instagrammers

Instagram

26.1.15

Rumah baru : Renovate belakang rumah

Hai! Dah lama menyepi kan.
Bizi dengan hal kerja kat pejabat yang tak pernah habis.
Bizi dengan kehidupan seharian.
Mak Kila kat Johor tak berapa sihat.
Ayah mertua Kila kat sini pun kurang sihat jugak.
Harap-harap semuanya kembali pulih seperti sedia kala.

Kembali pada tajuk.
Alhamdulillah progress rumah berjalan dengan baik tahun ni.
Payment dah bagi tapi kerja sampai sekarang terbengkalai.
Dan orangnya pun dah melesapkan diri.
Jadi nak taknak kena cari orang lain yang setelkan kerja tu.
Dah haruslah modal pun makin bertambah.

Alang-alang nak setelkan kerja yang terbengkalai tu.
Kita suruh dia buat belakang rumah sekaligus.
Tapi bajet yang ada ciput je.

Niat nak buat kawasan untuk laundry.
Letak mesin basuh kat belakang rumah.
Lepas tu buat tempat sidai baju.
Tu yang buat awning.
Senang sikit kalau hujan pun tak gaduh nak angkat kain baju kat ampaian.


Lepas tu buat naik grill sikit atas tembok.
Siap cover keliling sikit dengan zink.
Nampak nau sombong dengan jiran tetangga.
Ekekekeke.
Bukan apa senang sikit kalau nak pergi sidai baju tu tak lah orang nampak kalau kita tak pakai tudung ke apa kan.

Kalau tengok rupa tu tak ada lah semenggah mana pun.
Tapi jadilah.
At least ada kawasan untuk buat jemuran.
Dah kata bajet pun ciput kan.
 
 
xoxo,     
shakila


3 komentetar:

5zal said...

berapa ya kos nya?

Unknown said...

boleh tahu kos naik dinding dan besi dinding..tak termasuk awrning..planing nak buat cam nie...utk stor belakang umah hehehe.

Mohd Khairul Faiz said...

boleh tahu kos naik dinding dan besi dinding..tak termasuk awrning..planing nak buat cam nie...utk stor belakang umah hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...