instagrammers

Instagram

7.5.14

Shopping di Ikea


Memang dah ada dalam checklist kami bila nak pergi kl.
Hajatnya nak cari barang untuk letak dalam toilet rumah baru.
Mcam cermin, shelf, tempat gantung towel bagai.
Tapi end up tak beli satu pun barang yang sepatutnya kena beli sebab kebanyakkannya tak ada stok.
Frust jugak lah.
Tapi dah namanya pergi ikea tak kan nak balik dengan tangan kosong.
Jadinya kita beli benda lain yang pada awalnya tak ada satu pun dalam list kila.
Hihi.

Masa time beli ni sedap jek.
Tengok barang cantik, ambil, masuk troli.
Tapi masalahnya sekarang ni tengok semua barang tu nampak cantik jek.
Asal tanya boleh tak beli ni nanti auditor kila akan cakap tak muat kereta, lain kali eh.
Mak encik pasrah jek dengar alasan tu. Huhu.


Hariz Al-Haziq ni makin besar makin pemalu.
Kalau ada orang ramai yang dia tak kenal keliling dia lagilah dia segan.
Muka susah nak senyum.
Kalau ambil gambar dia time tak ada orang tu barulah reti dia berposing siap tangan berpeace.
Pemalu ikut umi dia lettew.

Bila dah puas tengok semua barang.
Kena transit dekat satu pit stop ni.
Sebab auditor nak audit apa barang kita beli sebelum proceed dekat cashier.
Ni mak encik nak kasi tips sikit kalau dapat tok laki yang bercita-cita nak jadi auditor.
Time shopping tu sila ambil at least 5 jenis barang yang anda sebenarnya taknak beli pun.
So time kena audit si suami berpuas hati sebab dapat reject beberapa barangan.
Dalam masa yang sama si isteri juga berpuas hati sebab sebenarnya dia dapat semua barang yang dia nak beli.
Sebabnya barang yang direject hasil kena audit tu sebenarnya memang taknak beli pun.
So semua orang puas hati.
Happily ever after.

Mak encik malas dah nak sentap-sentap merajuk bila barang yang diidam tu kena reject.
So tu je jalan penyelesaiannya.
Shhhh jangan bagitahu tips tu kat tok laki kila tau.
Kalau dia tahu nanti susahlah nak guna pakai lagi lepas ni.
Hihi.

Nampak tak bahagian ‘as is’ kat belakang tu.
Bahagian tu tempat dia jual semua barang yang ada defect.
Macam barang pameran dia orang kat showroom.
Kan tu dah bukak packing.
Kiranya dah macam jadi barang second hand lah.
So dia orang jual kat area situ dengan harga separuh.
Banyak tu beza.
Kalau barang tu seratus ringgit boleh dapat dengan harga 50 ringgit jek.
Tapi kena pandai pilih jugak lah.
 

“Apalah yang umi u ni beli Harz?”
“Entahlah umi ni banyak sangat barang merepek sampai Harz nak duduk dalam troli ni pun sempit”
Elehhh merepek konon.
Umi nak tengok nanti siapa yang melebih guna pakai barang-barang ni nanti.

Ikea, Harz, dan nafsu besar uminya.
Sampai kita ketemu lagi.
Sebab ada orang tu dah tabur janji manismu nak repeat pergi sini lagi beli katil Harz.
Wihuuuu..

xoxo,
shakila
   

2 komentetar:

MadianiMamat said...

Mcm tagline rio 2 "happy wife, happy life"

shakila mubarak said...

Uit. Da tgk ke rio2? Advance..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...