instagrammers

Instagram

8.5.14

Viki TV


Hai.
Harini kila nak share satu apps ni.
Sebenarnya kila pun baru install harini.
Sebab excited terus rasa nak share kat sini.
Apps tu namanya VIKI.
Yang macam ada dalam fon kila belah bawah sekali tu.

Apa yang bestnya pasal apps ni?
Sebenarnya ni macam online tv.
Kita boleh tengok cerita-cerita global.
Tapi setakat ni tak ada pulak cerita melayu.
Yang buat kila tertarik tu sebab ada korean series.

Excited gila bila bukak-bukak je apps ni tengok ada series yang memang dari dulu kila nak tengok.
Kalau dulu-dulu memang kila gigih download setiap episode tu dari internet.
Satu episode lebih kurang sejam masa download.
Tu pun kalau internet laju.
Lepas tu kena cari subtitle malay pulak.
Yang tu kena download lain.
Pandai-pandailah google.
Sampai sanggup beli external hard disk yang 500gb punya.
Penuh dalam tu dengan cerita korea je.

Tapi tu dulu.
Masa zaman sebelum kahwin.
Sebelum ada tok laki dan jugak si harz ketot tu.
Sekarang ni semua dah berubah.
Bukan kata nak tengok series drama.
Nak tengok tv pun kadang tak ada masa.

Sebab tu bila kila jumpa apps ni rasa macam nak menangis kegembiraan pun ada.
Over kan.
Matilah kila lepas ni.
Memang telefon tak boleh berenggang lah jawabnya.

Apa yang best pasal apps ni kita boleh pilih nak tengok korean ke japanese ke.
Cerita us pun ada jugak.
Plus kita boleh pilih subtitle.
Malay pun ada.
Tu yang best tu.

Korang try lah cari apps ni.
Siapa suka tengok Korean mesti akan menjerit kesukaan.



xoxo
shakila



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...