Tak lama lagi usia kandungan dah nak masuk bulan ke enam.
Mengikut kajian, bayi masa ni dah cukup sifat. Dah boleh dengar apa yang kita
cakap. Sampaikan kalau kita pasang muzik yang kuat pun, dia akan tutup telinga
sebab bingit sangat.
Aku banyak lah google perkembangan bayi dari semasa ke
semasa. So bila dah masuk 6 bulan ni, bila baby dah start boleh mendengar, kita
pun nak kasilah dia dengar sesuatu yang nice. Yang boleh menenangkan dia dalam
masa yang sama boleh build up perkembangan dia.
Banyak sumber yang bagitahu yang ayat-ayat Al-Quran
memang sangat mujarab. Setiap surah tu ada kelebihan dia macam Surah Luqman nak
bagi anak pintar, Surah Yusuf nak bagi anak tampan, Suraf Maryam nak bagi anak
cantik. Ayat Qursi dan Surah Yasin pun elok juga. Senang cerita semua ayat-ayat
Al-Quran lah. Zikir Hasbi Rabbi pun bagus. Sekarang ni dalam proses nak
download in version mp3 supaya senang dari fon pun kita boleh dengar kan.
Ada juga kajian yang mengatakan muzik klasik macam mozart
dah bethoven elok untuk perkembangan bayi. Sumber ada bagitahu yang ianya boleh
menstimulasikan otak, meningkatkan tahap kreatif berfikir, kurangkan stress,
dan menstabilkan denyutan jantung.
So aku tengah dok download semua ni. Kasi pasang dengar
gilir-gilir. Benda yang elok tak kan kita tak nak usahakan ye dak. Tapi semua
kuasa tu terletak di tangan Dia. Kita hanya mampu berusaha, Dia yang
menentukan. Wallahullam..
0 komentetar:
Post a Comment