instagrammers

Instagram

17.1.13

Poo-poolah Hariz



Tengah risau sangat ni. Masuk harini dah seminggu Hariz tak poo-poo. Normal ke macam tu. Tapi dia tak adalah meragam ke menangis ke. Perut pun ok jek lembut tak ada kembung. Nak bawak pergi klinik nanti mesti doctor masukkan ubat kat bontot kan. Kesian kat baby. Kalau kita ni orang besar masuk ubat bontot pun dah rasa sakit or tak selesa, inikan baby kan. Acaner ni? Aishh risau bangat ini.

Lagi 3 hari Hariz dah nak 3 bulan. Normal ke baby umur gini tak poo-poo. Hariz fully bf. Tak pernah lagi kasi dia makan or minum yang lain-lain. Ke faktor pemakanan kita as mummy ni yang ada effect kat baby. Sat nak google jap.


Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Menurut pakar Paed Dr. Roliza, susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. So its NORMAL jika bayi bila masuk 2-3 bulan tak berak selama beberapa hari. Saya pernah mendengar ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak, saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.

Apa yang perlu di ambil perhatian?
  • Pastikan bayi kencing seperti biasa

  • Perut tidak kembung atau keras

  • Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)

  • Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

Bila perlu merujuk pada doktor?

  • Bayi sering menangis

  • Perut bayi bengkak dan keras

  • Bayi tidak mahu menyusu

  • Bayi kerap muntah. Susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka.”


Hmm setakat ni Hariz memang kencing macam biasa and kentut pun banyak kali jek. Perut pun lembut jek. Tak ada lah nangis-nangis tak tentu pasl. Happy jek dia kalau dia dok berbual ngan tokma tokki dia. Cuma bab susu foremilk hindmilk tu aku tak sure banyak mana kuantiti dia sebab guna ebm kan. Bila dah dicampur gitu kita pun tak tahu takat mana hindmilk dia. Arghhh nak buat macamana ni. Perlu ke tidak bawak Hariz pergi klinik??


“saya tanak kena cocok momtot” :(

6 komentetar:

MadianiMamat said...

takyah bawak... kesian dia. mungkin dia ikut perut mokchiq die... hik3..

shakila mubarak said...

mokchiq pun poo-poo seminggu sekali ke? ekekeke....

itangmanih said...

kalu ikut situasi hariz n komen tu,mcm normal je kan...ok kot...mybe dia serap dgn jayanya sumer susu mummy dia smpai xde baki utk dibuang...(ayat Dr x bertauliah..hehe)

shakila mubarak said...

tapi xkan sampai seminggu xde saki baki utk dibuang. i is konpius plus risau. huhu..

Anonymous said...

Muka hariz sebijik tok ki n ayh die..hehe. .tumpang lalu..Chaiyok2 hariz..u can poo.poooo...hehe

shakila mubarak said...

mungkin kena jln2 naik kete baru seround dua baru boleh nak poo-poo kot. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...