Rakaman percakapan telefon pesanan Pizza
Operator : Terima kasih, anda telah menghubungi Pizza Hat, boleh saya bantu
Pelanggan : Hello, saya nak pesan Pizza
Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya
Pelanggan : OK, sekejap. No nya 790615-08-5331
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. Nombor telefon rumah 03 77726378, no pejabat 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?
Pelanggan : Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no telefon saya?
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat
Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza pakej family
Operator : Itu bukan idea yang bagus encik
Pelanggan : Kenapa pulak?
Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal
Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?
Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
Operator : Hmmm minggu lalu encik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak
Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?
Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang dan jumlah keseluruhan adalah 80
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya
Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa encik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050 sejak bulan Ogos lalu, itu pun belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya
Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari seringgit
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?
Operator : Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik
Pelanggan : APA ????
Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan encik?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gila. Siapa bagi bukak rekod
org lain sesuka hati ni? Ada yg nak kena belasah ni??!!
Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.
Pelanggan : (Terdiamm....)
Operator : Ada nak tambah yang lain encik?
Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca~cola kan?
Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang
komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada
website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah
kotak pizza yang encik pesan. Terima kasih kerana telah menghubungi
Pizza Hat

P/S : untuk menguruskan masalah kewangan anda, sila layari DISINI
0 komentetar:
Post a Comment