- 457 - Leo I menjadi maharaja Empayar Byzantine.
- 1238 - Orang Mongol membakar kota Vladimir di Rusia.
- 1301 - Gelaran Putera Wales diberikan buat pertama kali kepada bakal raja England, ketika itu Edward dari Caernarvon.
- 1807 - Perang Napoleon iaitu Pertempuran Eylau bermula antara Empayar Perancis dengan angkatan Rusia dan Prusia.
- 1819 - Sir Thomas Stamford Raffles meninggalkan Singapore sehari selepas menaklukinya, lalu menyerahkan pulau itu kepada William Farquhar.
- 1856 - Negeri Awadh diilhakkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris setelah rajanya Wajid Ali Shah turun takhta secara aman.
- 1863 - Korvet HMS Orpheus karam di perairan Auckland, New Zealand mengorbankan 189 anak kapal.
- 1898 - Émile Zola dibicarakan atas tuduhan fitnah bertulis melalui penyiaran surat J'Accuse dalam akhbar.
- 1962 - Amerika Syarikat mengharamkan semua dagangan dengan Cuba.
- 1964 - Kumpulan muzik The Beatles tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy untuk melancarkan jelajah sulung mereka di Amerika Syarikat.
- 1974 - Grenada merdeka dari United Kingdom.
- 1984 - STS-41-B, Angkasawan NASA Bruce McCandless II dan Robert L. Stewart menjalankan aktiviti luar kenderaan tidak bertambat yang pertama, menggunakan Manned Maneuvering Unit (Unit Dikendalikan Manusia).
- 1990 - Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Soviet akur pada gesaan melepaskan monopoli penguasaannya terhadap Kesatuan Soviet.
- 1991 - Jean Bertrand Aristide mengangkat sumpah selaku presiden Haiti pertama yang diundi secara demokrasi.
- 1992 - Perjanjian Maastricht ditandatangani di Maastricht, Belanda, membawa kepada penubuhan Kesatuan Eropah.
- 1995 - Ramzi Yousef, dalang di sebalik pengeboman Pusat Dagangan Dunia di Bandar Raya New York pada tahun 1993, ditahan di Islamabad, Pakistan.
- 1999 - Putera Raja Abdullah menaiki takhta Jordan setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Hussein.
- 2007 - Hari pertama KITA bersua.
- 2011 - Hari ini, detik ini, dan ketika ini, KITA masih bersama dan InsyaAllah untuk selamanya.
0 komentetar:
Post a Comment