Bukak blog pepagi, tetiba terpandangkan countdown kat side bar atas ni. 1 day to go? Apa? Sendiri rasa macam tak percaya. Setakat ni tak ada lagi rasa-rasa macam nak terberanak. Tapi tak tahulah kot-kot kejap lagi rasa tu datang ke kan. Aku kalau boleh memang nak beranak esok. Bukan sebab date ke apa. Cuma kalau boleh tu nak lah hari Jumaat. Kan penghulu segala hari. Tapi tu semua kerja Dia. Aku pasrah jek terima takdir bila-bila date untuk beranak. Janji mudah-mudahan semuanya selamat.
Pejam celik pejam celik dah nak berakhir trimester ketiga ni kan. Banyak perubahan yang berlaku dari segi fizikal. Badan memang confirmlah naik kg kan. Takpe. Mummy tak kisah pun gemuk. Janji anak mummy dapat cukup nutrient yang mummy makan ni. Esok-esok nanti lepas dah beranak, boleh diet. Aku selalu cakap macam gitu kat amie. Amie kata nak diet? Ok, die nak tengokkan aje. Haha. Kejam kan. Bukan nak support pun. Aishh.
Kaki dah semakin membengkak. Even sandal kerja ni pun dah semakin sendat. Nak beli baru macam dua tiga hari jek lagi nak beranak kan. Jadi bertabahlah kau wahai kakiku. Lagipun bukan kerja berjalan pun. So tak ada lah rasa sakit pun. Hmm perut semakin membesar dan mengeras. Kadang tu tak selesa time tidur. Mengiring kikiri rasa tak kena, kekanan rasa tak selesa, terlentang lagilah rasa mengah. Tapi nasib mata ni jenis yang senang dengar kata sebab kalau memang dah time tidur tu, rasa tak selesa macamana sekalipun, mata ni tetap akan terlelap. Ada sekali tu time tidur tetiba jek tersentak sebab kaki tetiba cramp. Menjerit sekejap jek. Tapi lepas tu terus tertidur semula. Tak ada lah jenis merengek 2,3 jam malam tu. Mata mengantuk mengatasi segala kesakitan. Haha..
Persiapan setakat ni aku rasa macam dah ok kot. Dari segi keperluan baby tu, nanti kalau tak cukup kemudian hari pun boleh beli. Takut beli banyak-banyak sebelum beranak, ada yang tak guna nanti. Maklumlah baby kan cepat besar. Persiapan aku so-so jek. Jamu-jamu tu dah beli yang set punya. Aku ingat nak cari minyak kelapa dara tapi tak jumpa-jumpa. Tapi nasib baik baru ni ma ada buat minyak kelapa jadikan minyak selusuh. Tapi minyak tu buat sapu time dah rasa sakit nanti. Amie pun ada belikan akar fatimah haritu masa kat Mekah. Tapi aku tak rendam lagi. Dari sehari ke sehari nak buat aseklah lupa jek. Air zam-zam dengan kurma yang amie bawak balik haritu pun ada sikit lagi. Cukuplah rasanya untuk aku makan sebelum beranak buat tambah tenaga nanti. Simpan sikit jugak untuk bagi pada baby time baru lahir untuk acara bertahnik. Orang kita panggil macam belah mulut lah. Biar jadikan air zam-zam dengan kurma tu as makanan pertama dia sebelum minum susu ibu semua.
Sekarang ni masih pergi kerja macam biasa. Sebab aku pikir kalau dok rumah tu nanti aku bermalas-malasan jek. At least kalau pergi kerja ni ada jugak buat exercise jalan kesana kemari kan. I is konpius. Nak apply cuti tak tahu bila. Kadang pepagi tu rasa macam dah tak larat sangat dah nak bangun. Tapi gagahkan diri jugak. Nak cuti nanti tak tahu nak buat apa. Buatnya aku beranak seminggu dua overdue. Melangut pulak kat rumah tak tahu buat apa. Hmm doakan aku beranak esok..
Insyaallah kalau dah beranak esok, memang bersawanglah blog ni jawabnya. Sebab selalunya aku online ni kat opis jek. Kalau dah start cuti 60 hari, 60 hari lah jawabnya offline kan. Jadinya sebelum blogni start sunyi sepi, aku nak mintak maaf kat semua orang kalau selama ni ada terbuat salah secara sengaja atau tak sengaja, tersilap kata, tersinggung perasaan. Mintak jugak dihalalkan makan minum semua. Eh rasa macam nak raya lah pulak kan. Hehe.. u ols semua doakan yek semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.
1 komentetar:
ma buat minyak selusuh utk u? untuk i xde pun tau..huhuhu..ni i jeles ni...hahaha...
Post a Comment