Hari Jumaat yang lepas, aku and the gang (kakhani, jue, adik dah) pergi ke majlis pertunangan zie dan rizal. Janji lepas Jumaat tapi biasalah, aku kan orang melayu. Tuptap tuptap tuptap, nak dekat pukul 3 jugak baru sampai. Sebabnya, rumah zie ni nun jauh di hujung kampung. Chess.. nak jugak cari alasan sebab lambat kan. Sebenarnya, diri sendiri yang lembab nak siap mengalahkan pengantin kan. Hahaha.. Well, biasalah orang perempuan kan.
Nasib baik masa kami sampai tu, majlis tak start lagi. Kira tak la lambat sangat kami kan. Masa sampai tu, macam rasa was-was je sebab tengok rumahnya dari luar macam takde orang. Nak turun tanya, malu. Aku kan memang pemalu orangnya. Last-last, Jue yang keluar kereta buat-buat tengok macam aku nak parking kereta. Hahaha.. pandai tak ustazah tu berlakon.
Sesampai je kami di rumah zie, terus masuk bilik. Konon-konon nak tengok pengantin la. Bila dah jumpa ramai-ramai, apa lagi, sessi bergambar pun bermulalah. Aku kan pantang tengok kamera, bak kata seseorang la.
Bila dah penat bergambar dalam bilik pengantin, kami pun keluar ke ruang tamu. Konon-konon nak bagi chance kat orang lain masuk bilik tengok pengantin. Tapi sebenarnya, perut memasing dah berbunyi mintak diisi Laksa Terengganu. Pergghhh... memang sedap sampai menjilat jari. Lagi-lagi bila tambah belacan banyak-banyak. Betul-betul Ho-Liauuu...
Sesudah jek mentekedarah, rombongan lelaki pun sampai. Bagus betul. Bijak tak timing kami. Ngam-ngam jek. Hahaha.. So bermulalah sessi berbalas pantun. Aku tak dengar sangat apa yang dieorang cakap sebab kami duduk kat area belakang siket. Lagipun aku bukan paham pun loghat Terengganu ni. Last-last sekali aku dengar mereka-mereka ketawa, aku pun follow jugak ketawa. Apa yang lawak sangat pun tak taulah.
Bila dah setel urusan bincang-membincang, apa lagi, makan time!! Disebabkan perut kami-kami ni dah diisi awal-awal, so takdelah kami nak pergi berebut-rebut amek makanan kan. Kita buat muka rilek-rilek sudah. Hahaha.. Time orang sibuk makan, kami sibuk bergambar kat pelamin.
Bergambar punya bergambar punya bergambar, aku sudah naik shekh feeling macam majlis sendiri. Hahaha...
P/S : Kalau orang kahwin, kita panggil pengantin. Kalau orang bertunang, kita panggil apa ekk?
0 komentetar:
Post a Comment