Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.
Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.”
Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu, abang selalu cium saya.”
Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Lepas tu sambung tidur balik.
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya.”
Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya.”
Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.
Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?”
Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …!”
4 komentetar:
hahahaha....
gigi2....
potong stim btul hakhak..
lawak betolla...hahahah
hehe..
Post a Comment