instagrammers

Instagram

14.10.10

Trik memperdayakan wanita


Hal ini berlaku di KL baru-baru ni. Cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan aku sendiri yang telah menjadi mangsa.

Kawan aku ni keluar ofis agak lewat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia menghampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang-sorang pada waktu begini. Budak tu kata yang dia sudah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.


Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa terus dibawa budak itu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang.
Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan. Tidak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tidak mengenali penyerangnya.

Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali menturuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


P/S : Kongsi kisah ini dengan rakan-rakan wanita anda supaya mereka berhati-hati & juga rakan-rakan lelaki anda supaya mereka boleh memperingatkan adik perempuan, kakak & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri

2 komentetar:

Amir Syahir said...

awak hati2 ye...jgn caya laki.

~ana~ said...

ha'ah la kila..ish risau k.na kat kak dgn chiq tu..suruh amie monitor lebih2 sikit chiq tu..kak sini pun x terkejor doh k.na dgn abg monitor dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...