instagrammers

Instagram

16.12.11

Ijab & Kabul

Ye-ye o jek semangat pak imam kata kene ada kat masjid by 9am. Kita orang sampai masjid, pak imam pun still tak ada lagi. So sementara tunggu, berposing-posing lah memasing. Family aku yang ikut pergi masjid tak ramai, along, kak yani, eqin, cik yam. Ouh tak lupa juga abang-abang ipar aku. Yang tu wajib sebab kena jadi saksi aku. Tak pergi dia orang pagi tu, tak kahwin lah jawabnya aku. Haha..








Tunggu pak imam dekat sejam kot. Gila lama. (ishh.. xbaik ngumpat pak imam, tak berkat kahwin aku nanti. haha..) Bila pak imam panggil pengantin-pengantin suruh duduk berderet gitu, terkejut gila aku sampai 11 pasangan nak dikahwinkan haritu. Gila ramai. But nice number kan, 11 pasangan on 11.11.11. Sementara nak kena tunggu prosedur berjalan, saksi nak kena sain itu ini bagai semua, aku yang duduk bersimpuh kat tengah orang ramai tu, sangatlah rasa tidak selesa.

Almaklumlah orang gemuk mana boleh duduk bersimpuh lelama, Mahu cramp jadinya kaki, pinggang, punggung semua. Orang lain aku tengok dok rasa nak nervous-nervous. Aku plak macam tak ada perasaan time tu. Gila high kepala time tu sebab tengah tahan ngantuk a.k.a kaki tengah bersemut. 




Bila nama laki aku kena panggil dengan pak imam tu barulah rasa macam segar balik biji mata ni. Time tu barulah rasa dupdapdupdap. Dalam hati ni mintak-mintak semuanya dipermudahkan.

Pak imam : aku nikah akan dikau bla bla bla... dengan maskahwinNYA bla bla bla.. tunai

Laki aku : aku terima nikah bla bla bla... dengan maskahwin bla bla bla.. tunai..

Aku : mana maskahwin NYAAAA??? (tapi jerit dalam hati jek lah. Gila apa nak jerit kuat-kuat. Ada yang masuk paper esok front page pengantin meroyan di Johor) Haha..



So sahlah aku diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz oleh lelaki yang bergelar laki aku sekarang. =) Setel urusan ijabkabul, aku ingat dah boleh balik lah. Ada pulak sessi batal air sembahyang. Memula tu pak imam suruh sarung cincin, cium tangan, dahi, bagai semua. Lepas tu, boleh pulak dia suruh laki aku letak tangan atas kepala aku sambil ikut dia baca sesomething yang aku sendiri tak ingat dah isi kandungannya. Tapi sambil tu ada jugak laki aku buat kerja gila. 

 
Laki aku : Allahhuakbar, nyah kau dari badan ni! (sambil tangan kat atas kepala aku). Feeling macam tok bomoh dalam cerita jangan pandang belakang congkak. Boleh gitu? Gila kan?

Setel semua, bangun-bangun ingat nak salam dengan keluarga-keluarga semua. Tengok-tengok semua kaum keluarga dah keluar masjid. Memasing dah tak larat, kelaparan, kepenatan. Mana taknya, pak imam suruh ada kat masjid jam 9. Pukul 12 lebih baru setel semua. Lagi sikit nak clash dengan time orang nak sembahyang jummat. Dahlah dia orang semua tak sarapan apa-apa pun pagi tu. Kesian dia orang. So lepas tu, semua berkonvoi balik ke rumah mak aku. Sampai jek rumah, ambil gambar dulu. Lepas tu, baru pergi makan. Makan tengahari sekaligus claim yang sarapan punya. Haha..

Dia orang semua pergi makan kat luar, yang kami sibuk bergambar kat pelamin. Tukang ambil gambar, suruh pose manja-manja gitu. Sumpah aku tak reti. Kalau aku berdua ngan laki aku sendiri pun tak ada nak manja-manja sangat, inikan pulak depan orang ramai. Lagilah kaku kan. Aku pose muka nak santai jek. Biar nampak cool. Ceria-ceria jek sambil tangan angkat peace. Sekali kena tegur, ”pengantin kena sopanlah!”. Nice kan. haha..

Together-gether dengan parents dan parents in law.

Adik-beradik ipar duai

Rasa tangan tu ringan jek nak angkat buat peace. Sekali kena sound daa. Haha..

Bunga penyelamat pengcover perut

Pose pengantin sopan. Sopan kew?

With eqin n mira. Mira mana baju kurung ko daa?

Ehh.. mana boy time ni?

Sweet family ni. Diaorang kahwin on 11.11 gak since 11tahun yang lepas.
Lepas ni bolehlah sambut ann together-gether. Euww..

Model ai pong

Adengan mencuba aksi manja. Serius kaku. Haha..

Meh kekanda nak betulkan hijab adinda sebentar. Ahaks!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...