instagrammers

Instagram

24.10.13

Suasana di kampung halaman



Ewahhh tajuk kemain kan. Padahal memang lah duduk kat kampung jek pun. Biasanya weekdays tu macam biasalah pepagi lagi dah pergi kerja. Matahari terbenam baru reti nak balik rumah. Weekend pulak biasanya kami balik ke rumah kami. Kalau ada cuti yang panjang sikit, barulah lepak kampung lama sikit. Rasa best jugak sebenarnya duduk dalam suasana kampung ni pada aku. Sebab dari kecik membesar kat bandar, so memang boleh rasa perbezaan dia which is ko akan rasa tenang jekkk.


So ni ada beberapa aktiviti yang weols buat time kat kampung. Selain dari mandi-manda kat kolam sekayu, kiteorang pergi jugak terjun kat sungai belakang rumah tu jek. Air cetek tapi arusnya kemain deras. Serius rasa penat mandi sungai dari mandi kolam. Sebab banyak menggunakan tenaga untuk mengelakkan diri daripada hanyut. Laju ko air sungai ni mengalir. Tapi yang bestnya air dia bersih. So fun lah kalau mandi ramai-ramai. Macam-macam aksi terkeluar.


Ni pulak aktiviti membakar lemang. Time raya haji haritu. Teraju utama is mak mertua daku and adik mak mertua daku jua. Daku? Tukang tengok jek. Hehe. Pulak tu time raya korban ni banyak daging orang bagi. Tumpang sekaki lah bakar daging tu. Mmmm marvels.


Yang ni pulak aktiviti wajib Harz setiapppp hari. Manja ngat duduk dengan ki ye. Asal tunjuk moto jek, terus ki bawak berjalan round satu kampung. Untunglahhhh. Kalau aku dulu masa kecik-kecik, tunjuk benda gitu terus dapat warning tali pinggang. Ngada ngat nak kena bawak ronda hari-hari kan. Terus dah tak berani request. Haha.


      XOXO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...