instagrammers

Instagram

18.2.15

Rumah Baru : Pindah rumah



Kejadian tahun lepas jugak.
Banyak sangat throwback ni.
Hihi.
Haritu rasa macam serabut sangat kepala banyak benda nak kena pikir.
Now bila semua dah setel barulah rasa senang hati sikit nak share.

 
Kalau ikut kiraan ni masa bulan ogos tahun lepas.
Gigihlah kemas sikit-sikit time cuti hujung minggu.
Duduk bertiga tapi kain baju macam tigabelas orang punya.
Berkotak-kotak bila dah siap packing.
Tengah packing boleh pulak dia terjumpa songkok.
Orang sibuk kemas, dia sibuk posing.

 
 
Huwaaa rindu pulak tengok gambar rumah lama ni.
Banyak kenangan kami anak-beranak kat sini.
Dari zaman belum ada anak sampailah Harz dah besar panjang.


Bawak barang guna hilux dengan kereta sendiri je.
Rasanya total dalam 5 rounds jugak mengangkut.
Mana barnag yang besar macam almari tu semua naik hilux.
Yang kecik macam kain baju tu semua sumbat dalam kereta je.

 
 
Tengahari ma ayah datang bawak nasi seperiuk.
Hikhik. Mak mertua I is so sweet.
Kita orang dah kata tak payah.
Nanti boleh beli nasi bungkus je.
Gigih dia bawak ikan selayang lumur garam kunyit.
Dengan harapan nak menggoreng kat rumah kami.
Masalahnya tong gas pun tak nampak bayang dah simpan kat celah mana.
End up pergi beli lauk je.
Makanlah kami anak beranak dengan bahagianya.
On nom nom nom.

 
Memula rumah lama huru hara.
Now rumah baru pulak huru hara dengan lambakan barang.
Harapnya gigih lah kami semua nak susun atur lepas ni.

 
Eh kejap.
Harz kat mana harz kat mana.
Time ni orang semua sibuk kemas dia boleh missing in action.
Dengar bunyi air kat area belakang rumah.
Tengok-tengok dah basah kuyup budak bertuah ni.


xoxo,
shakila

17.2.15

Rumah Baru : Cat dinding feature wall

Kejadian tahun lepas jugak.
Lepas habis cuci rumah tu.
Esoknya kita sambung buat kerja-kerja mengecat pulak.
Cat sikit je area feature wall.

Time nak beli cat tu pun dah pening nak pilih kaler apa.
Kalau kat rumah lama dulu gigihlah kami cat denagn warna turquoise.
Even rumah tu rumah sewa tapi kita buat macam rumah sendiri.
Barulah feeling rumahku syurgaku kan.


Ni bila dah ada rumah sendiri nak jugak try kaler lain untuk feature wall.
So kami setel dengan warna kelabu which is warna selamat.
Semua kombinasi nanti boleh match dengan grey kan.
Hopefully.


xoxo,
shakila

16.2.15

Rumah Baru : Cuci rumah

Kejadian berlaku pada tahun lepas.
Hoih apa ke lama benau baru nak up cerita.
Kalau kat ig tu laju jek.
Tapi tetap nak share kat blog jugak.
Kata kila diary kan.
Bukan kila fairy tapi kila diary okeh.

 
Pagi tu kami tiga beranak je yang pergi rumah.
Macam biasalah kan.
Rumah huru hara sebab tukang baru lepas habis buat kerja.
Debu simen habis merebak ke seluruh ruang.
Padahal masa developer nak serah kunci tu dia orang dah siap basuhkan rumah.
Tapi kalau lepas tu kita buat renovate rumah.
Silalah basuh sendiri.
Adehhh patah pinggang.
Kalau nak kerja senang boleh je upah orang.
Cuma sediakan ongkosnya aje.

 


Start cuci dekat ruang atas.
Lepas tu turun ke area tangga.
Time tu dah petang jugak.
Tiba-tiba Matjo datang bawak 2 askar kecik.
Marilah kita semua kerjasama bergotong-royong.
Suka lah dapat main air kan.

 
Harz time ni dah ketiduran sebab penat main air sebelum tu.
Bila bangun tidur nampak abang-abang dia semua ada.
Syoklah dia sambung main air lagi.



xoxo,
shakila
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...