instagrammers

Instagram

20.3.11

Emosi Tidak Stabil


Cuti rehat dua hari betul-betul merehatkan aku. Demam, selsema, batuk, sakit kepala, complete package ade. Malam jumaat yang lalu, aku gagahkan diri jugak pergi ke klinik. Sesampai je di klinik, takde kelibat manusia lain pun selain aku. Bukan musim demam agaknya. Getus aku. Duduk tak sampai seminit, nurse sudah memanggilku. Niat dihati, biarlah doktor perempuan yang biase merawatku, tapi sangkaanku meleset. Huh. Sekali doktor lelaki laa. Dah la mukanye sangat bengkeng. Makin berdenyut-denyut kepala aku rase.

Sekembalinye aku ke rumah, terus makan ubat-ubatan yang diberi. Perghhh. Tak sampai setengah jam aku dah rase khayal. Kuat betul effect dadah ubat ni. Esok petangnye baru aku sedar. Itupun sebab amie datang nak hantar barang. Mase ambil barang-barang tu dalam kereta, aku rase macam berjalan di awan-awangan. Masuk dalam rumah, sambung tidur semula. Malamnye bangun, masih tidak berubah. Alas perut sikit-sikit, makan ubat, khayal lagi dan terus tidur. Betul-betul rehat aku dua hari ni kan.

Sesiapa yang kol dan sms tu, kalau aku tak balas, harap maklum la. Ni semua kerana di bawah pengaruh ubat-ubatan sampai membuatkan emosi aku jadi tidak stabil. Ade jugak jemputan-jemputan ke majlis kawan-kawan tu aku tak dapat hadir, harap maaf. Kesihatan tidak mengizinkan disitu.

Tapi... hari ini, pagi ini, aku dah gagah semula. Dah larat bangun dan pergi kerja. Aku rase lagi gagah daripada die ni..

























P/S : walaupun tiada ibu tatkala aku sakit untuk membasahkan kepalaku dengan air asam jawa, aku tetap boleh baik jugak. : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...