instagrammers

Instagram

22.12.11

Resepsi


12.11.2011, majlis resepsi kat rumah aku. Pagi sebelum majlis, ada buat baca yassin. Panggil jiran-jiran terdekat jek. Kalau kat Johor, kami jemput orang perempuan yang baca tapi kata laki aku, kalau kat kampung dia, panggil orang lelaki yang baca.




Time dok baca ni, mak andam call kata dah sampai depan rumah. Nak bawak masuk ikut pintu depan, orang ramai tengah baca yassin. So bawak mak andam aku ni ikut jalan yang adventure sikit. Hahaha.. Tak adalah adventure sangat pun. Ikut pintu belakang rumah jek. Tapi penuh la periuk kawah yang superbesar berderet-deret kat jalan nak masuk pintu belakang tu. Nak lalu tu kene feeling kurus baru lepas. Apa lagi, tarik nafas kempiskan perut la. Kalau tak, melecur kulit terkena periuk-periuk panas. Bersanding kat hospital nanti jawabnya.


Mekap macam biasa jugak, kalau tak 2 jam memang tak sah. Setel je bab mekap, aku dengan terkedek-kedek keluar bilik duduk kat luar. Tengah berjimba-jimba ambil gambar dengan eqin semua, sekali kena sound dengan angah, ”pengantin lelaki tak sampai lagi, mana boleh keluar bilik!!”, hahaha... Nice kan. Buat muka sedih sambil jalan masuk bilik.



Dok dalam bilik bergambar-gambar lagi. Cameraman aku sampai lambat. Masa aku dok dalam bilik time ni, baru la diaorang sampai. Masa diaorang sampai, aku kan dah siap mekap pakai baju semua. Diaorang kata aku pulak yang siap cepat sampai diaorang tak tahu nak start shoot gambar macamana sebab selalunya shoot time pengantin tengah mekap. Tu lah, siapa suruh datang lambat. Pulak tu nak kata kita yang siap cepat. Aishh..


Posing-posing dalam bilik, rombongan lelaki pun sampai. Mak andam suruh standby kat atas pelamin. Penjaga tol dah duduk berderet kat depan aku. Tu tak termasuk yang kat depan gate besar, depan grill rumah. Aku rasa ada 4 bahagian tol kot termasuk yang untuk mak andam kat sebelah aku time tu. Part mak andam yang paling besar sekali bahagian.


Time rombongan lelaki sampai, hujan adalah sangat lebat. Sampai jek diaorang depan rumah, hujan menggila turun. Dok la bayar tol kat depan rumah dalam keadaan basah. Bila nak masuk pintu rumah, ada pulak tol dengan soalan. Sedara aku tanya kat laki aku color apa yang aku suka. Sebelum tu sedara aku dah siap-siap tanya aku, aku jawab hitam. Masa tu tak bajet pun yang dia nak bagi soalan tu kat laki aku. Laki aku ni dok la jawab, purple lah pink lah. Salah sekali jawab kene bagi satu sampul duit tol sampai lah kau dapat jawab betul. Last sekali tu barulah dia jawab hitam. Hahaha.. Aku ni memang tak tetap pendirian untuk feveret color. Dulu memang macam suka denagn ungu dan pink tu. Tapi macam sekarang ni tengah dok menggila dengan color biru laut. Sampai rumah pun aku cat dengan color tu.


Ni ada video time tengah huru-hura pembahagian tol. Check this out! Part yang best sekali, si cilik nina tu awal-awal dah dok rilek jek tunggu bilalah orang-orang ni nak bagi aku sampul. Hahaha... Tak padan dengan kecik ni.


Setel semua, duduk bersanding, ambil gambar family, kawan-kawan semua. Lepas tu pergi makan beradap. Masuk rumah semula sambung photoshoot. Time petang tu, aku ajak cameraman aku pergi buat outdoor tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan tak berhenti since tengahari tadi. Adalah sangat frust rasanya. Muka frust nampak sangat, so cameraman aku ajak pergi studio dia. Ganti outdoor katanya. Yeaayyyy.. Muka happy semula.

Masa kat bawah kedai studio tu, nampak satu vespa ni, apalagi aku kan tak tahu malu sikit, rilek jek suruh cameraman tu shoot. Nasib lah dia nak layan aku. Hahaha.. Tapi diaorang ni memang cool. Korang kalau nak shooting, bolehlah contact diaorang kat PohonMinda. Sebut jek nama aku, mesti dapat diskaun 50%. (okeh, yang tu aku tipu! hahaha..)














18.12.11

Malam Berinai

Habis je upacara makan-makan selepas nikah. Keluarga belah lelaki pun balik ke homestay. Aku dengar ada yang jejak sampai ke Air Hitam. Fuhhh.. gigih betul dieorang. Malam tu dah la ada upacara malam berinai. Tak tahulah aku bawa kereta memasing mengalahkan Michael Schumacher ke tak. Haha..

Family aku pulak masih bertungkuslumus mengemas dan memasak. Memasing dah ada part kerja masing-masing. Siang hari masa time nikah dah masak nasi putih lauk pauk bagai. Sessi malam berinai pulak masak yang lite-lite jek. Sup tomyam kalau tak silap aku. Ke salah? Aku sendiri pun tak berapa sure sebab pengantin ni mana makan sangat, nak ikat perut katanya tak nak bagi nampak buncit dalam gambar. Hahaha harapan!

Petang tu lepas Asar semua, aku dengan laki aku ke kedai mak andam. Cadangnya nak ambil baju untuk malam berinai. Mak andam aku tu sangat baik sebab bagi aku baju free satu. Sayang gila aku kat mak andam aku. Siapa tak suka barang free wehhh. Hahaha...

Masa kat kedai mak andam tu, rilek jek dia suruh aku pilih baju mana satu aku nak. Siap bagi dua pasang lagi untuk aku laki bini. Nice kan dia. So untuk membuat ilusi kurus, maka aku pilih kaler hitam. Hahaha.. Ada nampak kurus ke? Ce jawab sikit tetamu yang hadir malam tu?

Pilih punya pilih, adalah jumpa yang terbekenan dihati. Mak andam suruh pakai siap-siap sebab nak tengok takut terketat ke terloose ke. (Eh ada ke perkataan terloose?) Dah siap pakai tu, mak andam dengan baik hatinya (puji kene up, nanti kalau ada event apa-apa, boleh minta make up free lagi. Hahaha..) telah me make up kan aku ikut kaler tema malam tu. Padahal service ni tak ada dalam pakej yang aku bayar dia. Kira beramal jariah katanya. So nice of her. Macam biasalah, make up jek dua jam. Sampai tertidur laki aku tunggu aku. Kesian dia..

Setel semua urusan kat kedai mak andam, hantar laki aku ke homestay family dia. Sebab nanti rombongan lelaki akan datang kemudian lepas Isyak. Aku pun balik ke rumah drive kereta sendiri. Orang kiri kanan semua tengok. Mesti diaorang pelik tengok pengantin bawak kereta sorang-sorang. Rasa macam nak sorok muka kat pedal kaki. Serius weii!

Semua tengah tunggu mana pengantin tak sampai-sampai
Lepas Isyak, semua sampai. Aku pun tak tahu kenapa orang panggil majlis ni malam berinai. Padahal kan aku dah pakai inai siap-siap sebelum nikah lagi. Maybe ni semua more to adat resam kita. So layankan je. Tapi sebenarnya, majlis ni lebih kepada tepung tawar untuk family terdekat sahaja. Sebab kata mak aku kalau buat time sanding nanti, takut berbolok (tu ayat orang Terengganu), maksudnya takut kelam kabut. Ye lah, time sanding nanti mesti ramai gila orang kan. So buat malam tu. Ada lah sessi merenjis, selek-selek inai, dan yang paling best sekali golek-golek telur. Haha. Serius aku tak tahu apa motif. Bila chik tanya, aku jawab “untuk bagi cepat bertelur!”. Haha..

”Ayah suka bebenor bab renjis-renjis ni.”
Aku dengar dia cakap macam tu dalam hati. Keh3
Giliran ma pulak. Lemah lembut je ma ni. Nasib lah dapat menantu ganazzz. haha
Masa duduk atas pelamin ni, abang dengan akak dijemput khas untuk jadi pengapit kitaorang. Haha.. memang tak plan sebenarnya. Tapi disebabkan diaorang pakai baju mengikut tema, memang ngam lah tu kan. Btw, akak nampak cantik sangat malam tu!

Pengapit kami yang sporting!
Setel semua tu, apa lagi? Sessi bergambar lah. Family aku memang gila gambar. Semua type pantang nampak kamera. Jom kita layan. Zasss...

Family in law
Pose jelita semua
Time ni dah naik shekh memasing
Ouh apakah??
fuhhh
Kepochi nak tunjuk cincin kat eqin
Cak! (reti pulak aku duduk diam kan? haha..)
Fokus-fokus
Hasilnya!
Ouh.. btw, dah hujung-hujung acara, tetiba aku disurprisekan oleh kawan-kawan aku. Serius aku tak sangka diaorang datang malam tu. Ye lah, aku ni mana nak ada kawan sangat kat Johor kan. Dah namanya berhijrah ke negeri jiran. Rasa terharu sangat. Lama gila kot berkawan dengan diaorang. Since Form 2 aku rasa. Susah senang zaman kejatuhan aku bersama diaorang ni semua. I lap u ols la babes. Muahh muahh.. 

Luv u gurls..!



16.12.11

Ijab & Kabul

Ye-ye o jek semangat pak imam kata kene ada kat masjid by 9am. Kita orang sampai masjid, pak imam pun still tak ada lagi. So sementara tunggu, berposing-posing lah memasing. Family aku yang ikut pergi masjid tak ramai, along, kak yani, eqin, cik yam. Ouh tak lupa juga abang-abang ipar aku. Yang tu wajib sebab kena jadi saksi aku. Tak pergi dia orang pagi tu, tak kahwin lah jawabnya aku. Haha..








Tunggu pak imam dekat sejam kot. Gila lama. (ishh.. xbaik ngumpat pak imam, tak berkat kahwin aku nanti. haha..) Bila pak imam panggil pengantin-pengantin suruh duduk berderet gitu, terkejut gila aku sampai 11 pasangan nak dikahwinkan haritu. Gila ramai. But nice number kan, 11 pasangan on 11.11.11. Sementara nak kena tunggu prosedur berjalan, saksi nak kena sain itu ini bagai semua, aku yang duduk bersimpuh kat tengah orang ramai tu, sangatlah rasa tidak selesa.

Almaklumlah orang gemuk mana boleh duduk bersimpuh lelama, Mahu cramp jadinya kaki, pinggang, punggung semua. Orang lain aku tengok dok rasa nak nervous-nervous. Aku plak macam tak ada perasaan time tu. Gila high kepala time tu sebab tengah tahan ngantuk a.k.a kaki tengah bersemut. 




Bila nama laki aku kena panggil dengan pak imam tu barulah rasa macam segar balik biji mata ni. Time tu barulah rasa dupdapdupdap. Dalam hati ni mintak-mintak semuanya dipermudahkan.

Pak imam : aku nikah akan dikau bla bla bla... dengan maskahwinNYA bla bla bla.. tunai

Laki aku : aku terima nikah bla bla bla... dengan maskahwin bla bla bla.. tunai..

Aku : mana maskahwin NYAAAA??? (tapi jerit dalam hati jek lah. Gila apa nak jerit kuat-kuat. Ada yang masuk paper esok front page pengantin meroyan di Johor) Haha..



So sahlah aku diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz oleh lelaki yang bergelar laki aku sekarang. =) Setel urusan ijabkabul, aku ingat dah boleh balik lah. Ada pulak sessi batal air sembahyang. Memula tu pak imam suruh sarung cincin, cium tangan, dahi, bagai semua. Lepas tu, boleh pulak dia suruh laki aku letak tangan atas kepala aku sambil ikut dia baca sesomething yang aku sendiri tak ingat dah isi kandungannya. Tapi sambil tu ada jugak laki aku buat kerja gila. 

 
Laki aku : Allahhuakbar, nyah kau dari badan ni! (sambil tangan kat atas kepala aku). Feeling macam tok bomoh dalam cerita jangan pandang belakang congkak. Boleh gitu? Gila kan?

Setel semua, bangun-bangun ingat nak salam dengan keluarga-keluarga semua. Tengok-tengok semua kaum keluarga dah keluar masjid. Memasing dah tak larat, kelaparan, kepenatan. Mana taknya, pak imam suruh ada kat masjid jam 9. Pukul 12 lebih baru setel semua. Lagi sikit nak clash dengan time orang nak sembahyang jummat. Dahlah dia orang semua tak sarapan apa-apa pun pagi tu. Kesian dia orang. So lepas tu, semua berkonvoi balik ke rumah mak aku. Sampai jek rumah, ambil gambar dulu. Lepas tu, baru pergi makan. Makan tengahari sekaligus claim yang sarapan punya. Haha..

Dia orang semua pergi makan kat luar, yang kami sibuk bergambar kat pelamin. Tukang ambil gambar, suruh pose manja-manja gitu. Sumpah aku tak reti. Kalau aku berdua ngan laki aku sendiri pun tak ada nak manja-manja sangat, inikan pulak depan orang ramai. Lagilah kaku kan. Aku pose muka nak santai jek. Biar nampak cool. Ceria-ceria jek sambil tangan angkat peace. Sekali kena tegur, ”pengantin kena sopanlah!”. Nice kan. haha..

Together-gether dengan parents dan parents in law.

Adik-beradik ipar duai

Rasa tangan tu ringan jek nak angkat buat peace. Sekali kena sound daa. Haha..

Bunga penyelamat pengcover perut

Pose pengantin sopan. Sopan kew?

With eqin n mira. Mira mana baju kurung ko daa?

Ehh.. mana boy time ni?

Sweet family ni. Diaorang kahwin on 11.11 gak since 11tahun yang lepas.
Lepas ni bolehlah sambut ann together-gether. Euww..

Model ai pong

Adengan mencuba aksi manja. Serius kaku. Haha..

Meh kekanda nak betulkan hijab adinda sebentar. Ahaks!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...