instagrammers

Instagram

18.7.11

Perempuan Lebih Suka Lelaki Nakal. Betul Ke?


Soalan. Antara lelaki skema dengan yang agak nakal. Mana satu lebih korang minat? Jawapan yang jelas. Mestilah korang lebih tertarik kat lelaki nakal a.k.a bad boy kan?

Apa barang kawan dengan lelaki skema. Lurus, bodoh-bodoh alang gitu. No sense of humor. Kalau buat boifrend sekalipun mesti bosan kan?

Liana: Weh, Jasmey. Dengar cite Farid suka kat kau.
Jasmey: Euww.. Apa class budak Farid tu. Skema macam tunggul kayu. Tak hingin aku.
Liana: Ye lerr. Kau kan suka kat si Kamil tu. Tapi, dia tu kan bad boy. Selalu ada masalah disiplin.
Jasmey: Hihi, itu la yang aku minat. Macho je dia kan? I loike. Hihi..
Liana: Dah la, aku belah dulu. Gedik la kau..


Ini lah masalah perempuan. Bila lelaki yang agak skema suka kat dia. Bulat-bulat direject dengan alasan takde class. Pastu lebih suka kat lelaki yang nakal.

Lelaki nakal ni lebih menghiburkan. Tak boring bila dengan dia. Sebab tu jadi pilihan kebanyakan perempuan. Tapi, bila ditinggalkan. Ini kata perempuan:

Jasmey: Eee, Kamil tu jahat la. Aku salah cakap sikit pun dia lempang aku. Sakit tau. Pastu harini mintak putus pulak. Ee, jahat..!! Lelaki semua jahat..!!! Hey hey hey, aku tak percaya C.I.N.T.A..!!

Errkk, sudah. Semua lelaki pulak yang dipersalahkan. Yang engko pilih si nakal tu pada awalnya siapa suruh. Dah tau dia bad boy. Tapi engko pilih jugak. Sekarang, padan dengan muka engko.

No offence, tapi dari apa yang aku perhatikan. Memang perempuan lebih cenderung tertarik pada lelaki yang agak nakal, yang suka usik dia.

Dah nama pun lelaki. Bab usik-mengusik ni memang part of his life. Melainkan dia tu lelaki skema. Tak reti dia nak kacau2 perempuan ni.

Tapi percayalah, lelaki skema tu lebih baik sebenarnya untuk dijadikan teman hidup jangka panjang berbanding lelaki nakal.

P/S: Jangan nakal² sangat nanti lain jadinye. : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...