Kejadian
berlaku time raya haji yang pertama. Bila dari pagi makan asek tak berhenti,
maka moh kita cari aktiviti untuk membakar lemak-lemak tepu yang degil ni.
Kami
pergi mandi manda kat sekayu yang dari rumah cuma 5 minit jek. Kebetulan hari
tu public holiday, masuk pun free jek tak kena bayar apa-apa. Kami plan nak ke
area taman pertanian sebab dalam tu ada kolam renang tapi tempat tu tutup. Nasib
ada kaq yang pandai mengayat pokgad situ. Terus dapat masuk. Kihkihkih.
Memula
tu pergi mandi area atas sikit kat waterfall. Mat joe nampak air terus tak
agak-agak pergi terjun. Sekali landing atas batu besar dalam air. Amek kau. Merah
dada. Aku bajet mesti sakit tu. Tapi nampaknya mat joe control macho jek. Haha.
Masing-masing
kehappyan dapat berendam. Bila langit dah gelap baru tahu nak naik. Ingatkan nak
balik terus. Sekali time lalu tepi kolam renang tu tengok slide macam
memanggil-manggil. Terus masing-masing melompat terjun gelongsor. Harz perati
jek. Kaki menggeletis nak join sama. Tapi aku malas sebab dah salin baju bersih
Harz. Tapi last-last imanku cair. Mokchik lah ni punya pasal. Terus weols
terbabit sama. Tapi nasib baik join. Sebab bestttt. Memang kami semua all out
main. Tak ada orang lain. Ibarat macam private pool gittew.
XOXO
0 komentetar:
Post a Comment