instagrammers

Instagram

28.6.12

Maternity Photoshoot


Masa ni kami pergi buat outdoor untuk ambil gambar kahwin bff aku kat Johor awal bulan haritu. Sambil pengantin dok sibuk-sibuk dengan photographer diaorang, kami pun menyibukkan diri jugak ambil gambar sendiri. Masa ni ramai gila orang kahwin ambil gambar dekat taman ni. Kebetulan masa tu jatuh public holiday hari jadi agong, memang date orang kahwin lah kan. Pergi ceruk mana-mana pun semua ada pengantin tengah shoot gambar memasing. Siap tu ada yang bawak kereta volkswagen masuk taman untuk dijadikan placing gambar. Dasyat..

Kami ni ambil gambar guna kamera sendiri-sendiri jek. Sendiri ambil, sendiri posing. Tapi adalah kawan bff yang lain ada jugak masa tu. So diaorang lah yang suruh pose macam ni macam tu. Nak harapkan kami, memang tak reti nak berposing. *kalau reti posing, lama dah i jadi model u. ahaks*. Setel ambil gambar, lepas tu edit dekat camera 360. Dan inilah hasilnya. Kalau amie rajin, bolehlah dia cuci gambar-gambar ni buat frame gantung kat rumah. =)



27.6.12

Tolong fahami isteri anda



Wanita bekerja yang berkahwin memang banyak tanggungjawabnya. Selain menjadi isteri kepada suami, mereka tetap tiada pilihan untuk ‘lepas tangan’ melakukan kerja-kerja di rumah serta mendidik anak-anak. Malah peranannya lebih besar kerana harus memberi tumpuan dalam kedua-duanya. Merekalah isteri, merekalah ibu.

BUAT BACAAN SUAMI
1. Fahami tugas isteri
Si suami jangan cepat melenting jika isteri lambat menyediakan makanan atau mengambil apa sahaja yang diminta. Jangan sesekali meletakkan tugas kepada isteri 100% , sebaliknya cubalah berfikiran baik melihat bebanan yang dilakukan isteri dengan hati terbuka. Bayangkan kadangkadang si isteri bergegas pulang ke rumah hanya untuk menyediakan makanan kepada anda dan anak-anak dengan masakan dari air tangannya.

2. Ringankan beban isteri
Ada ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Sebenarnya mereka silap, bagi yang memahami konsep perkahwinan, tugas dalam rumah tangga sebenarnya adalah tanggungjawab bersama. Jika si isteri penat, apa salahnya anda sebagai suami tolong meringankan beban. Sekali-skala berjaga malam tiada salahnya.

3. Jangan jemu pandang muka isteri
Ada lelaki yang menganggap isterinya tidak lagi berseri seperti mula-mula berkahwin dahulu.Isteri yang selesa berpakaian batik dan lusuh dipandangnya buruk berbanding pekerja wanita di tempat kerja sendiri.
Buat si isteri, sentiasalah menjaga penampilan dan berat badan supaya suami berasa gembira serta senang melihat diri anda yang sentiasa tampil menawan. Suami pula jangan mengambil kesempatan, tetapi bagilah dorongan.

4. Jangan terlalu memaksa isteri
Inilah masalah yang tidak difahami oleh kedua-dua pasangan. Suami lebih senang ‘ mengarah, meminta dan ‘mahu’, manakala si isteri pula ikut sahaja tanpa bantahan. Sebenarnya jika isteri letih, biarlah si dia berehat dahulu. Tugas dan bebanan yang dihadapi di tempat kerja membuatkan si isteri penat.
Oleh kerana tidak mahu dianggap isteri derhaka, dia akan ikut sahaja. Percayalah dalam hatinya berasa sedih kerana hatinya berkata... ‘ Aku mahu rehat sekejap’..

5. Usah rasa tersisih
Suami berasa dirinya diabaikan oleh isteri kerana mereka asyik melayan anak – anak berbanding dirinya. Usah berasa tersisih, sebaliknya anda sebagai suami seharusnya berasa bersyukur kerana isteri anda berusaha untuk melakukan semua tugas tersebut dengan senang hati.
Jangan sesekali mengambil kesempatan untuk ‘makan luar’, dengan alasan kurang kasih sayang isteri.


sumber : Pa&Ma

26.6.12

Teluk Ketapang


Tekak ni tetiba je rasa nak makan sotong celup tepung. Padahal boleh jek buat sendiri kat rumah. Tapi tetap nak makan yang kedai punya. Tak tahulah mengidam ke apa tapi aku rasa tak ada lah mengidam sangat cuma macam terasa jek nak makan. Yek. Aku ni memang pantang tengok gambar makanan, terus tetiba jek rasa nak makan. Dasar kan.

 
Bila sebut sotong celup tepung, memang akan terbayang teluk ketapang lah. Lokasi area airport. Dulu masa tempat kerja dengan rumah dekat area-area sini, selalu jek pergi. Ni sekarang bila dah kahwin, dah dok jauh sikit, memang dah lama lah tak ke sini. Banyak yang dah berubah. Kedai yang kami selalu pergi makan sotong tu pun dah tutup. Frust sekejap rasa. Tapi tengok ramai jek orang dok makan kat kedai yang deret-deret situ even time balik kerja. Ingatkan weekends jek ramai orang. Nasib ada meja sebab time kami datang memang full.

 
Kedai dia buruk jek tapi seafood dia memang best. Semua masak ala celup tepung. Tapi aku rasalah macam mahal sikit nak compared dengan kedai yang dah tutup yang kami selalu pergi dulu. Sotong sepinggan jek RM6 kat sini. Nasib sotong dia sedap. So rasa macam tak lah rugi sangat kan. Ada sesetengah kedai tu lebih tepung dari sotongnya. Tapi kedai ni tak. Dia punya tepung macam style tepung krak kruk goreng pisang tu. Makan dengan sos, best..

 
Kami ambil sotong, ikan kembung, pari, dengan air kelapa. Masa tengah makan tu aku dok ambil lah gambar kan. Lepas tu amie ambil telefon nak godek apa ntah. Lepas tu aku suruh ambil gambar aku sekeping. Ish terkezut okeh tengok gambar sendiri yang rupanya dah super gemuk. Macam tak percaya jek. Nak kena berdiet ni sebab next week ada check up. Kalau gain lebih dari 2kg, alamatnya kena minum air gula. Tak sanggup den. Uwaa...


25.6.12

Baju baby


Harini nak cerita pasal baju baby. Aku ni sebenarnya sangat lah suka dengan rompers. Cute-cute jek tengok bile disarung dengan legging kan. Nak beli kat sini memang tak banyak choice. So tangan ni dok gatal beli di alam maya. Usha-usha tengok ada satu blog ni jual. Memang murah compared dengan yang lain sebab dia dapat harga borong. Bila dah tengok yang berkenan, sekali order sampai 10 pasang lah kan. Tapi bila time nak buat payment, disuruhnya tambah duit sebab katanya silap kira. Lepas dah buat payment, malam tu disuruhnya tambah lagi sebab sekali lagi dikatakan ada kesilapan teknikal. Pada aku, macamana orang berniaga tapi bab kira-kira duit boleh salah. Kalau sekali takpe lagi. Ni sampai dua kali dok suruh tambah duit. Aku dah rasa lain macam. Kalau bab duit dia dah kalut semacam, macamana dengan pemilihan baju tu, penghantaran lagi kan. Bukan lah aku tak mampu nak tambah duit setakat seploh ringgit tu, tapi aku cuma rasa suspicious.

At the end, malam tu aku sms jek suruh cancelled order minta refund duit. Sambil buat muka sedih sambil taip sms. Pergi dapur terus masak makan malam dengan hati yang sedih. Sobsob. Tapi jangan tak tahu, muka jek sedih tapi masakan tak menyedihkan yek. Laki oden tambah tiga kali nasi. Jangan salahkan oden kalau perut laki oden buncit. Haha..


Berbalik pada cerita baju tu, sambil sedih-sedih tu, aku dok bukak beg plastik baju yang aku dah beli sebelum ni. Sekali tengok-tengok, eh aku ada beli lah rompers sebelum ni tapi boleh terlupa. Haha. Eksaited kau dok pilih baju baby je sekarang ni padahal baju kerja sendiri tak terbeli sampai tak tahu dah nak pakai apa. Lepas tu aku dok belek baju-baju adam yang akak bagi. Terus rasa happy semula. Psycho diri sendiri kata takpelah rompers baby tu kita beli bila dah confirm tahu gender baby nanti. Time tu baru bersemangat nak pilih kaler apa kan. Lagipun baju yang akak bagi ni memang super banyak. Kalau nak diikutkan, setahun tak payah beli. Tapi tu lah, kita ni as a bakal ibu kadang-kadang tu tereksaited lebih. Bakal bapa dok geleng kepala je. Hee..


24.6.12

Susu free


 
 

Haritu pergi jalan-jalan kat website mommy to be. Lepas tu tengok yang diaorang ni dok minum susu. Macam best jek. And banyak juga khasiat untuk mommy and baby dalam perut tu. Ada orang kata yang jangan minum susu soya sebab takut kulit anak sensitive. Seeloknya minum susu untuk bakal ibu. Lagi berkhasiat dan juga kalau nak dapat anak putih gebu. Tapi pada akulah, kalau dah kulit mak nya tak berapa nak gebu macam aku ni, boleh ke anak tu nanti gebu. Hah...
 
Tapi tak pe lah. Janji kita berusaha kan. Kalau boleh kita ni sebagai mak, memang nak yang bagus-bagus je untuk anak ye dak. So aku merajinkan diri pergi ke web nestle. Sekali tengok ada button untuk request sample. Meh kita try sekali click. Sebulan lepas tu dapat sample tu. Suka3. Siapa tak suka barang free weh. Sample ni besar. 350gram. Memang cukup untuk minum sebulan. Jimat dah RMtiga ploh ringgit lebih kat situ. Haha..

Lepas tu aku pergi kat web anmum pulak. Try request sample. Yang ni best sebab boleh pilih nak perisa original or coklat. So aku try ambil yang coklat. *macamana anak nak putih kalau minum coklat kan*. Seminggu dua lepas tu, sample sampai. tapi paket kecil jek. Boleh buat 2 kali minum. Jadilah.

Pada aku susu-susu ni rasa lebih kurang sama jek. Sebab sebelum ni memang aku beli susu anmum materna perisa original tu. Rasanya pun lebih kurang macam mom&me dari nestle. Dari segi kebaikan, aku rasa setiap produk ada kelebihan masing-masing. Cuma antara mahal dan murah. Kalau berkemampuan, kita belilah yang ok sikit. Kalau tak mampu nak commit tiap-tiap bulan, beli brand-brand yang macam ni pun dah ok. Tak perlulah nak beli susu yang beratus-ratus harga dia. *cakap untuk diri sendiri*. Haha..


23.6.12

Pantang larang ibu mengandung


Kita ni orang melayu yang kaya dengan adat resam kan. Pantang larang pun salah satu benda yang sinonim dengan orang melayu. Semenjak dah mengandung ni, kenalah ambil tahu pasal semua ni. Kalau dulu, memang tak amek port segala mak nenek ni. Tapi sekarang kena belajar google sana sini. Nak harapkan orang yang cerita kat aku memang tak ada lah sangat sebab aku ni mana ada ramai kawan kat sini. Sobsob. Jadi google adalah kawan aku yang boleh dipercayai. Tanyalah dia apa pun, mesti confirm dia akan jawab.

Pasal pantang larang ni, kalau dipikirkan macam tak logik tapi tak salah kalau kita follow apa yang kita dah tahukan. So lets begin..

Tidak digalakkan minum air kelapa dan makan nenas pada trimester pertama kerana dikhuatiri bayi akan gugur
*selalu je makan laksa penang masa tu tapi alhamdulillah tak jadi apa-apa*

Jangan menyeksa atau mebunuh binatang dikhuatiri terkenan
*selalu spray nyamuk, tak pe ke?*

Jangan banyak minum ais dikhuatiri baby besar dan susah nak dilahirkan dan juga senang dijangkiti demam kuning
*kadang-kadang adalah =)*

Jangan lilit towel kat kepala dan rambut lepas mandi takut tali pusat melilit leher bayi
*yang ni baru tahu, lepas ni tobat tak buat lagi*

Jangan ikat mati benang atau tali dikhuatiri susah nak bersalin
*menjahit pun tak pernah. hee...*

Jangan mandi malam nanti air ketuban berlebihan memudaratkan bayi dalam perut
*peluh jeruk lah malam-malam jawabnya*

Tidak digalakkan suami pegi memburu atau memancing takut terkenan
*nasib suami i bukan pemburu ke nelayan ke*

Kalau nampak benda-benda yang tak sepatutnya digalakkan berishtigfar banyak-banyak
*astagfirullahhalazim*

Kurangkan makan pisang takut rambut bayi lebat sangat
*tapi sembelit macamana*

Jangan gali lubang pastu timbus balik takut tak boeh bersalin ikut saluran betul so kena caesarean
*ok, baiklah*

Jangan banyak sangat minum air kelapa dikhuatiri anak banyak angin dibadan
*baru terasa macam mengidam nak minum. huu..*

Tidak boleh makan atau minum menggunakan bekas sumbing takut anak sumbing bibir
*memang pinggan sumbing terus buang*




22.6.12

Amalan ketika hamil


Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung. Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya:


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat. Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
  • Sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
  • Sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
  • Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
  • Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
  • Jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
  • Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
  • Bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
  • Cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
  • Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat.
  • Tenangkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
  • Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
  • Menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami.
  • Menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
  • Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hukum Allah.
  • Jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
  • Hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
  • Apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
  • Berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
  • Jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
  • Jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
  • Jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
  • Jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

21.6.12

mommy, nak mp3



Tak lama lagi usia kandungan dah nak masuk bulan ke enam. Mengikut kajian, bayi masa ni dah cukup sifat. Dah boleh dengar apa yang kita cakap. Sampaikan kalau kita pasang muzik yang kuat pun, dia akan tutup telinga sebab bingit sangat.

Aku banyak lah google perkembangan bayi dari semasa ke semasa. So bila dah masuk 6 bulan ni, bila baby dah start boleh mendengar, kita pun nak kasilah dia dengar sesuatu yang nice. Yang boleh menenangkan dia dalam masa yang sama boleh build up perkembangan dia.

Banyak sumber yang bagitahu yang ayat-ayat Al-Quran memang sangat mujarab. Setiap surah tu ada kelebihan dia macam Surah Luqman nak bagi anak pintar, Surah Yusuf nak bagi anak tampan, Suraf Maryam nak bagi anak cantik. Ayat Qursi dan Surah Yasin pun elok juga. Senang cerita semua ayat-ayat Al-Quran lah. Zikir Hasbi Rabbi pun bagus. Sekarang ni dalam proses nak download in version mp3 supaya senang dari fon pun kita boleh dengar kan.

Ada juga kajian yang mengatakan muzik klasik macam mozart dah bethoven elok untuk perkembangan bayi. Sumber ada bagitahu yang ianya boleh menstimulasikan otak, meningkatkan tahap kreatif berfikir, kurangkan stress, dan menstabilkan denyutan jantung.

So aku tengah dok download semua ni. Kasi pasang dengar gilir-gilir. Benda yang elok tak kan kita tak nak usahakan ye dak. Tapi semua kuasa tu terletak di tangan Dia. Kita hanya mampu berusaha, Dia yang menentukan. Wallahullam..



20.6.12

Second Trimester



Sekarang ni tengah lalui moment dalam trimester kedua. Kalau ikut countdown yang ada kat sidebar atas tu, nearly dah 23 weeks. Lagi seminggu dua dah nak masuk trimester ketiga. Sekejap jek masa berlalu. Tengok pada gambar yang discan ni, baby dah membesar. Sampai tak muat skrin ni print kaki dia. Kalau korang perasan, belah kiri tu kepala dia, follow dengan badan kat tengah, dah yang hujung belah kanan tu is peha dia. Kaki adalah tak muat nak print. Hah perasan tak dicelah peha tu ada bulat seketul. Ouh adakah itu telurnya. Haha. Doctor pun tak boleh nak pastikan samada itu telur or tali pusat baby. Sebab baby kecil lagi. Kena tunggu up to 6month and above baru boleh confirm. Alah lama lagi tu. Mommy dah excited nak tahu gender sebab nak beli baju and nak pilih nama. *overkan mommy dia, padahal baru 5bulan time ni*

Alhamdulillah, masa dalam trimester kedua ni semua alahan beransur hilang. Loya, pening-pening semua dah kurang. Bukanlah kata tak ada langsung tapi dah kurang dari dulu. Dah cergas sikit nak dibandingkan dengan di awal kehamilan. Dah boleh start masak-masak sebab hidung ni dah macam boleh accept bau tumis-tumis ni. Good! Kalau dulu, bukan kata nak masak, nak panaskan lauk yang dah dibeli tu pun tak sanggup nak bau. Ngada kan. Sampai beras kat dapur tu ada kutu sebab dah lama tak sentuh. Haha. Tapi sekarang dah tak ada lah beras tu. Jangan pulak nanti ada yang tak nak makan nasi kat rumah kitaorang. Haha..

Masa nak masuk trimester kedua ni, demam melanda. Panas badan, selsema, batuk semua complete package lah. Tak pergi klinik pun time tu sebab nanti bimbang doktor bagi ubat. Aku ni dah lah malas makan ubat kan. Acid folic dengan serba serbi mak nenek vitamin kat rumah tu pun tak terlarat nak makan hari-hari. Nasib demam dalam dua tiga hari je. Tapi time tu adalah hari yang aku kena pergi kursus di KL. Bayangkan dengan nak bawa perut lagi, kurang sihatnya lah, nak jalan jauh sorang-sorang, hadap course lagi. Nasib course tu tak heavy sangat. Kira ok lah. Ujian tu semua kan. Tuhan tak kan uji kita melebihi dari apa yang kita mampu tanggung ye dak.

Ni demam dah baik tapi batuk still tak hilang lagi. Ada sekali tu masa pergi check up, doktor ada terdengar aku batuk. Aku ni batuk jenis kokol. Memang dari kecil lagi macam tu. Jenis dua tiga bulan baru boleh hilang batuk ni. Doktor just bagi antibiotik je. Tak boleh nak bagi ubat batuk sebab takut effect pada baby kan. Ubat dah habis tapi batuk tetap tak hilang. Aku ada search yang madu campur limau nipis elok untuk orang ngandung yang batuk. Ma pun suggest menda yang sama. So amie pun belilah madu. Siap yang petualang punya. Tapi tetap tak hilang juga. Uwaaa... kalau aku jek yang lalui batuk-batuk ni semua aku tak kisah sangat. Ni kesian dengan baby yang ada dalam perut ni, mesti dok bergegar je time aku batuk-batuk kan. Nak dok rilek-rilek pun tak senang kata baby. *wah baby aku dah pndai cakap kau*

Berat pulak naik konsisten jek. Kan kena naik 1/2kg setiap bulan. So setakat ni dah naik lebih kurang 3kg dari berat asal aku sebelum mengandung. Kira oklah. Cuma tak dapat dibayangkan bila kena naik 2kg setiap bulan masa trimester ketiga. Maknanya another 6kg tu. Tak dapat nak dibayangkan macamana rupanya nanti. Sekarang ni pun baju kurung semua dah tak boleh pakai sebab kain tu memang dah tak muat nak sarung. Nasib akak ada bagi aku baju maternity yang super banyak. I is loike. Hehe. Ada orang kata yang aku ni ngandung anak perempuan sebab tengok bahagian perut ke punggung tu membulat dan membesar dengan jayanya. So maybe tekaan doktor tu kata yang maybe benda bulat dalam gambar scan tu adalah tali pusat. Apa-apa pun jantina anak mommy, mommy tak kisah asalkan semuanya selamat, sihat, dah cukup sempurnanya.

Bila nak hujung-hujung trimester kedua ni, baby dah pandai gerak-gerak. Mulanya aku tak perasan. Sebab tak tahu nak bezakan lagi masa tu. Ada sekali tu masa pergi check up, nurse tanya baby ada gerak tak sebab sepatutnya time ni memang dah rasa. Aku pulak tanya nurse tu, kalau dia gerak rasa macamana. Nurse cakap rasa macam berdenyut-denyut dalam bahagian perut kita. Aku pun kata, ”ouhhh yang denyut-denyut tu dia gerak ke?” Haha. Nurse tu sakan dok gelak kan aku. Ye lah, mana kita tahu kan. Sekarang ni dah gerak banyak-banyak kali. Ada tu aku suruh amie rasa sekali. Baby ni pandai tau. Bila time tak pegang perut, dia dok gerak sana sini. Bila time orang nak pegang, dia senyap pulak. Takut dengan daddy dia lew tew. Tapi ada gak yang time amie pegang, dia bergerak. Suka lew tew daddy dia dok rasa anak dia bergerak-gerak.

Setakat ni pembawakan budak tak adalah rasa sangat. Tak ada lah nak emo tak bertempat ke. Ada orang tu sampai bau suami sendiri pun tak boleh kan. Suka makan sabun lah, apa lah. Aku tak adalah sampai macam tu. Alhamdulillah. Mengidam pun tak rasa sangat. Semoga time beranak nanti pun tak susah jugak. Insyaallah..



19.6.12

First Trimester


Masa trimester pertama ni dalam area pertengahan bulan Jan – March. Tengok gambar scan baby tu sangatlah rasa teruja. Nampak tak yang dalam bulatan tu dia dok landing kat belah kanan. Kecik jek dia duduk dalam tu kan. Comel. Wah.. belum apa-apa dah puji anak sendiri.

Orang kata permulaan ni memang banyak alahan. Siapa kata mengandung tu senang. Pada aku, mula-mula tahu tu memang happy tapi bila melalui trimester pertama tu sangatlah penat. Siang hari kita kerja. Malam hari bila balik rumah memang lepaklah. Tak larat gila. Dekat sebulan dua jugak dapur tak berasap. Memang beli luar je lah. Tu belum masuk lagi bab pening-pening, loya, muntah. Alahan aku tak boleh nak bau benda busuk. Nak-nak bau sampah. Memang confirm muntah kalau terbau. Sampah kat rumah memang kena buang hari-hari even tak banyak. Kalau tak, aku rasa macam ada pencemaran udara satu rumah. Memang tak bernafas lah jawabnya kan.

Aku macam ada satu alahan time ni. Setiap kali gosok gigi mesti rasa nak termuntah. Tak tahu kenapa. Aku sorang jek ke yang rasa macam tu or memang alahan orang mengandung. Aku pun tak sure. Padahal dulu-dulu ok jek. Ada sekali tu pergi shopping sekali ternampak maternity toothpaste. Try la pakai dan alhamdulillah kurang lah sikit rasa loya time nak memberus tu.

Masa time pergi kerja boleh lagi pakai baju kurung yang sedia ada. Baju memang confirm muat cuma kain jek tak boleh berkancing. Alah bukan orang nampak pun kain tu duduk dalam baju kan. So no need to waste money beli baju baru. Banyak lagi duit nak dipakai nanti untuk beli barang-barang baby. Bila aku kata banyak tu means memang banyak sangat. Kalau yang mana baru nak kahwin tu better tak perlu membazir time wedding sebab lagi elok simpan sikit untuk lepas kahwin contohnya untuk preparation sambut baby. Kalau nak beranak awal lah.

Makan masa memula dulu aku suka sangat makan mee. Nasi ni kurang sikit lah. Tekak time ni macam tak boleh nak terima makan even perut time tu tengah krak kruk. Perut lapar tapi tekak tak nak terima makanan. Macamana tu. Aku paksa gak makan sebab kenang ada satu nyawa lagi dalam perut aku yang perlukan zat. Time tu memang suka makan yang masam-masam. Nak-nak laksa penang. Ada satu kedai kat area courts tu memang sedap gila laksa penang dia. Rasanya macam tetiap minggu nak pekena. Sebulan dua lepas tu baru ada orang cakap yang orang mengandung tak boleh makan nenas. Aku pun tanya akak jual laksa tu sebab setahu aku, aku tengok kat laksa dia tak ada nenas. Rupanya akak tu kata nenas dia dah siap-siap rebus dalam kuah laksa tu. Ishhh terus stop makan laksa tu even tekak ni rasa macam nak jek. Serik..

Masa nak pergi check perut first time dulu punyalah lama. Darah, urine semua dia ambil sebab nak buat test kan. Macam-macam menda baru yang aku belajar. Siap kena minum air gula lagi sebab nak test kita ada kencing manis ke tak. Cuba bayangkan gelas yang panjang tu dia masukkan gula ¾ gelas tu lepas tu tuang air sampai penuh. Aku rasa lagi pekat dari air gula yang kita nak buat sirap tu. Gila kau. Orang yang tak ada kencing manis pun boleh ada kencing manis. Tak kuasa aku nak layan sangat. Agak-agak bila nurse tak tengok tu, aku buang lebih dari separuh tu dalam sinki. Minum sikit jek buat cukup syarat. Taubat la tak nak minum lagi lepas ni.

Apa lagi ye rasa time ni. Hmm.. rasa kerap nak buang air kecil. Doktor kata sebab janin tu duduk kat area bawah pusat kita so dia dok menekan pundi kencing sebab tu rasa sejam sekali nak terkucil. Jenuh rasa ulang alik tandas. Sembelit pun ada gak time ni. Puaslah dok makan buah tapi tak jadi menda jugak. Tapi ni semua slowly akan hilang masa nak masuk trimester kedua. Cerita pasal tu kita sambung esok ehh..


18.6.12

Hot-hot Momma



Wahhh.. Lastup entri 18 April. Harini dah 18 Jun. Genap 2 bulan dah tak update apa-apa.Sibuk bebenau nampaknya. Apa yang disibukkan pun aku tak tahu. Haha..

Ni nak cerita pasal hot mama. Bukan hot sebab sexy tapi hot sebabkepanasan. Gila panas kan sekarang. Kat rumah tu dah pasang kipasfully speed pun tak rasa apa. Aku pun tak pasti samada kipas tu yang dah makinslow ke atau memang orang mengandung ni selalu panas ke atau cuaca sekarangyang panas membahang. Panas dia tu sampai boleh naik ruam satu badan.

Haritu dah refer doktor. Dia just bagi aku calamine lotion suruh sapu.Memang yang naik ruam tu makin kurang bila sapu lotion tu tapi yang tumbuh barupun tak kurang jugak. Agaknya memang allergic orang mengandung macam tu ehh.Kalau yang naik bintik-bintik tu dia dok rilek saje jek aku tak kisah sangattapi bila bab gatal mengenyam tu yang tak sanggup oden. Nak digarukan nantitinggal bekas. Tak cantik dah kulit mak lepas ni.

Kalau dulu time panas-panas or badan dah start gatal tu, aku belasah jepergi mandi tak kira la siang ke malam. Tapi haritu masa balik kampung kenetegur dengan mak. Mak kata jangan mandi malam nanti anak kembar air. Uwaaa...ada pantang larang pulak. Sekarang ni kena belajar kebalkan badan. Biarlah panas ke gatal ke memang dah tak berani nak mandi malam.  Pfttt...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...