instagrammers

Instagram

15.5.14

Shopping di House Lightings Puchong.


Hai.
Haritu kami ke KL untuk setelkan misi rumah baru.
Main point adalah nak cari lampu kipas.
Kenapa jauh sangat?
Sebab bila key in “lampu kipas murah” di google.
Rata-rata search engine akan bawa ke post kedai ni.
So mari ke kedai lampu murah di puchong.

Murah memang murah.
Tapi kami tak kan lupakan detik ni sampai bila-bila.
Rasanya ni adalah benda paling seksa sepanjang kami nak setelkan urusan rumah.
Sebabnya?
Dari pukul 11 pagi sampai pukul 6 petang baru siap.
Bayangkan last makan pukul 9 pagi.
Lepas tu tak ada makan or minum pun.
Rasanya macam puasa pun ada jugak.

Nasib bekalan Harz memang complete bawak.
Kalau tak dengan Harz jugak Kila train suruh dia puasa.
Hihi.
  
Sampai je kedai pagi tu Harz tengah tidur dalam kereta.
So Kila rilek-rilek dulu.
Suruh Amie masuk kedai dulu tengok apa yang patut.
Sejam lepas tu Harz bangun baru kami start dengan pencarian.
Nak pilih kipas pun makan masa dua jam.
Entah apa yang susah sangat pun tak tahulah.
Padahal pilihan cuma antara panasonic dengan kdk.

Kila nak kipas kaler hitam.
Tapi antara 2 brand tu tak ada keluaran hitam.
Kalau brand lain baru ada.
So terpaksa pilih kaler lain.
Which is sebenarnya Kila tak suka sangat pun.
Tapi no choice.

Lepas tu pening dengan lampu gantung.
Memula tu dah berkenan dengan lampu gantung kaler hitam.
Tapi disebabkan kipas tak ada kaler hitam.
So lampu gantung yang memula kita nak ambil tu kena cancel.
Sakit tengkuk pilih lampu.

Setel dengan lampu gantung.
Tinggal nak pilih lampu downlight dengan t5.
Time tu Harz yak yak pulak.
Mana tak nya.
Makan honeystar tak berhenti.
Tumpang toilet kedai tu je.
Lepas tu pakai pampers kat dalam kereta.
Sambil tu kasi Harz ambil angin kat luar pulak.
Boring dia asek terkurung jek dalam kedai.
Time tu dah pukul tiga lebih.
Baru teringat anak sendiri belum makan nasi oi.

Meh lah kita berpiknik di tepi longkang ni.
Sambil Harz menjakun tengok lori besar lalu lalang.
Harz dah besar nanti sila ingat moment ni ok.
Bertapa susahnya umi dengan babah nak bina sebuah rumah untuk keluarga kita.
Masa ni rasa nak nangis pun ada.
Bukan sebab apa pun.
Sebab lapar jek pun.
Haha. Biasalah drama.

Lepas makan masuk balik dalam kedai.
Setelkan apa yang patut.
Harz?
Dia ok jek duduk dalam kedai ni.
Memang kesukaan dia lah.
Tak ada mainan dia tak heran pun. 


Sebab dia dah jumpa dengan mainan baru dia.

Sendiri buat sepah sendiri kemas.

Bila dah penat berehat sebentar.

Lepas tu sambung balik main suis. Ni memang feveret dia lah ni.
Setel dah pilih semua.
Budak sales tu pergi check stok.
Ehhhh ada pulak barang yang dah sold out.
Which means kena pilih design lain pulak.
Tu dah satu hal.
Lepas semua stok dah ada.
Nak kena check dulu barang tu satu persatu berfungsi ke tak.
Kalau beli 100 bulb, 100 tu lah dia orang akan buat testing.
Yang tu je dah makan masa sejam.

Setel semua lepas tu buat bayaran.
Siap ada no giliran macam dalam bank.
Dah setel bayar time nak keluarkan barang dari pintu kedai.
Dia orang akan check satu persatu barang.
Kena make sure barang yang bawak keluar dari kedai tu sama macam dalam resit.
Lepas tu ada budak dia tolong hantarkan barang masuk kereta.
Pandai pulak tu adjustkan susunan kasi muat.

Overall kedai ni bagus.
Servis cepat.
Barang murah.
Yang buatkan jadi lambat sebab kami ni yang rambang mata.
Kejap nak yang itu.
Kejap kang yang ini.
Kila lah tu.
Hihi.
Harz bagi lima bintang untuk kedai ni. :)



xoxo,
shakila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...