instagrammers

Instagram

10.2.14

Zoo Johor

Tak habis lagi cerita balik kampung.
Bizi bebenor mak encik.
Ok ni last.

Memang dah lama plan.
Nak bawak Harz pergi zoo.
Since dia suka tengok animal.
Tetiap petang kalau tok ki dia pergi tengok lembu sokmolah nak ikut.
Sampai dah kenal macam mana bunyi lembu.
Tapi lembu je lah yang ada.
Animal lain kalau nak tengok kena pergi zoo.
Tapi sini mana ada zoo.
Huhu. Sedih.

So alang-alang balik kampung tu.
Moh la menyinggah ke zoo.
Masa baru sampai tu Harz tengah tidur.
Mood pun agak ke laut sikit.
Bila dah tengok banyak binatang.
Enjin pun sudah panas.
Barulah start keterujaan dia.

Kami pergi dengan family along.
Aku kalau kemana-mana memang suka je ramai-ramai.
Baru happening.
Kalau pergi bertiga je macam tak feel.


Kemain happy lagi harz masa ni

Tinggi betul unta ni. Dah macam giraffe dah. Harz kemain lagi suka nau nak mencapai leher unta ni

Harz nak bagi makan tiger ke atau nak jadi makanan tiger tu. Masukkan kepala kat celah tiang tu lepas tu melalak sebab terseangkut susah nak keluarkan balik. Haha

Kemain excited dapat tengok lembu. Terus buat bunyi boo boo. Ingat lembu ki ler tu


Semua benda best kat sini. Kecuali satu jek. Tempat ni tak stroller friendly. Letih nak kena mengangkut turun naik tangga mende alah ni. Berat hokeh. Kalau tau awal-awal memang pakai sling jek senang.




Kat sini boleh ride kuda. Charge rm4 sekali naik. Tapi procedure dia sekali tunggang sorang jek boleh naik. Kiranya kalau baya harz memang tak lepas lah melainkan dia pandai duduk atas kuda tu dengan sendirinya. So harz melopong jek lah tengok abang boy dia naik kuda. Huhu. Tak apa lah harz. Next year ummi bawak pergi zoo lagi k. next aim is zoo negara. Yeayyy..


video

Video ni masa baru memula sampai. Mood pun tak warm up lagi. Duduk dendiam jek dalam stroller tu.

video

Tengok monkey si montot merah

video

The lion king

video

Budak lain kemain takut nak dekat dengan unta ni. Tapi harz ni rilek je siap nak mencapai muka unta tu. Aku rasa kot dia dapat pirah tu terbang dari unta tu masuk ke telinga harz time tu. Haha.

video

Ok. Time ni dah nak balik. We really had fun there. Satu pengalaman baru untuk kami sefamily. Rasanya kalau tak ada anak kecil, mungkin sampai bila-bila tak jejak kaki ke zoo. Kan.


Till we meet again. Bye.


XOXO,
shakila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...