Bila tengok video ni teringat kat Ajmal Irfan.
Tapi lupa pulak nak record video Ajmal sebab masa tu dok bantai gelak sebab
tengok Aqil Raziq yang ikut abang dia solat time tu. Masa nak rukuk tu
boleh pulak Aqil ni berbunyi “eh seluar abang mal koyak”. Bergegar badan-badan
dok gelak. Tapi tak boleh nak gelak kuat-kuat sebab abangnya tengah kusyuk
solat time tu. Ekekeke..
Kagum
okeh tengok dia dah hafal semua bacaan-bacaan dalam solat. Baru 5 tahun.
Harapnya bolehlah kami didik Hariz macam ni jugak. Isyaallah. Plan dah ada nak
hantar Hariz sekolah pondok. Aku kalau boleh nak bagi Hariz masuk IQ yang ada
dekat bukit payung area rumah kami. Kan ada tiap-tiap tahun negeri kita ni ada
buat khatam untuk budak-budak. Hopefully Hariz salah seorang daripada mereka
untuk lima enam tahun akan datang.
Cakap pasal sekolah pondok, takkan tetiba kami
nak datang melawat Hariz kat sekolah, dia daripada jauh nak jerit “mumyyyy
daddyyyyyy”. Rasa macam pelik pulak. Dan aku tahu orang-orang keliling pun
mesti akan muntah hijau bila dengar. Dan aku juga tahu ada orang dok bercakap
kat belakang pasal panggilan tu. Tapi aku peduli apa. Pasal aku pikir yang bagi
makan minum aku anak beranak adalah kami laki bini. Aku ni ada sifat keras hati
yang mana aku tak ambil port orang nak kata apa. Tapi tu aku kata “orang”. Means
orang lain la. Tapi bila laki sendiri yang tegur, aku biasanya akan dengar. Dah
namanya syurga aku bawah tapak kaki dia kan.
Selama ni laki den tak ada lah kata taknak anak
panggil aku mummy. Dia ok jek dengan panggilan tu. Tapi satu hari tu, entah
macamana tak tahu hujung pangkal tetiba dia kata, “kalau panggil umi kan lembut
sikit bunyinye”. Pandai kan nak ambil hati aku. Tak ada kata “tak boleh”. Tapi dia
phsycho aku dengan cara memuji. Terus hati
aku yang keras ni jadi lembut. Ok. Lepas ni Hariz panggil UMI ABI
pulak okeh.
Tu adalah panggilan setakat harini. Esok lusa
kalau aku berubah hati nak suruh panggil omma oppa pulak siapa tahu kan? Haha..
5 komentetar:
yeahh i setuju 100%... keh3.. daddy amat la x sesuai ngan ami. hoho
Setuju ...sy sokong...hehe
rmai betul penyokong-penyokong harimau malaya. eh salah. penyokong hariz!
Ai nk tukar la panggil mummy daddy...sesuai x?haha
Ofkosla sesuai. Org key el jek yg blh panggil gittewww..
Post a Comment