi nak tunjuk cincin kat eqin
|
Cak! (reti pulak aku duduk diam kan? haha..)
|
Fokus-fokus
|
Hasilnya!
|
Ouh.. btw, dah hujung-hujung acara, tetiba aku disurprisekan oleh kawan-kawan aku. Serius aku tak sangka diaorang datang malam tu. Ye lah, aku ni mana nak ada kawan sangat kat Johor kan. Dah namanya berhijrah ke negeri jiran. Rasa terharu sangat. Lama gila kot berkawan dengan diaorang. Since Form 2 aku rasa. Susah senang zaman kejatuhan aku bersama diaorang ni semua. I lap u ols la babes. Muahh muahh..
Luv u gurls..!
|
0 komentetar:
Post a Comment