instagrammers

Instagram

17.3.13

Baby Hariz Jatuh Katil


Ye. Mimpi ngeri yang selama ni aku takutkan sangat dah jadi kenyataan. Hariz sekarang ni sangatlah melasak time tidur. Dan akhirnya di usia lagi seminggu nak 5 bulan, Hariz jatuh. Jatuh dari tempat tinggi pulak tu. Seriau sangat aku bila dengar dia nangis tersak-esak malam tu.

Time tu aku masuk tidur dalam area pukul sepuluh lebih. Hariz macam biasalah. Pukul 8 dah ke lalaland dia. Masa sebelum aku tidur tu dah betul-betulkan dia. Sebab dia ni kalau tidur memang lasak. Bantal kemana, kepala kemana. Bila dah betulkan dia, aku pun baringlah sebelah dia. Masa ni apak dia takde pergi hantar mokchik dia pergi stesyen bas. So masa amie balik tu, aku tengok dia ada betulkan jugak Hariz. Lepas tu semua pun masuk tidur. Tetiba jek dalam area pukul 12 lebih, aku dengar bunyi benda jatuh yang sangat kuat. Aku bangun tengok Hariz dah tertiarap kat lantai area hujung katil celah-celah almari. Aku pun otomatik jerit panggil amie. Amie angkat Hariz, terus dia start menangis melalak-lalak. Aku pun ambil dukung Hariz sambil peluk dia kuat-kuat. Tuhan jek lah yang tahu perasaan aku time tu. Jantung ni tak berhenti berdegup. Nasib tak ada sakit jantung. Badan aku terus rasa lemah tapi aku kuatkan semangat jugak sebab Hariz time tu nangis macam orang sakit sangat. Memanglah sakit kan. Ce kalau kita yang jatuh katil?

Aku pujuk-pujuk, bila dah reda tangisan dia, aku bagi minum susu. Minum macam orang haus. Penat sangat tarik suara time nangis kot. Bila dah siap susu semua, tengok dia pun macam dah segar sikit. Bukak baju dia, check kot-kot ada apa-apa defect kan. So far ok jek. Tak ada kecederaan luar. Dalaman tu tak tahulah kan. Bila dah ok semua, aku pulak yang start nangis sebab rasa macam bersalah sangat-sangat tidur sampai tak sedarkan diri sampai anak dah mengesot ke hujung katil. Rasa down sangat time tu. Peluk-peluk Hariz sambil nasihat kat dia lainkali janganlah tidur melasak sangat. Haha propa sangat. Macamkan Hariz paham jek.

Tokmo dia masa tu dari dalam bilik dengar ada bunyi jatuh tu memula rilek jek sebab ingat aku ada terlanggar benda ke kan sebab aku ni memang tetiap malam bangun tetengah malam. Sekali bila dengar suara Hariz melalak, terus berdesup datang bilik kami. Tengok aku tengah peluk-peluk Hariz. Bila dia tahu yang Hariz jatuh katil, terus rasa lembik badan menggigil kepala lutut semua sampai terduduk terjelupuk kat muka pintu. Aku tahu yang tokma Hariz rasa apa yang aku rasa time tu. Hati ibu mana yang tak luluh bila anak yang dikandung dan diberanakkan tu rasa sakit kan.

Lepas dari kejadian tu, terus bentang toto tidur kat lantai jek. Senang. Tak risau dah nak jatuh katil ke apa kan. Cuma memang kena pantau jugak sebab Hariz ni time tidur dok baring kat tengah tilam. Sekejapan jek nanti dah ada kat hujung tilam. Ada yang nanti terhantuk kepala kat dinding pulak. Dah sekian hal pulak.



14.3.13

Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan



Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil 4 bulan umurnya agar diberi makanan berupa bubur, pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan, begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
·         Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip-cicip.
·         Anggapan bahawa bayi lapar.
·         Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
·         Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

Sayangnya anggapan di atas adalah salah sama sekali!!!!

1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat-zat makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.


Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.




Ummi cuma boleh berdoa bilamana ummi tak ada depan mata Hariz, walau sesiapapun yang bagi Hariz makan, ummi harap Hariz akan menolak. Ummi tak bagi Hariz makan sekarang bukan sebab ummi tak sayangkan Hariz, tapi sebab sayanglah ummi buat macam ni semua. Hariz sabar ye nak. Sikit jek lagi tu. Ummi janji bila Hariz dah 6 bulan nanti ummi masak yang sedap-sedap untuk Hariz ok.

13.3.13

Rabu Tanpa Kata




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...