Hari
ni nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis hari jadi. Rasanya
hampir semua ibubapa zaman sekarang akan sambut majlis hari jadi anak mereka. Tak
kiralah buat besar-besaran atau kecil-kecilan, yang pasti budak-budak zaman
sekarang memang bertuah! Seawal setahun dah dapat rasa kek.
Ok sebelum mengadakan majlis. Perkara-perkara yang harus difikirkan adalah :
1) Budget : Berapa yang sanggup dihabiskan untuk menganjurkan sebuah majlis bergantung kepada tahap kewangan ibubapa. Pada yang berkemampuan sudah pasti akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menempah party planner supaya majlis berjalan dengan lancar. Tapi pada yang kurang berkemampuan, bolehlah dibuat sekadar yang mampu. Selalunya budget bergantung di antara RM300 hingga mencecah ribuan ringgit.

-
Checked.
Syukur ada rezeki lebih dan boleh dikongsikan dengan yang lain.
2) Tema Majlis : Tetapkan
tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa
sahaja tema yang menarik. Pentingnya ada tema supaya dapat menyediakan
aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema yang telah dipilih.
-
Checked.
Watak kartun kegemaran anak?? Haha. Harz tak reti apa pun lagi. Umminya yang
over eksaited.
3) Tempat Majlis : Selalunya ibubapa memilih untuk dilakukan di kediaman masing-masing tapi pada yang berkemampuan pasti akan menyewa lokasi yang lebih selesa (sekiranya tetamu ramai) seperti di kelab golf / pusat aktiviti kanak-kanak / restoran makanan segera. Yang pasti pemilihan lokasi yang selesa sangat penting kerana kebanyakan tetamu adalah kanak-kanak ribena yang aktif bergerak & sudah pasti memerlukan ruang yang besar untuk bergerak!
-
Checked.
Lokasi hanya di rumah comel kami. Rasanya ok lah tu. Sebab kekanak Ribena bukanlah
ramai sangat since Harz pun belum ada kawan sekolah kan.
4) Menu : Selalunya
menu yang dipilih adalah seperti nasi goreng cina, bihun goreng, pasta atau
makanan kegemaran kanak-kanak. Pemilihan makanan sudah semestinya lebih kepada
makanan yang manis-manis, warna menarik sesuai sangat untuk kanak-kanak yang
riang!
-
Checked.
Chef jemputan by tokma and tokngah. Ummi? Goreng nugget jek nanti. Hehe.
5) Aktiviti : Untuk
mengelakkan kanak-kanak cepat bosan, harus diadakan aktiviti yang boleh menarik
minat mereka supaya memberikan tumpuan kepada aktiviti tersebut. Contoh
aktiviti yang boleh dilakukan adalah sesi mewarna, membuat/menghias muffin, persembahan
boneka atau persembahan silap mata!
-
Yang
ni unchecked. Sebab Harz takde geng lagi. Yang ramai mungkin geng ummi dengan
babah. So aktiviti orang tua is makan, makan, dan makan.
XOXO
0 komentetar:
Post a Comment