Siapa kata menulis blog hanya membazirkan masa? Mungkin pendapat itu harus kita tepis sekarang kerana ramai blogger yang telah berjaya hanya dengan menulis blog antaranya Mira Abu Bakar. Siapa Mira Abu Bakar? Kalau ada yang tak tahu, boleh tengok keratan akhbar ini.
Mira Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan “umi merah” adalah pemilik blog Redmummy.com, blog peribadi paling popular yang menerima lebih 4 juta pembaca setakat ini. Ok. Sekarang kita bukan hendak menceritakan tentang tuan tanah blog tersebut tetapi kita nak menceritakan tentang blog tersebut. Kenapa blog beliau? Kenapa bukan blog orang lain? Ini kerana blog beliau ada mengadakan peraduan dan hadiahnya adalah… tadaaa…
Menarik bukan? Siapa yang tidak mahu hadiah? Lumayan pula tu. Tipu la kalau cakap orang lain yang masuk peraduan ini tiada niat untuk mendapatkan hadiah tersebut. Betul tidak? Tetapi kalau mahu memenangi hadiah tersebut, ada syaratnya. Kenalah menceritakan tentang blog tersebut.
Blog beliau menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, kecantikan, fesyen, dekorasi, gadget-gadget terkini, destinasi pelancongan, perhiasan seperti beg tangan yang ribu-riban tu, kasut juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Tidak lupa juga mengenai haiwan peliharaan beliau iaitu kucing, walaupun sebenarnya saya bukan penggemar kucing.
p/s: menjadi kemusykilan, kenapa mesti merah? Mungkin keturunan bawang merah kot..
4 komentetar:
wah3....nak hugo boss nmpk...haha
wah3 lagi, blog die da makin cantik nmpk...hahaha
saje gatal2 nak try. heh heh heh..
ala mummy dah femes pon nk uat give away gak..mane aci..
bila ada rezeki lebih
kita panjangkan pada yang lebih berhak juga :)
Redmummy
Post a Comment