Assalamualaikum.
Hehe. Harini kita bincang topik rumah.
Hehe. Harini kita bincang topik rumah.
Lagi? Ya. Lagi.
Sebab tahap keterujaan terhadap rumah tu sekarang
ni macam budak lelaki dapat kereta hotwheels baru.
Sampai tidur pun pegang kereta.
So here we go.
Masa mengoogle checklist rumah baru-baru ni, dapat
banyak info dan tips yang saya sendiri pun tak terfikir pasal ni.
Ingatkan nanti dapat kunci rumah terus dangggg
boleh pindah masuk.
No no no.
Banyak lagi perkara yang kena buat sebelum boleh
duduk.
So saya listkan untuk share dengan korang semua
yang mana baru beli rumah.
Sekaligus untuk reference saya jugak time dah dapat
kunci rumah nanti.
Ok tips pertama.
Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan
juga minta husband pergi tingkat atas sekali, bukan loteng tau.
Kalau rumah setingkat memadai la kat bawah je.
Berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi
satu rumah dengar.
Kemudian, kalau nak explore rumah, explore lah dulu.
Kemudian, kalau nak explore rumah, explore lah dulu.
Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar,
tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan
access mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore
rumah baru anda.
Heheh. Betul ni bukan lawak.
Sebab selepas dapat kunci rumah, developer tak akan
bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel.
Kalau defect rumah, developer tanggung la.
Kalau curi-curi selepas dapat kunci dia tak
tanggung.
Rugi nanti wiring bukan murah.
Manggakan la gate tu kalau anda suka.
Tips seterusnya.
Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik.
Tips seterusnya.
Apabila meter letrik dan meter air dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan elektrik.
Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan
air dengan sempurna.
Buka semua pili air anda serentak.
Selalunya pili dapur dan pili luar rumah adalah
aliran direct dari punca air kat luar so kuat sikit.
Pili toilet adalah dari tangki simpanan so bila
bukak semua posibiliti air tu jadi slow adalah tinggi lagi-lagi kat tingkat
atas.
Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan.
Kot-kot ada tikus mati ke buang dulu la.
Kemudian penuhkan tangki air simpanan tu.
Bila dah penuh buang semua air tersebut.
Nak buat dua kali pon boleh, saja nak cuci tangki
dan bagi aliran air ok.
Selain tu nak test samada tangki ada bocor ke tak.
Tip ke empat.
Selalunya, bila letrik dah ada, technician atau kontraktor yang buat wiring rumah akan buat pemeriksaan sama ada setiap soket atau punca lampu/kipas ada letrik.
Tip ke empat.
Selalunya, bila letrik dah ada, technician atau kontraktor yang buat wiring rumah akan buat pemeriksaan sama ada setiap soket atau punca lampu/kipas ada letrik.
Dia selalu bawak satu mentol untuk pastikan letrik
ada.
Make sure, anda ikut dia buat pemeriksaan.
Kadang-kadang diaorang pandai ngelat skip-skip satu
dua punca letrik dan soket terutamanya yang tinggi.
So kalau korang ada tangga, sedia siap-siap sebab
kadang-kadang diaorang tak bawak tangga pon.
Jadi punca letrik yang tinggi-tinggi diaorang skip.
Tapi kalau takde kontraktor yang nak test tu semua, buat sendiri lah jawabnya.
Tips ke lima.
Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya.
Tips ke lima.
Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang turun dengan lebatnya.
Pastikan takde sambungan atap atau atap yang bocor
dan mengalirkan air.
Pasal kalau korang dah buat plaster siling, lepas
tu atap pulak bocor, hah habislah korang punya siling idaman kalbu tu.
Tips ke enam.
Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh.
Kadang-kadang ada yang longgar dan
bergoyang-goyang.
Dan juga rasa hujung di setiap anak tangga tu tajam
ke tak.
Kalau tajam, suruh developer kikis sikit.
Tips ke tujuh.
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
Tips ke tujuh.
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
Ada yang kosong tandakan dan minta dia pecah dan tampal
yang baru dengan elok.
Nak ketuk ni paling senang pakai pemutar skru
panjang.
Kalau taknak duduk mencangkung ikat la pemutar skru
tu pada kayu penyapu ketuk la sambil berdiri.
Nak ketuk, bukan setakat ketuk sekali je kat tengah
tiles tau.
Ketuk keliling perimeter tiles, sebab kat
tengah-tengah selalunya ada simen, yang takde simen selalu kat tepi-tepi tiles.
Pakai kayu pun boleh tapi kalau pakai besi ni bunyi
ketuk kosong nya nyata sikit dari ketuk dengan kayu senang beza, kayu kan boleh
menyerap bunyi.
Tips ke lapan.
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin.
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin.
Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
Sliding door selalu ada masalah bila dah kunci dia
tak berkunci pon.
Erm, paham tak maksudnya?
Korang dah naikkan selak dia tapi still boleh
terbukak jugak.
Maksudnya selak dia walaupun dah naik tapi tak
bertemu dengan lubang selak yang sepatutnya.
Mintak dia ganti selak lain or adjust selak tu.
Tak menjadi mintak dia tukar satu set sliding door.
Hahah.
Tips ke sembilan.
Bilik air tingkat atas tidak bocor.
Caranya, ambil binding tape, sealkan sepenuhnya
lubang aliran air keluar.
Penuhkan bilik air dengan air buat ala-ala kolam
gitu.
Biarkan seminggu, kalau kering topap la airnya
kalau nak lagi lama pon boleh.
Lepas seminggu, tengok ada kesan air bocor tak di siling
tingkat bawah rumah korang. Kalau ada, tunjuk la dengan wakil developer dan
sila la minta dia pecah balik lantai toilet tu dan pastikan dia letak sealer
toilet tu dengan sempurna.
Selalunya lepas letak sealer ni dia kena tinggalkan
sehari bagi kering.
Korang pergi la check sealer dia tu penuh ke tak
penuh.
Lepas dia repair toilet yang bocor itu ketuk
satu-satu tiles dia.
Jangan bagi ada kosong.
Tips ke sepuluh.
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
Tips ke sepuluh.
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
Bawa sekali masking tape dengan marker pen.
Yang mana retak tu tulis atas masking tape lepas tu
lekat ditempat retak.
Sambil tu buat list kat satu kertas atau borang
defect.
Dah cukup semua sampai tips ke 10, boleh la buat renovation rumah dengan senang hati.
Dah cukup semua sampai tips ke 10, boleh la buat renovation rumah dengan senang hati.
Kenapa kena buat semua dulu benda kat atas tu
sebelum renovation??
Kerana selalunya developer tidak akan melakukan
baik pulih ke atas bahagian rumah yang telah anda renovate.
Tips ke sebelas ni anda kena buat semasa proses
renovation baru nak bermula iaitu, aliran air keluar dari toilet tingkat atas.
Ni buat kalau korang nak buat cornish rumah la.
Perasan tak rumah korang ada siling yang terjojol keluar
dari siling sepatutnya.
Selalunya dibuat daripada kayu dan letaknya
betul-betul dibawah toilet di tingkat atas.
Ni adalah penutup saluran air toilet atas.
Cara nak buat pemeriksaan adalah minta kontraktor
anda buka penutup ni sebelum dia mula nak buat cornish.
Memang selalunya dia bukak dulu la sebelum buat
apa-apa.
Kemudian korang bukak air dalam toilet supaya air
mengalir dalam saluran ni kalau boleh biar lama sikit sebab kalau sikit
bocornya memang air keluar pelahan-lahan.
So kalau bocor, cepat-cepat mintak developer repair
sebelum buat cornish.
Sayang woo kalau dah buat cornish baru tahu bocor.
Cornish nak buat pun bukan murah dan cornish ni
bukan tahan air pun.
Kena air rosak la dia.
Ok selepas proses menyiasat rumah dengan 11 tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.
Kalau saya buat permulaan ni, carik orang grill dulu sebab grill ambil masa nak siap.
Bila rumah dah bergrill dengan senang hatinya
korang boleh simpan segala peralatan untuk renovate macam simen, tiles di dalam
rumah tanpa takut kena curik.
Heheh. Berlaku tau kecurian simen dan tiles.
Hahaha. Dan lagi besi untuk naik tembok rumah tu.
Tu pun orang ada hati tau nak curik.
Gamaknya untuk buat renovate rumah dia kot. Hihihihi.
Owh lagi satu, bila meter air dah dipasang, kalau dia tak pasangkan sekali kunci untuk meter air, korang beli la ye di kedai-kedai hardware berhampiran.
Owh lagi satu, bila meter air dah dipasang, kalau dia tak pasangkan sekali kunci untuk meter air, korang beli la ye di kedai-kedai hardware berhampiran.
Meter air pun ade tau orang nak curi.
Lepas carik grill, kalau korang agak rasa nak
tinted rumah, boleh la tinted.
Tapi kena tau la kalau tinted waktu malam kalau
bukak lampu sekiranya rumah tidak berlangsir memang nampak terang dan nyatala
dalam rumah ye.
Tinted ni kena pasang sebelum korang pasang grill
tau.
Bila dah pasang grill dah takde peluang nak tinted
melainkan korang kopak kan grill cantik korang tadi. Hehe.
XOXO
0 komentetar:
Post a Comment