instagrammers

Instagram

14.4.14

Defect Checking Rumah Baru


Sebelum ni pernah cerita tentang tips time nak buat defect checking kan.
So kita orang pun try guna method tu kat rumah kami.
Senjata yang paling penting sekali nak kena ada ialah masking tape and marker pen.
So bila ada defect senang nak tanda.
Memudahkan kontraktor dari jauh dah boleh nampak mana yang nak kena repair.
Dari benda yang sekecil lubang pun kami tandakan.
Sampailah sebesar dinding bilik ada yang dia simen tak rata.
Semua kita orang nak suruh betulkan.

Memang banyak gila defect.
Tapi kebanyakkannya benda yang kecil-kecil je lah.
Yang paling banyak ialah frame pintu tu dia cat tak rata.
Memang comot lah kalau tengok dari dekat.
Dinding bilik yang kaler putih pun ada yang kotor dengan kesan tapak tangan.
Semua kita suruh dia cat baru balik. Nasiblah.

 
Tombol pintu dapur rosak.
Ni belum duduk lagi dah rosak.
Macam mana ni?
Barang dari china agaknya ni.

Batang besi shower yang dah berkarat.
Kami masuk tengok rumah orang lain semua berkilat je shower drain dia.
Tak boleh jadi ni.
Komplen mintak ganti baru.

Ada jugak dinding yang crack sikit-sikit.
Semua tu kami mintak buat baru.
Sementara ada warranty ni baik suruh dia orang repair.

Tiles tepi suis ni ada crack sikit.
Sikit je pun.
But still crack kan.
Mintak tukar sekeping terus.

Frame tingkap yang kemek.
Tapi now tengok dia orang dah repair.
Tapi tak ganti baru pun.
Cuma dia ketuk-ketuk je kasi rata.

Semua defect ni kita orang report awal march haritu.
Janji by end of march boleh setel semua.
Tapi sekarang dah middle april.
Still tak siap lagi.

Sekarang ni kami plan nak buat siling.
Tak teringat langsung nak takung air kat bilik air atas.
Semalam teringat balik kerja terus singgah rumah buat takungan.
Lama jugak nak tunggu air penuh dalam bilik air.
Sementara kila tunggu air penuh kat tingkat atas.
Amie turun bawah kejap.
Lepas tu dengar dia panggil suruh turun.

Masa turun tu kila hanya mampu ketawa jek.
Padahal dalam hati menangisi.
Tengok air yang kat lantai tu.
Lelehan dari dinding and siling.

 
Tak sampai 10 minit takung.
Siling kat car porch dah melimpah-limpah air keluar.
Maknanya samada dinding or lantai bilir air atas leaking.
Koyak rabak hati ni tengok air menderu keluar.
Dah kalau gini gayanya.
Bila boleh pindah ni :(


xoxo
shakila
 

2 komentetar:

ezreefa said...

bilik air atas yang paling penting kene check..sbb masa akuh duduk rumah sewa kat kuching tu, satu taman komplen toilet atas xbole guna, sbb liking... mmg kene buat toilet baru terus, kalo x liking smpai ke rumah jiran jawabnye..

shakila mubarak said...

memang betul. rumah aku ni pun leaking jugak kat toilet masterbedroom atas. padahal belum start guna pun lg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...