instagrammers

Instagram

18.2.15

Rumah Baru : Pindah rumah



Kejadian tahun lepas jugak.
Banyak sangat throwback ni.
Hihi.
Haritu rasa macam serabut sangat kepala banyak benda nak kena pikir.
Now bila semua dah setel barulah rasa senang hati sikit nak share.

 
Kalau ikut kiraan ni masa bulan ogos tahun lepas.
Gigihlah kemas sikit-sikit time cuti hujung minggu.
Duduk bertiga tapi kain baju macam tigabelas orang punya.
Berkotak-kotak bila dah siap packing.
Tengah packing boleh pulak dia terjumpa songkok.
Orang sibuk kemas, dia sibuk posing.

 
 
Huwaaa rindu pulak tengok gambar rumah lama ni.
Banyak kenangan kami anak-beranak kat sini.
Dari zaman belum ada anak sampailah Harz dah besar panjang.


Bawak barang guna hilux dengan kereta sendiri je.
Rasanya total dalam 5 rounds jugak mengangkut.
Mana barnag yang besar macam almari tu semua naik hilux.
Yang kecik macam kain baju tu semua sumbat dalam kereta je.

 
 
Tengahari ma ayah datang bawak nasi seperiuk.
Hikhik. Mak mertua I is so sweet.
Kita orang dah kata tak payah.
Nanti boleh beli nasi bungkus je.
Gigih dia bawak ikan selayang lumur garam kunyit.
Dengan harapan nak menggoreng kat rumah kami.
Masalahnya tong gas pun tak nampak bayang dah simpan kat celah mana.
End up pergi beli lauk je.
Makanlah kami anak beranak dengan bahagianya.
On nom nom nom.

 
Memula rumah lama huru hara.
Now rumah baru pulak huru hara dengan lambakan barang.
Harapnya gigih lah kami semua nak susun atur lepas ni.

 
Eh kejap.
Harz kat mana harz kat mana.
Time ni orang semua sibuk kemas dia boleh missing in action.
Dengar bunyi air kat area belakang rumah.
Tengok-tengok dah basah kuyup budak bertuah ni.


xoxo,
shakila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...