instagrammers

Instagram

3.12.14

Bukit Gambang Safari Park



Semalam kami ke water park.
Esoknya kami singgah di safari park pulak.
Entrance water park dengan safari park ni sebelah menyebelah je.
Pintu masuk je berlainan.
Bangunan sama.



Entrance

Bergambar dengan lion

Dari hotel kita naik tram

Nak masuk free kene bawah 90 cm

Simba hill plaza. Sini main building. Kena masuk bangunan ni dulu sebelum kita boleh  meneroka lebih jauh ke dalam

Berkenalan dengan burung yang boleh bercakap
Naik tram lagi untuk pergi ke wild savannah. Tu tengah tengok badak berendam

Rusa disebalik pepohon

Buaya

Buaya darat. Tapi dah macam rupa tunggul kayu je sebab static je duduk situ

Rusa bertanduk panjang. Lupa nama dia. Haha. Actually ada seorang staff dia duduk depan tram ni explain tentang semua binatang kat sini. Tapi biasalah mak encik banyak makan semut

Singa betina. Scary okeh dia tenung macam tu je. Buatnya tetiba dia melompat terkam kat tingkap kita orang. Aaaaa. Sepanjang masuk ke wild savannah ni staff dia remind jangan buka tingkap. Dalam tram ni ada air cond. So don’t worry yang mana ada anak kecil tu tak lah panas sangat.

“lion lion lion”. Bukan mulut bebudak yang bunyi. Tapi orang tua yang lebih excitednya. Semua orang dalam tram ni bising kejakunan. Bebudak lek-lek jek. Haha

Photo bomb. Terjelir lidah kau singa

Singa tu wek Hariz. Haha

Singa jantan tidur kekenyangan

Harimau belang pun sleep

Ni harimau tak tahu nama. Alaa yang macam dalam cerita Madagascar tu

Hah ginilah rupa dia

Ostrich. Kalau bukak tingkap tu habislah tangan kena patuk

Dia kejar tram kita

Zebra

Rusa

Harimau bintang pun sleep. Boring agaknya dia duduk dalam hutan batu

Harimau mati meninggalkan belang

Kerbau

Ni Hariz paling excited. “cow ki cow ki”. Lembu Australia.

Dah habis round wild savannah naik tram. Ambil masa 45 minit. Lepas ni kena jalan kaki pulak round tengok binatang yang dalam bilik kaca tu pulak

Penat okeh. Nasib bawak stroller. Kalau tak, boleh menangisi nak round tempat ni. Besar macam stadium. Tapi banyak tingkat. Gigih kan kaki nak bagi anak kenal binatang

Ruang bawah tu ada beruang

Mana satu monyet ni

Pony. Boleh pegang tapi Hariz takut

Kawasan perkampungan. Kawasan rumah ni ada ayam, itik, angsa, arnab

Atas batu tu singa putih. Trademark safari ni. Ada restoran bercerminkan tempat singa putih ni. Kiranya sambil makan boleh tengok aktiviti singa putih tu

Souvenir shop. Kami balik petang tu jugak. Tak tunggu sampai ke malam sebab dah nak balik Terengganu. Kalau malam ada fire night show. Macam red indian keluar api dari mulut semua tu. Lepas tu ada animal show. So next time kalau pergi kena peruntukan masa kat sini dari siang hingga ke malam. Baru berbaloi-baloi, Jangan risau. Kat dalam ni ada disediakan tandas, tempat makan, surau, etc. Till then. Bye

  


xoxo,
shakila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...