instagrammers

Instagram

31.7.11

Esok Puasa



Esok dah nak mula puasa. Malam ni secara rasminya akan mula solat tarawih dan esok kena bangun awal pagi untuk bersahur. Seboleh-bolehnya aku nak puasa kali ni jadi puasa yang betul-betul puasa yang diterima oleh Allah. Kalau boleh aku tak nak buat benda-benda yang boleh kurang pahala puasa aku macam mengata orang, tingkah laku buruk n lain-lain. Siapa tak nak puasa die diterime ye dak?
 
Doa serta niat di bawah dicilok melalui Google dan diambil sebagai rujukan. Harap penyebaran benda-benda macam ni dapat sedikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam diluar sana. InsyaAllah. (sebenarnya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Hee..)

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa




Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Lafaz niat puasa (harian)




Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka Puasa



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Doa Selepas Berbuka Puasa




Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


P/S : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Puasa tau, jangan yangyok..

28.7.11

Sleeping Beauty



Hi u olls. Ni nak cite mende yang jangan korang lakukan ketika tidur. Nanti bolehlah nampak gorjes bila bangun tidur tu kan..

1. Jangan Tidur Dengan Memakai Jam
Jam dapat memancarkan radioaktif. Walaupun kecil, tetapi jika anda memakai dalam jangka masa yang lama termasuk waktu tidur pun korang pakai, lama-kelamaan ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda.

2. Jangan Tidur Dengan Memakai Bra (Coli)
Menurut kajian saintis America, mereka mendapati jika memakai bra/coli terlalu lama, peratusan untuk mendapat penyakit barah payudara adalah tinggi. Jadi tanggal-tanggalkan lah ye.

3. Jangan Meletak Handphone Di Sebelah Anda
Walaupun terdapat sebahagian daripada kita menjadikan handphone sebagai alarm, namun begitu adalah digalakkan jika anda meletakkan handphone anda tu jauh-jauh, sebab para saintis telah membuat kajian bahawa barang-barang elektronik termasuk telefon bimbit dapat memancarkan gelombang magnetik dan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf kita. Oleh itu, adalah digalakkan untuk meletak handphone tu jauh-jauh atau switch off je terus.

4. Jangan Tidur Dengan Memakai Make-Up
Tidur dengan memakai make-up boleh menyebabkan kulit muka cepat rosak. Ini adalah disebabkan kulit muka tidak dapat bernafas.

5. Jangan Tidur Dengan Orang Lain Yang Bukan Suami/Isteri Yang Sah
Hahha.. ini yang paling penting. Karang ada pulak yang kena serang. Keh3..

27.7.11

Go Harimau Malaya..!!


Dengar-dengar cite, tiket bola dah sold out since tengahari tadi. Baru ingat nak gi KL esok tengok LIVE, tak kesampaian sungguh. Hampeh. Ye-ye o jek nak tengok bola kan. Keh3..

Btw, all the best to skuad Malaysia untuk game esok. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

P/S : Tak sabar nak tunggu World Cup 2014.

26.7.11

Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga awal tahun depan bagi menggantikan siri semasa yang berusia lebih 20 tahun. 


Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’ duit syiling baru akan memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna yang ada di negara ini.

Sumber: Berita Harian
 



P/S: Sesape yang nak jadi empunya terawal untuk memiliki duit syiling ni, bolehlah pergi ke BNM yang berhampiran. Ada dijual dengan harga RM10 untuk koleksi 4 keping syiling tu. Aku dah. Korang?

25.7.11

Google Trick yang Super Duper Cool


Nak tengok website google menari tak? Website google pun boleh jadi bola jampi. Macam-macam. Tak kan google nak jadi ahli sihir gak kot. Hehe. Semua ni ada trik. Nak buat macam mana? Sat nak ajaq..

1. Google Sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I'm feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I'm feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali? :-p

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I'm feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I'm feeling lucky
Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I'm feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I'm feeling lucky. Apa dah jadi???


Cool kan..

24.7.11

Karena Selembar Bulu Mata



Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

“Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah.

“Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.”

“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. 

Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”"

Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.” 

“Silakan”, kata malaikat.

“Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

P/S : Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

21.7.11

Grandma dan My Laptop



P/S : mahal tu sy beli laptop ni nek..!

20.7.11

Wordless Wednesday


P/S : selamat bercuti utk org2 tganu. 
P/S/S : mood = shopping bju raye. ~…wee…~

19.7.11

Ashraf tak boleh jadi Aleesha



KUALA TERENGGANU: “Walaupun pemohon sudah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.”

Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya ketika menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. 

Selain itu, kata Mohd Yazid, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil memberi keterangan.

“Selepas kes ini diperhalusi dan diteliti daripada semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen tidak hadir di mahkamah semalam dan hanya diwakili peguamnya, Horley Isaacs.



P/S : apalah nak jadi dgn dunia zaman skrg ni. aishhh…


18.7.11

Perempuan Lebih Suka Lelaki Nakal. Betul Ke?


Soalan. Antara lelaki skema dengan yang agak nakal. Mana satu lebih korang minat? Jawapan yang jelas. Mestilah korang lebih tertarik kat lelaki nakal a.k.a bad boy kan?

Apa barang kawan dengan lelaki skema. Lurus, bodoh-bodoh alang gitu. No sense of humor. Kalau buat boifrend sekalipun mesti bosan kan?

Liana: Weh, Jasmey. Dengar cite Farid suka kat kau.
Jasmey: Euww.. Apa class budak Farid tu. Skema macam tunggul kayu. Tak hingin aku.
Liana: Ye lerr. Kau kan suka kat si Kamil tu. Tapi, dia tu kan bad boy. Selalu ada masalah disiplin.
Jasmey: Hihi, itu la yang aku minat. Macho je dia kan? I loike. Hihi..
Liana: Dah la, aku belah dulu. Gedik la kau..


Ini lah masalah perempuan. Bila lelaki yang agak skema suka kat dia. Bulat-bulat direject dengan alasan takde class. Pastu lebih suka kat lelaki yang nakal.

Lelaki nakal ni lebih menghiburkan. Tak boring bila dengan dia. Sebab tu jadi pilihan kebanyakan perempuan. Tapi, bila ditinggalkan. Ini kata perempuan:

Jasmey: Eee, Kamil tu jahat la. Aku salah cakap sikit pun dia lempang aku. Sakit tau. Pastu harini mintak putus pulak. Ee, jahat..!! Lelaki semua jahat..!!! Hey hey hey, aku tak percaya C.I.N.T.A..!!

Errkk, sudah. Semua lelaki pulak yang dipersalahkan. Yang engko pilih si nakal tu pada awalnya siapa suruh. Dah tau dia bad boy. Tapi engko pilih jugak. Sekarang, padan dengan muka engko.

No offence, tapi dari apa yang aku perhatikan. Memang perempuan lebih cenderung tertarik pada lelaki yang agak nakal, yang suka usik dia.

Dah nama pun lelaki. Bab usik-mengusik ni memang part of his life. Melainkan dia tu lelaki skema. Tak reti dia nak kacau2 perempuan ni.

Tapi percayalah, lelaki skema tu lebih baik sebenarnya untuk dijadikan teman hidup jangka panjang berbanding lelaki nakal.

P/S: Jangan nakal² sangat nanti lain jadinye. : )

11.7.11

dabel cisss gebe


Jom terjah lunch hour arini..


7.7.11

"Cinta Muka Buku"



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh kenapa rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...