instagrammers

Instagram

27.1.13

Berkepit 24 jam




Cuti maulidurrasul haritu balik rumah sekejap nak setelkan laundry. Esok harinya tu jumaat laki den kerja. Makanya tinggal berdua kami anak beranak. Pepagi lagi Hariz dah celik mata nak ajak main cak-cak. Omaknya baru berangan nak bangun lambat time cuti-cuti ni. Tak ada maknanya bila dah ada anak ni ok. Dia celik, kita pun kena sama celik layan dia. Lepas mandikan Hariz memang dia akan mintak susu. Sambil susu sambil dia tertidur. Ada gaya nak start ngempeng ni. Hoi lah anak. Mummy banyak baju nak dibasuh ni. Tapi dia bukan paham lagi apa yang kita cuba cakap kan. Dia tahu bila kita ada depan mata dia, memang nak berkepit 24 jam. Mana taknya. Bila berjaga nak diagah. Bila tidur nak mengempeng. Ada tu aku tengah nak cepat-cepat iron baju. Sampai angkat iron board tu letak depan dia punyalah nak kasi dia tengok kita. Tengah iron lelaju, tau-tau dia dah cebik muka sambil mengalir air mata. Sentap kita tak agah lettew. Hariz hariz. Bila mummy nak siap kerja ni nak hoiiii..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...