instagrammers

Instagram

20.4.14

Hariz Al-Haziq : 18 bulan




Pejam celik pejam celik dah setahun setangah.
Sekejap je masa berlalu. 
Sekarang ni pun kalau tengok harz dah rasa macam dia dah besar jek. 
Huwaaa rindu pulak masa dia baby baby. 
Best je bau baby. 

Eh. Dah lama kan tak cerita pasal harz kat dalam blog ni. 
Kalau dulu setiap bulan punya milestone sibuk nak rekod. 
Sekarang ni dah tak segigih dulu. 
Tapi kalau kat ig tu rajin. 
Sebab senang up sekeping gambar letak caption sikit. Setel. 

Ok. Meh kita rekod milestone harz dikala umur dia 1 tahun 6 bulan.
Biasa budak baya gini dah pandai cakap kan. 
Harz pun tak nak kalah okeh. 
Terer jugak bercakap dia ni. 

Kalau kita tanya dia "harz dah mandi?"
Nanti dia jawab "dah"

"Harz dah makan?"
"Dah"

"Harz dah semayang?"
"Dah"

Hah. Itu je lah perkataan yang dia pandai cakap. 
"Dah"
Letih mengajar dia ayat yang simple. 
Nan ado nya dia nak menyebutnya. 
Even susu ke mama ke nak ke air ke. 
Tak ada sepatah pun yang berbutir. 
Paling tak pun bila kita cakap dia akan jawab "hmm?!?"
Eh dia pulak yang soal kita balik buat-buat tak dengar apa kita cakap. 

Kalau berjalan ke berlari ke dia dah ok.
Tapi still kalau dia berlari tu kena perhatikan jugak sebab dia macam tak berapa gagah sangat. 
Ada time tu jatuh jugak.
Well biasanya kalau duduk seharian dengan umi ngan babah je lah yang jatuhnya. 
Kalau duduk dengan tokma dijamin selamat halal dan toyibba. 

Bab makan pulak masih lagi bagi makan nasi lembik. 
Kalau bagi nasi yang macam biasa tu dia macam lambat sikit nak kasi habis. 
Ada sekali tu dia makan nasi ayam. 
Banyakkkk. 
Tapi lepas tu muntah. 
Tak tahu lah kenapa. 
Tapi kalau ikut teori babahnya kata mungkin sebab perut harz tak biasa terima nasi berketul biasa tu. 
Hmm entahlah. 
Bagi je lah makan nasi lembik dulu sekarang ni. 
Janji dia makan. 
Nasib harz ni jenis tak memilih sangat bab makanan. 
Sayur pun semua makan. 
Kila risau je kalau dia tak nak makan sayur. 
Dah lah sekarang ni suka tengok iklan susu kat tv yang ada budak tu buat lembik badan bila nampak sayur. 
And guess what. 
Harz pun tiru lepas tu buat-buat rebahkan diri. 
Ishh not goodkan pengatuh tv ni. 

Hah bercakap tentang susu ni.
Alhamdulillah rezeki harz masih ada untuk minum susu umi dia. 
Cumanya produktiviti umi dia dah tak semeriah mana. 
Harz demand susu biasanya 3 botol sepanjang kila kerja. 
Tapi sekarang kila cuma dapat produce 2 botol je. 
Macam-macam usaha dah buat. 
Makan itu makan ini. 
Minum air bergelen-gelen sampai setiap jam nak ke toilet. 
Tak ada diet-diet and melantak nasi macam biasa. 
Try consume produk yang katanya boleh tambah susu sampai beratus-ratus riyal. 
Pam tak yah cerita lah. 
Kalau kat ofis ni setiap 2 jam je mesti hilang diri. 
Kalau tengah malam kat rumah tu toksah cerita lah. 
Memang setiap malam bangun. 
Ma yang kat bilik sebelah pun boleh dengar bunyi pam "kempas kempis kempas kempis"
Tapi segala daya tu masih lagi tak dapat nak occupied keperluan harz sekarang. 
But its ok. 
Masih lagi bersyukur ada rezeki walaupun sikit. 
Harap dapat bertahan lagi 6 bulan. 

Tapi..
Dah namanya demand lagi tinggi dari apa yang dapat supply kan. 
So kila top up dengan fm. 
Tak kisah lah apa orang nak cakap fm not good ke apa kan. 
Anak kita. Kita lagi tahu mana yang terbaik untuk dia. 


Obses terkini dengan kunci. 
Kalau dulu suka dengan payung. 
Sekarang payung dia tak heran. 
Tapi jangan kau letak kunci merata atas meja. 
Dapat kat dia memang meragau lah lepas tu nak mencari. 
Kalau dah tak jumpa sangat, sila cari dalam bakul basikal dia. 
Confirm ada. Haha. 
Ni bawak dia pergi kedai hardware. 
Nampak kunci meroyan macam perempuan nampak handbag. 
Tak senang duduk. 
Semua kunci dia nak menerai. 



xoxo
shakila

14.4.14

Defect Checking Rumah Baru


Sebelum ni pernah cerita tentang tips time nak buat defect checking kan.
So kita orang pun try guna method tu kat rumah kami.
Senjata yang paling penting sekali nak kena ada ialah masking tape and marker pen.
So bila ada defect senang nak tanda.
Memudahkan kontraktor dari jauh dah boleh nampak mana yang nak kena repair.
Dari benda yang sekecil lubang pun kami tandakan.
Sampailah sebesar dinding bilik ada yang dia simen tak rata.
Semua kita orang nak suruh betulkan.

Memang banyak gila defect.
Tapi kebanyakkannya benda yang kecil-kecil je lah.
Yang paling banyak ialah frame pintu tu dia cat tak rata.
Memang comot lah kalau tengok dari dekat.
Dinding bilik yang kaler putih pun ada yang kotor dengan kesan tapak tangan.
Semua kita suruh dia cat baru balik. Nasiblah.

 
Tombol pintu dapur rosak.
Ni belum duduk lagi dah rosak.
Macam mana ni?
Barang dari china agaknya ni.

Batang besi shower yang dah berkarat.
Kami masuk tengok rumah orang lain semua berkilat je shower drain dia.
Tak boleh jadi ni.
Komplen mintak ganti baru.

Ada jugak dinding yang crack sikit-sikit.
Semua tu kami mintak buat baru.
Sementara ada warranty ni baik suruh dia orang repair.

Tiles tepi suis ni ada crack sikit.
Sikit je pun.
But still crack kan.
Mintak tukar sekeping terus.

Frame tingkap yang kemek.
Tapi now tengok dia orang dah repair.
Tapi tak ganti baru pun.
Cuma dia ketuk-ketuk je kasi rata.

Semua defect ni kita orang report awal march haritu.
Janji by end of march boleh setel semua.
Tapi sekarang dah middle april.
Still tak siap lagi.

Sekarang ni kami plan nak buat siling.
Tak teringat langsung nak takung air kat bilik air atas.
Semalam teringat balik kerja terus singgah rumah buat takungan.
Lama jugak nak tunggu air penuh dalam bilik air.
Sementara kila tunggu air penuh kat tingkat atas.
Amie turun bawah kejap.
Lepas tu dengar dia panggil suruh turun.

Masa turun tu kila hanya mampu ketawa jek.
Padahal dalam hati menangisi.
Tengok air yang kat lantai tu.
Lelehan dari dinding and siling.

 
Tak sampai 10 minit takung.
Siling kat car porch dah melimpah-limpah air keluar.
Maknanya samada dinding or lantai bilir air atas leaking.
Koyak rabak hati ni tengok air menderu keluar.
Dah kalau gini gayanya.
Bila boleh pindah ni :(


xoxo
shakila
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...