Harini adalah hari pelupa. ID card ngan kunci drawer yang tersangkut kat ID card tu boleh pulak tertinggal dalam kereta laki aku. Sangat tension okeh. Nak masuk bank tak boleh kalau takde ID card tu sebab tak boleh nak scan pintu. So gigih ke pejabat security mintak ID temporary.
Lepas dapat card, masuk ofis. Lagi tension sebab kunci drawer tak ade. Tersangkut kat ID card tu. Segala mak nenek stationery semua dalam drawer. Spek mata pun dalam drawer. Ni taip sambil mata berair sebab pedih tengok PC kalau tak pakai spek. Uhh..
Ingat time dah rajin ni nak update blog cite time majlis-majlis haritu. Tapi external HD pun tak bawak. Dok elok melekat attach kat player TV. Kes malam semalam layan movie la ni. Adeh.. Seme gambar dok dalam external tu. Sangat tidak reti untuk update cerita kalau tak de gambar. Kurang feeling namanya.
Jadinya, berentri kita harini tanpa gambar. Esok jek lah jawabnya untuk up cerita-cerita kahwin-kahwin haritu yek!!
0 komentetar:
Post a Comment