instagrammers

Instagram

25.10.10

Sensitifnya aku

 
1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi anda semula, tetapi percayalah sebenarnya dia masih berada disisi telefon & mengharapkan kamu menghubunginya semula sebagai bukti anda belum puas mendengar suaranya. Yang ni betul, aku setuju. Kalau dah terputus tu perempuan harapkan sangat lelaki ambil inisiatif call balik. Barulah perempuan tu rasa dihargai. Perempuan rasa hegeh-hegeh sangat kalau dia terpaksa call lelaki tapi mmandangkan rindu yang tidak tertahan tu dia terpaksa korbankan ego & wang RMnya demi lelaki yang dikasihi. Tapi alangkah bengongnya lelaki yang tidak reti-reti nak ucap terima kasih bila perempuan yang telefon &  taknak telefon perempuan tu (lemak sudah banyak) sebab dia rasa diri dia tu hebat sangat kot sampai ada perempuan yang call dia. Notgud ni.. Kalau perempuan telefon faham-faham je la. Maknanya awak tu yg kedekot kredit tahap jering busuk. 


2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu. Betul tu, perempuan ni suka kias-kias. Sebenarnya dia nak ajak dating la tu tapi die guna cara kata-kata rindu supaya lelaki faham penyakit rindu ubatnya datingla. Tengok wayang ke, pergi zoo ke, candlelight dinner ke. Ni tak, kalau perempuan tu kata rindu, lelaki bengong pun akan kate rindu juga, malah dua kali ganda rindunya dan akan kate sabarlah dengan rindu tersebut sebab ia dugaan bercinta. Pegidah. Buat-buat tak faham pula.


3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa untuk membelikan hadiah untuknya. Tapi jauh disudut hati, dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya. Ha ni paling best nih, perempuan yang sejak azalinya dianugerahkan sifat malu yang lebih tinggi daripada lelaki akan kata “takpelah” jika lelaki nak belikan dia sesuatu. Tapi sebenarnya dia nak. Hatinya meronta-ronta kata nak tapi sebab dia malu dia lebih selesa kata tak. Ada lelaki bengong tu kalau nampak perempuan tu dah belek-belek teddy bear ke, cincin ke, maknanya dia nak la tu tapi si lelaki ni buat bodoh je. Ala apa salahnya belikan untuk dia. Perempuan memang suka dapat hadiah daripada pakwe dia walaupun hanya sebiji gula-gula dia akan menyimpan plastik gula-gula tu kat dalam diari dia. Percayalah.


 
4) Setiap kali dia merajuk, sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya. Kalau lelaki jenis ego jangan haraplah nak pujuk. Aku sebagai wanita akan merajuk jika benda yang aku tak salah orang tuduh-tuduh. Pantang betul aku. Aku tidak akan minta maaf atau melutut ke ape ke. No way. Lelaki yang gentle bagi aku lelaki yang mengalah dengan sifat perempuan yang hatinya terlalu sensitif jika sang lelaki itu mengguris hati dan perasaanya. Tidak perlu minta maaf hanya genggam tangannya erat-erat. Kesat airmatanya dengan jari anda dan bisikkan ditelinganya yang anda benar-benar sayangkannya. Pergh.. kompem hati wanita merajuk itu akan melting cair macam mentega yang dicairkan di kuali panas.


5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian. Benar. Kalau perempuan tengah cakap tu pandanglah mata dia. Kalau cerita yang dia cerita tu tak best ke, apa ke, si lelaki tu angguk-angguk geleng-geleng ambil hati jelah lepas tu cuba ubah topik. Ni tidak. Masa perempuan tu dok pot pet pot pet bercerita mata dia boleh pula jeling kat perempuan lain yang tengah lintas jalan. Ada ke patut. Kalau bawa jumpa kawan-kawan, si lelaki janganlah tinggalkan dia. Ohh, mentang-mentang dah jumpa kawan aweknya di sisihkan. Banyak cantik. At least perkenalkanlah dia sebagai buah hati ke apa ke. Taklah perempuan tu rasa kecil hati dan rasa tidak diberi perhatian.


 
6) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya. Jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu! Perkara ni terjadi kalau si lelaki lebih up dari perempuan. Mungkin perempuan tu gemuk air ke, pendek ke, hitam ke, berjerawat batu ke. Janganlah tegur. Terimalah kekurangan dirinya itu dan jangan ejek-ejek atau buat gurauan melibatkan fizikalnya. Laa, kalau dah rase orang tu tidak menepati citarasa kenapa awak pilih dia sebagai makwe. Ish, tahpape tah. Nampak sangat awak tu tak laku cik abang oi.


7) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya. Dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dengan mereka. Tetapi percayalah, cintanya tidak pernah berubah terhadap kamu. Betul tu. Antara kawan dengan kekasih banyak bezanya. Ni aku rujuk kepada student-student la khasnya. Biasalah kalau ada kerja group yang akan campur lelaki dan perempuan. Dah memang syarat pun dalam group mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang lelaki kan. Kalau dia nak banding-bandingkan tu maknanya dia nak kamu berubah jadi baik dan sempurna di matanya. Jangan kisah sangatlah. Dan jangan jeles mengkhinzir buta.


  
8) Sikap ambil beratnya kadang-kadang merimaskan kamu. Percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat tentang dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu! Lihat sahaja mak korang. Mustahil tiada yang ambil berat gila-gila. Hati seorang perempuan memang begitu. Hal-hal kecil pun dia begitu prihatin. Ambil berat tandanya she’s corcern. Bertuahnya kamu kan ada orang mempunyai banyak masa untuk berfikir tentang kamu. Jadi bersyukurlah.

2 komentetar:

MadianiMamat said...

kila, i nak mntk kebenaran nak copy paste n3 ni blh?sbb sgt2 tepat!
heheheh

shakila mubarak said...

kene bg upah 2posen dlu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...